Set Berpantang Terbaik ~ Perbezaan Set Berpantang Shaklee

Proses bersalin samada secara normal atau pembedahan memerlukan pengorbanan besar seorang ibu. Semasa bersalin, banyak luka samada dalaman atau luaran yang terhasil. Hampir 10 bulan bayi di dalam kandungan, keadaan rahim ibu juga sudah berubah dan ia memerlukan rawatan sewajarnya selepas bersalin. Ini bagi memastikan kesejahteraan ibu dan rumahtangga. Jika tidak dijaga dengan betul semasa pantang, dikhuatiri berlaku masalah berkaitan penyakit wanita seperti kentut faraj, rahim jatuh dan masalah ketidakselesaan ketika bersama suami nanti. Oleh itu, penjagaan diri secara optimum dan pemilihan set berpantang terbaik harus difikirkan.

Terdapat banyak set berpantang di pasaran. Kebanyakan set berpantang ini berasaskan jamu dan herba. Orang dulu- dulu berpesan supaya ibu berpantang harus sentiasa “panas” bagi memastikan luka dalaman cepat sembuh. Oleh itu, jamu dan herba yang bersifat panas menjadi peneman ibu berpantang. Namun, kebanyakan bayi yang menyusu badan tidak tahan dengan jamu yang diambil ibu menyebabkan terjadi cirit birit dan naik ruam. Apatah lagi, iklim negara yang kini semakin panas berbanding 20 tahun dahulu. Oleh itu, ibu-ibu mencari alternatif untuk mengelak keadaan ini.

set berpantang terbaik

Set berpantang Shaklee terdiri daripada vitamin-vitamin semulajadi, bukan vitamin sintetik yang banyak terdapat di pasaran. Vitamin berkualiti tinggi ini telah lebih 50 tahun berada di pasaran dan menjadi pilihan ibu-ibu berpantang yang inginkan kelainan dari set berpantang tradisional.

Set berpantang Shaklee terdiri daripada:

1. Vitalea

2. B Complex

3. Vitamin C

4. Ostematrix

5. Zinc Complex

6. ESP

Khasiat setiap vitamin telah ummi kongsikan dalam entry terdahulu. Boleh klik link ni untuk perincian setiap vitamin ye.

Keistimewaan Set Berpantang Shaklee:

  1. Luka lebih cepat kering dan sembuh samada kelahiran normal atau pembedahan
  2. Tiada masalah sembelit, senang untuk melawas
  3. Susu lancar dan banyak
  4. Sumber nutrien yang mencukupi untuk ibu berpantang dan menyusu
  5. Kulit menjadi bersinar, merah dan tidak pucat seperti kelaziman ibu selepas bersalin
  6. Ibu bertenaga dan cergas
  7. Atasi masalah “baby blues” atau kemurungan selepas bersalin (meroyan).

Apa yang membezakan set berpantang Shaklee dengan set berpantang convensional?

  1. Vitamin-vitamin yang semulajadi
  2. Tablet mudah telan
  3. Tiada rasa pahit
  4. Tiada masalah cirit birit akibat set berpantang
  5. Tidak panas
  6. Harga berpatutan
  7. Vitamin masih boleh diambil walaupun dah habis pantang.

Pengalaman ummi sendiri berpantang dengan set berpantang terbaik, apa lagi kalau bukan set berpantang Shaklee, memang berbeza. Yang paling ketara, dari segi tenaga, luka jahitan dan sembelit. Ummi bersalinkan Amjad masa umur 34 tahun. Memanglah tenaga tu kalau nk banding masa bersalinkan Tiqah tika umur 28 tahun, jauh juga beza. Ikutkan mesti penat, anak dah 4, umur dah banyak, baby kuat nyusu. Dengan izin Allah, set betpantang shaklee sangat membantu.  Alhamdulillah, seminggu je luka dah kering. Tukang urut datang masa hari ketiga lepas bersalin tegur yang perut macam orang dah habis pantang. Tenaga cepat pulih dan yang paling utama, takde masalah sembelit. Ummi memang ada masalah sembelit memang dah lama, sejak muda-muda lagi. Sejak kenal Shaklee, alhamdulillah, masalah tu dah takde. Masa dalam pantang pon takde. Petuanya, minum air kosong yang cukup dan vitamin Shaklee.  Ni pengalaman ummi sendiri.

Kalau nak tahu, ibu dalam video di bawah ni punya pengalaman berpantang yang amat menyakitkan sampai trauma nak bersalin lagi. Sampai macam serik dah nak bersalin lagi. Memang teruk keadaan beliau masa berpantang anak pertama. Tapi dengan izin Allah, pengalaman berpantang dengan anak kedua amat-amat berbeza dan manis.

 

Ibu- ibu hamil yang masih dalam dilema dalam mencari set berpantang terbaik? Hubungi ummi untuk lebih penjelasan. InsyaaAllah ummi cuba beri konsultasi terbaik untuk ibu dan baal ibu sekalian 🙂

Salam Sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge