Tips Mengawal Anak Masa Raya Jika Anak Mengamuk dan Nakal

Tips mengawal anak mengamuk

Ummi tertarik sangat dengan tips mengawal anak masa raya yang dikongsi oleh puan Ashikin Hasim, seorang penulis dan “early childhood practitioner”. Oleh itu ummi kongsikan semula di blog ni untuk tatapan pembaca ummitiqah.com. Tips mengawal anak ni bukan terhad kepada ibu bapa sahaja, malah ipar duai dan mentua- mentua juga amat digalakkan baca tips ni ūüôā Tips asal ummi ambil dari facebook puan Ashikin di sini. Dan tulisan italic berwarna tu pula komen peribadi ummi sendiri.

Bagaimana boleh kita bantu jika ada anak orang lain yang mengamuk?

1. Jangan nak provok lagi – eh…kenapa ni mengamuk-mengamuk ni. Pak Long masukkan dalam toilet kang. Tengok Ahmad tu, diam je, mane ade nangis. -(part banding-banding ni ummi pon tak suka. Budak- budak pon ada perasaan, dok banding dengan budak lain yang konon lagi bagus, boleh timbulkan rasa dendam dan kecik hati pada anak tu)

2. Bantu untuk tenteramkan. Tak mampu tolong jangan pandang sinis pada ibu bapanya. Jangan mengata yang bukan-bukan. Bukan mudah mahu membesarkan anak. Jadi, jangan tambah beban mereka. Kasihankan mereka. Kena ada empati.-(ummi pon memang tak pandai layan budak-budak selain anak ummi. Kalau anak orang lain “buat perangai pon, tak perlu kita nak sinis. dah memang sifat budak. Ummi sentiasa ingat “kalau kita sinis kat orang, nanti tah-tah anak kita lagi peningkan kita kemudian hari. Jadi, biarla ada empati dalam diri kita)

3. Biasanya kita beraya beramai-ramai kan? Jadi, hadkanlah kunjungan ke rumah-rumah. Janganlah terlalu lama. Ambil kira emosi anak-anak. Mereka bukan seperti kita. Mereka mudah penat. Mereka cepat lapar. Mereka tak boleh sabar. Semuanya ada had. (Yang ni ummi memang akui. Si Raudhah, anak ketiga ummi yang skrg umur nak masuk 4 tahun memang semacam perangainya kalau kita “outing” lama sikit. Mulala nak buat perangai. Abang dan kakak dia dulu pon macam tu juga masa umur baya-baya ni. Jadi, alert dengan situasi anak kita ye)¬†

4. Adik beradik, ipar duai, mertua dan sesiapa sahaja, mestilah saling menyokong. Kalau yang itu menangis, kita tolong, kalau anak kita menangis, org lain pula tolong – tak perlulah menambah sakit hati si ibu dengan kata-kata yang tak membantu langsung seperti ‘ anak dia yang kedua tu memang lain sikit. ‘, ‘ anak ko tu kenapa? Cuba bagi makan. Lapar agaknya budak tu. ‘ ‘ anak ko tu kembung agaknya.’ – jangan hanya bercakap. Cuba bantu sama-sama. Boleh? (¬†Bila dah berkumpul tu macam- macam kerenah ada. hehe. Jadi, be sensitive, jom bantu sama- sama ye)¬†

Kita pula sebagai ibu dan bapa, bagaimana nak kawal keadaan ni?

1. Be positive – jangan rasa down dengan kata-kata orang yang tidak tahu hujung pangkal. Jika kita berilmu, jangan risau. -(Istighfar banyak- banyak. Bukan anak kita je camni, Ianya normal. Dan bukan selamanya anak- anak kita begini ūüôā )

2. Selalu ingatkan anak to be behave – dalam kereta, kat rumah, masa makan, masa main – selalu ulang, adik kena jadi anak yg baik, main elok-elok, main sama-sama. (Betul, anak- anak ni mudah lupa dan mereka jadi over excited bila jumpa ramai orang. jadi memang kita kene ulang, ulang dan ulang)

3. Mata jangan lekang dari tengok anak. Selalu tanya keadaan anak. Bila kita close monitor, kita dapat kurangkan banyak risiko – risiko gaduh, risiko merajuk, risiko mengamuk. (Mentang-mentang jumpa kawan- kawan, sedara mara, langsung dibiar anak berlari-larian tanpa kawalan. Anak kita, kita la yang kawal kan)

4. Jika anak mengamuk di rumah orang, terus ambil anak dan bawa satu tempat. Cuba tenteramkan anak. Jika dia tidak mahu dipujuk, biarkan sebentar.

5. Sediakan barang yang cukup – busy bag, permainan, buku, biskut, air. Mungkin barang-barang ini yang akan membantu mententeramkan anak. (sebab tu la beg tangan mak-mak ni besar. hahaha)

6. Suami isteri saling membantu. Kalau nampak anak dah mengamuk, isteri/suami jangan buat tak nampak. Lagi panjang pula perbualan. Sama-samalah pujuk anak.

Tanggapan kita, pandangan kita sama juga macam doa. Kalau kita fikir macam-macam pasal anak orang lain, lain kali Allah uji pada kita pula. Jadi, jangan bebankan fikiran kita dengan fikir apa masalah anak dia.

Anak memang begitu.

  • Suka main.
  • Merajuk.
  • Menjerit.
  • Bergaduh.
  • Sekejap ok, sekejap tak ok.

Itu normal.
Kalau tak percaya, buka buku pendidikan awal kanak-kanak. Beli buku saya pun ok. Cari buku Ibu Bijak Anak Bahagia

Kita tak pernah nampak sisi positif anak itu.
Mungkin di rumah sendiri dia sangat baik, dengar kata, tiada banyak masalah.

Sekali lagi, tolonglah!
Tolong ibu-ibu yang gigih mengasuh dan mendidik anak mereka. Jangan bunuh jiwa mereka dengan kata-kata yang tak membantu langsung dan tanggapan negatif yang hanya menambah dosa.

Jika ibu kepada anak yang mengamuk itu stress, lagi kasihan daripada kita yang anak tak mengamuk. Dia nak handle anak lagi, nak handle diri sendiri lagi. Betul tak? Jom kita saling membantu.

Panjang lebar perkongsian dari Puan Ashikin. Anak- anak ni tak sama sifat dan sikap mereka. Janganla dianggap ibu bapa anak satu sama dengan ibu bapa anak dua atau anak tiga atau anak empat dan sebagainya. Jangan pula disebabkan anak- anak, kita jadi stress nak beraya. Takut nanti anak tumpahkan air, berlari sana- sini, bergaduh dan megamuk. Kalau difikirkan, takkan beraya jadinya. InsyaaAllah semua ni akan jadi kenangan apatah lagi mereka juga akan membesar dan tinggalkan kita nanti (sedih pulak, sob sob).

Selamat menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.

Salam sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge