Tekanan Selepas Bersalin, Kenali Tanda dan Cara Mengatasinya

Ummi dihubungi seorang Ibu yang sudah 5 bulan bersalin. Beliau mengalami masalah sakit sakit di bahagian kepala dan bahu, sering seram sejuk dan mudah sakit. Ibu ini juga kadangkala mengalami sesak nafas dan berdebar-debar. Berdasarkan penerangan ibu ini, ummi boleh katakan beliau mengalami tekanan selepas bersalin. Jika tidak dirawat segera, tekanan selepas bersalin boleh membawa kepada masalah kemurungan dan ini merbahaya. Sungguhpun selepas habis pantang, tekanan selepas bersalin boleh berlaku. Keadaan ini boleh juga disebabkan oleh bentan selepas bersalin. Ummi pernah kongsikan tentang jenis-jenis bentan selepas bersalin dan cara mengatasinya dalam entry sebelum ini. Terdapat juga punca lain yang menyebabkan berlakunya kemurungan atau tekanan selepas bersalin.

Punca Tekanan Selepas Bersalin

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan selepas bersalin. Antaranya seperti perubahan hormon, kekurangan nutrien tertentu yang menyebabkan proses semulajadi tubuh terganggu, kurang rehat dan tidak menjaga pemakanan dengan betul. Akibat dari keadaan ini, ibu menjadi teramat letih, gagal mengawal emosi, “over thinking” atau terlalu banyak berfikir hingga menyebabkan kemurungan.

Tanda tanda Kemurungan atau Tekanan Selepas Bersalin

  • Perasaan sedih atau putus asa yang melampau dan tidak berasas
  • Badan berasa terlalu penat atau lesu
  • Sakit-sakit badan terutama di bahagian leher, bahu dan kepala
  • Sama ada kurang selera makan, atau asyik lapar dan selera makan tidak terkawal
  • Tidak boleh menumpukan perhatian dalam melakukan kerja
  • Menangis tanpa sebab
  • Insomnia
  • Rasa benci atau marah terhadap suami atau ahli keluarga walau atas perkara remeh
  • Berasa benci atau menyampah kepada anak, mungkin sehingga tidak dapat menyusukan anak
  • Merasa negatif terhadap diri sendiri atau anak.
  • Bagi yang mempunyai simptom lebih serius, wanita tersebut mungkin mengalami kondisi psikosis postpartum, di mana mungkin pernah terlintas perasaan mahu membunuh diri atau anak, mendengar suara ghaib atau mengalami halusinasi atau delusi. Untuk kes sebegini, si ibu perlu dapatkan rawatan doktor pakar secepat mungkin sebelum dia membahayakan diri sendiri atau anaknya.

Cara Mengatasi Tekanan Selepas Bersalin

Ibu yang mengalami tekanan selepas bersalin akibat kurang rehat dan keletihan harus mendapatkan pertolongan dari orang lain. Suami harus diberitahu tentang keadaan ini supaya beliau boleh membantu. Suami harus benar-benar jelas tentang akibat buruk tekanan selepas bersalin kepada isteri, anak dan keluarga. Ianya tidak boleh dipandang remeh kerana tekanan selepas bersalin boleh membawa kepada masalah lebih berat seperti tekanan mental kepada isteri.

Pemakanan dan nutrien yang betul juga membantu ibu dalam mengatasi tekanan selepas bersalin. Oleh sebab itu, Set Berpantang Shaklee berfungsi membekalkan nutrien terbaik khas untuk ibu dalam menstabilkan hormon, melancarkan aliran darah, memberi tenaga dan meransang aktiviti neuron dalam otak. Tahukah anda, vitamin- vitamin dalam Set Anxiety juga terdapat dalam Set Berpantang Shaklee. Set Anxiety merupakan vitamin yang membantu dalam menangani masalah panic attack dan anxiety disorder atau masalah kebimbangan yang tidak menentu.

tekanan selepas bersalin

Set Berpantang Shaklee terdiri daripada Vitamin- vitamin berikut:

Vita-Lea

Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi oleh ibu akibat diet yang tidak seimbang. Iron amat penting untuk tubuh kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin. Ibu akan rasa lebih bertenaga dalam menguruskan anak, memberikan seri pada wajah si ibu yang pucat. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak pengambilan zat besi perlu dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

B- Complex

Sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon. Perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Memberi kesegaran kepada ibu, mengatasi kelesuan, membantu menukarkan karbohidat, protein dan lemak kepada tenaga. Kekurangan  B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang. Vitamin B12 di dalam B Complex Shaklee membantu menyeimbangkan mood dan hormon dalam tubuh kita. Kekurangan vitamin B12 di dalam tubuh akan menyebabkan kita mudah berasa tertekan. Asid folik membantu meningkatkan kadar tindakbalas antikemurungan yang sangat baik kepada pesakit. Vitamin B12 juga menjaga kesihatan sistem saraf supaya tidak tegang, kejang dan memberi tenaga kepada tubuh badan pesakit agar lebih tenang dan bertenaga

Sustained Release Vita- C Plus

Berfungsi memulihkan sel-sel badan. Vitamin C membantu dalam menguatkan antibodi tubuh melawan penyakit. Ibu selepas bersalin umum mempunyai antibodi yang lemah dan mudah selsema, demam dan jatuh sakit. Vitamin C membantu dalam menangani masalah ini. Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin C secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan.

Omega Guard

Menurut kajian tahun 1988 yang dipaparkan dalam Lancet, orang yang banyak ikan yang ada lemak omega-3 didapati kurang menghidapi kemurungan. Omega Guard Shaklee kaya dengan asid lemak Omega-3. Ianya amat membantu merawat masalah kebimbangan dan kemurungan. Kandungan lengkap DHA dan EPA dalam menjadi makanan otak yang membantu ia berfungsi dengan baik. Minyak ikan membantu dalam menangani masalah tekanan darah dan jantung. Perlu diingatkan, jantung yang bermasalah juga boleh membuatkan kita menjadi berdebar-debar tidak menentu.

Ostematrix

Istimewanya Ostematrix Shaklee kerana ia lengkap dengan Kalsium, Magnesium, Vitamin D, Boron, Kopper dan Zinc. Magnesium memainkan peranan yang penting di dalam fungsi neurologi dan tindakbalas kimia otak. Kebanyakan simpton kebimbangan dan kemurungan dikaitkan dengan kekurangan magnesium. Denyutan elektrik di dalam sistem saraf bergantung kepada kalsum untuk berfungsi dengan baik. Apabila kalsium kurang pada sistem saraf, peluang untuk terjadinya serangan kebimbangan dan emosi yang tidak menentu akan naik dengan mendadak. Vitamin D juga penting untuk otak. Terdapat kajian menunjukkan bahawa kekurangn Vitamin D boleh menyebabkan meningkatnya simptom kemurungan.

Ostematrix amat diperlukan oleh penghidap anxiety disorder bagi mengelakkan kekejangan otot, kebas, menggigil, denyutan jantung yang laju, berdebar, mengurangkan kemurungan dan macam-macam lagi. Ini kerana Ostematrix Shaklee lengkap dalam satu tablet. Ostematrix juga amat bagus untuk mengelak masalah sembelit. Magnesium yang terkandung di dalam ostematrix membantu meransang pergerakan usus.

ESP

ESP merupakan protein dari sumber tumbuhan yang tidak diubah genetiknya. Bermakna, soya yang digunakan dalam menghasilkan ESP merupakan soya non-GMO. ESP membantu memberi tenaga kepada ibu. Ibu selepas melahirkan sememangnya memerlukan tenaga yang banyak dalam menguruskan bayi, diri sendiri dan rumah tangga. Selain itu, ESP merupakan vitamin yang sangat penting kerana ia bertindak sebagai “booster” kepada vitamin- vitamin lain. Dalam ayat mudah, ESP mempercepatkan tindakbalas vitamin-vitamin lain ke atas tubuh kita. Setiap pekej vitamin untuk pelanggan ummi disyorkan di ambil bersama ESP kerana ESP ini adalah ‘makanan’ kpd vitamin2 yg lain atau dlm erti kata lain sel perlu dibina terlebih dahulu dan vitamin- vitamin yang lain membantu mengukuhkan dinding-dinding sel tadi. Maka barulah kesannya optimum. Pengambilan yang konsisten ditekankan dalam pengambilan ESP ini kerana sel-sel yang sihat sentiasa bertukar dalam masa 21hari. Jadi untuk dapatkan hasil yg optimum anda perlu konsisten selama 90hari untuk mendapatkan sel yang betul-betul sihat. Jika anda tidak mengamalkan pengambilan ESP,  sel yang sihat tidak dapat hidup dengan lama dan sel yang rosak tidak akan digantikan dengan yang baru.

Vivix.

Vivix merupakan produk premium Shaklee. Ianya merupakan “ad-on” bagi set asas berpantang Shaklee. Vivix terkenal di kalangan mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik. Kebanyakan ibu yang bersalin secara pembedahan juga memilih untuk membeli Vivix di samping set berpantang yang asas . Vivix membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran dengan cepat, memberi tenaga dan amat tinggi antioksidan. Ummi pernah kongsikan bagaimana ibu berpantang ini sembuh dari luka bersalin kurang dari 2 minggu.

Alfalfa

Alfalfa adalah medium pelawasan semulajadi kerana ianya kaya dengan fiber. Bukan sahaja membantu pembuangan yang lebih mudah malah ianya adalah sebagai galagtague iaitu sebagai penggalak susu. Secara tidak langsung boleh membantu penghasilan susu badan yang lebih lancar. Kebanyakan penyakit datang dari usus yang tidak sihat kerana ia merupakan perumah kepada pelbagai jenis toksin. Usus yang bersih dan sihat adalah perlu bagi memastikan serapan vitamin yang optimum dari sumber makanan dan suplemen.

Perlukah Diambil Kesemuanya?

Setiap vitamin dalam Set Berpantang Shaklee ada fungsi tersendiri dalam membantu menangani tekanan selepas bersalin. Namun, kami faham tentang kekangan setiap pengguna. Oleh yang demikian, pengguna bebas memilih vitamin yang dimahukan mengikut bajet dan keperluan. Jika ditanya pendapat ummi, paling asas bagi ibu yang mengalami tekanan selepas bersalin adalah B- Complex, Ostematrix dan Omega Guard. Sekurang-kurangnya biarlah ada sesuatu untuk membantu mengatasi tekanan daripada dibiarkan tanpa mengambil apa-apa. Keadaan boleh menjadi semakin buruk tanpa bantuan.

 

 

 

 

Kesimpulannya, jangan biarkan tekanan selepas bersalin menjadi lebih buruk. Ibu harus mengabarkan keadaan sebenar kepada suami atau orang terdekat. Jangan tanggung sorang-sorang ye ibu. Ingin dapatkan Set Shaklee untuk membantu , hubungi ummi segera.

ORDER:

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: wasap.my/60182907924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee. 

COD sekitar Gombak, Selayang, Setapak, Taman Melati, Wangsa Maju. 

 

Rujukan:

  1. Simptom kemurungan selepas bersalin
  2. Supplements for Stress

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge