Tak Ambil Vitamin Semasa Hamil, Apa Kesannya

Kehamilan merupakan salah satu anugerah terindah buat wanita. Pengalaman membawa “jiwa” lain di dalam rahim tidak dapat digambarkan dan kita hanya mahukan yang terbaik buat ibu dan bayi. Oleh itu, sudah semestinya ibu harus menjaga diri dan kandungan dengan sebaiknya. Bila ke klinik untuk pemeriksaan, sudah semestinya ibu akan dibekalkan dengan vitamin semasa hamil. Kenapa ibu hamil perlu ambil vitamin? Kalau tak ambik vitamin semasa hamil ni, bolehkah?

Kenapa Ibu Perlu Ambil Vitamin Semasa Hamil

Pengambilan vitamin semasa hamil amat digalakkan kepada ibu. Namun, ianya bukanlah satu paksaan. Ibu digalakkan untuk mengambil vitamin semasa hamil untuk mengurang risiko-risko berikut:

  • Kecacatan semasa hamil
  • Kelahiran bayi pramatang
  • Bayi kurang berat semasa lahir

Ibu juga mengalami risiko kekurangan nutrisi semasa hamil jika mengalami alahan, loya dan muntah yang teruk. Oleh itu, pengambilan vitamin amat perlu supaya ibu tidak mengalami masalah kurang nutrisi seterusnya membahayakan diri sendiri serta bayi dalam kandungan.

Vitamin semasa hamil juga diambil untuk memberi tenaga kepada ibu serta membantu ibu mendapat kesihatan yang baik. 

Tidak semua ibu sedar bahawa mereka kekurangan nutrisi dalam tubuh, apatah lagi apabila nutrisi ini perlu dikongsi dengan bayi bagi tumbesaran dan kesihatan.

Apakah Vitamin Paling Diperlukan Ibu Hamil

Berbanding orang biasa, ibu hamil amat perlukan vitamin-vitamin berikut:

1. Asid Folik

Ramai pakar perubatan mencadangkan asid folik diambil sebelum kehamilan lagi yakni sebaik sahaja berkahwin. Ini kerana, mungkin berlaku kehamilan yang tidak dirancang. Asid folik (folic acid) amat penting dalam perkembangan saraf dan fizikal bayi dan harus berada di dalam tubuh ibu sebaik persenyawaan ovum dan sperma berlaku. Itulah sebabnya, folik asid wajar diambil sebelum kehamilan berlaku. Asid folik merupakan satu ikhtiar untuk mengelak kecacatan neural tube iaitu kecacatan berkaitan saraf pada bayi.

kesan kurang vitamin semasa hamil

 

Dos yag dicadangkan untuk wanita yang bercadang untuk hamil ialah 400mcg sehari manakala wanita hamil pula 1000mcg sehari. Ibu perlu ambil perhatian bahawa terdapat pil yang mengandungi sehingga 5mg (5000mcg) asid folik. Oleh itu, sila pastikan kandungan yang sesuai mengikut keperluan ibu.

 

2. Zat Besi

Zat besi atau iron amat penting dalam pembentukan sel darah merah bagi mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Kerurangan darah merah boleh menyebabkan anemia kepada ibu dan risiko kelahiran pramatang. Anemia amat merbahaya kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Dos maksima iron yang diperlukan ibu hamil adalah 27mg berbanding 18mg untuk orang biasa. Perlu diingatkan bahawa iron tidak boleh diambil secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan masalah sembelit dan pedih perut. Kebanyakan supplemen zat besi di pasaran mengandungi 106mg iron.

Pengalaman peribadi ummi, semasa hamilkan Amjad (anak keempat), ummi menjalani pemeriksaan di hospital A sedangkan anak sulung hingga ketiga ummi check up dan bersalin di hospital B. Memang paras hemogblobin (HB) ummi agak rendah semasa hamil tapi ianya normal untuk semua kehamilan. Tetapi doktor di hospital A bekalkan ummi dengan supplemen zat besi yang agak tinggi. Akibatnya, ummi alami masalah sembelit yang teramat-amat teruk (serik sangat) dan najis juga menjadi hitam. Jadi, ibu harus berhati-hati memilih vitamin yang sesuai ye.

3. Kalsium

Kalsium amat penting untuk pembetukan tulang dan gigi. Semasa hamil, bayi akan mengambil kalsium dari sumber makanan ibu, tapi jika ibu tidak mengambil kalsium yang secukupnya dari sumber makanan atau vitamin, bayi akan menyerap kalsium dari tubuh ibu. Apa lagi jika bukan tulang dan gigi ibu. Oleh itu, ibu hamil mempuanya risiko lebih tinggi mengalami masalah tulang dan gigi rapuh serta masalah “slipped disc”. Selain itu, kalsium juga penting bagi mengelak masalah kejang otot yang amat lazim dialami ibu hamil terutama bila kandungan masuk trimester ketiga. Pakar perubatan amat mengesyorkan ibu hamil mengambil kalsium mencukupi bagi mengelak masalah preeclampsia yang mungkin membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Ummi juga ada pengalaman sedih akibat tak cukup kalsium semasa kehamilan pertama dan kedua. Ummi memang ambil kalsium, sebiji sehari mengikut saranan doktor tetapi masalah kejang tetap berlaku. Beberapa hari selepas bersalin pula, ummi hilang sebatang gigi. Huhu, menakutkan, tiba-tiba je gigi patah tanpa disentuh. Alhamdulilah, kehamilan ketiga dan keempat, ummi ambil kalsium yang cukup maka masalah ini tidak berulang.

Dos kalsium yang disyorkan untuk ibu hamil ialah 1000mg sehari.

4. Omega-3

Omega-3 amat penting dalam perkembangan otak bayi, pertumbuhan saraf dan penglihatan yang baik. Dos yang disyorkan bagi ibu hamil dan wanita menyusu bayi ialah 200-300mg sehari.

Keempat-empat vitamin di atas merupakan vitamin paling asas yang diperlukan ibu hamil. Namun jika ibu buat pemeriksaan di klinik kerajaan, ibu akan dibekalkan juga dengan ascorbic acid yakni vitamin C. Vitamin C amat penting dalam membantu ibu mempunyai kesihatan yang baik. Semasa hamil, antibodi ibu menjadi lemah dan mudah diserang penyakit. Vitamin C merupakan sumber antibodi segera buat ibu. Selain itu, vitamin C juga membantu penyerapan zat besi. oleh itu ia seeloknya diambil bersama dengan zat besi.

Selain itu, protein juga amat- amat diperlukan ibu hamil untuk tenaga dan tumbesaran bayi. Protein bukan sahaja menjadi makanan sel tubuh malah juga menjadi pemangkin kepada vitamin-vitamin lain. Maksudnya, protein membantuk vitamin-vitamin lain bertindak dengan lebih efisyen. Oleh itu ibu harus pastikan pengambilan protein yang mencukupi samada dari sumber makanan atau vitamin.

Vitamin Mana Paling Sesuai Untuk Ibu Hamil

Ibu boleh bertanya dengan ahli farmasi dengan menggunakan panduan yang telah diberi sebelum ini. Ibu harus berhati- hati memeriksa kandungan vitamin setiap pil kerana ada pil yang mengandungi dos melebihi apa yang ibu perlukan. Zat besi contohnya, jika terlebih dos boleh menyebabkan masalah kepada ibu.

Bagaimana Dengan Dos Dalam Set Hamil Shaklee?

Alhamdulillah, dos vitamin dalam set hamil Shaklee memenuhi keperluan ibu hamil seperti yang disarankan oleh pakar perubatan. Patutla ummi terasa lain sangat semasa ambil set hamil shaklee ni berbanding kehamilan-kehamilan terdahulu. Tak perlu risau tentang terlebih dos atau tak cukup nutrisi. InsyaaAllah, konsultasi terbaik diberi untuk ibu-ibu sekalian.

Ibu hamil pun boleh kuat jalan & kuat panjat tau,  bukan takat kuat makan & kuat tidur je. Cerita dongeng macam ni biasa dengar drpd mak/nenek je kan? Nah, ini kisah mak moden.

Berminat untuk dapatkan Set Hamil Shaklee?

Hubungi ummi sekarang

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge