Tentang Ummitiqah

Assalamualaikum, salam perkenalan dan selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi ummitiqah.com. Saya Ummi Tiqah. Ummi kepada Tiqah, A’isy, Raudhah dan Amjad, menetap di Gombak dan mula bekerja dari rumah mula awal tahun 2015. Sebelum tu, ummi bekerja sebagai executive IT di sebuah bank. Memiliki ijazah dalam bidang IT dari Universiti Islam Antarabangsa tapi kini, ummi lebih senang menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga, alhamdulillah.

potret

Dah lama bercita-cita nak jadi pendidik anak sepenuh masa ni, sejak sebelum kahwin lagi, hehe. Namun apakan daya, ekonomi tidak mengizinkan. Nak berniaga, ummi tak pandai menjual. Sudahla pemalu, tak pandai bercakap, nak approach kawan2 sendiri untuk menjual pon ummi segan sangat- sangat. haha

Dan di sinilah blog membantu ummi. Ummi mula bershaklee secara tak sengaja tahun 2011 selepas melahirkan anak ketiga. Tak menjual, sekadar berkongsi pengalaman menerusi ummitiqah.blogspot.com. Kebanyakannya mengenai pengalaman dan ilmu ummi tentang penyusuan susu ibu.Tak sangka pula, pelanggan mula datang melalui blog. Obsessi ummi terhadap penyusuan susu ibu membawa ummi menemui ramai ibu lain. Alhamdulillah, dapat juga ummi membantu ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi mereka. Di sini mula timbul minat ummi untuk serius dalam blog; Asalnya hanya berkisar tentang penyusuan susu ibu, lama kelamaan semakin seronok pula nak kongsi pelbagai pengalaman sepanjang menggunakan Shaklee. Bukan hanya pengalaman ummi, tetapi juga pengalaman mak yang selama ni menderita sakit lutut, ayah yang menderita sakit jantung, diabetes dan darah tinggi dan pelanggan-pelanggan lain yang berjaya hamil setelah bertahun-tahun berikhtiar, teman yang tidak lagi gastrik, isteri-isteri yang kini dapat membuatkan suaminya tersenyum lebar dan macam-macam pengalaman lagi menerusi Shaklee. Seronok blogging ni. Dapat merapu meraban, haha. Tapi merapu yang berisi tau, boleh buat duit la pula.

Alhamdulillah, lebih tiga tahun ummi berblog dan berShaklee. ummitiqah.com ni adalah garapan terbaru ummi, moga ianya boleh merantau menemui lebih ramai pembaca, jadi dapatlah ummi mebantu lebih ramai orang; mereka yang ingin hidup lebih sihat dan juga mereka yang ingin menjana pendapatan melalui perniagaan.

Ummi bahagia dengan jalan yang telah dipilih. Anak-anak kini membesar di depan mata. Jika tak sihat pon, ummi boleh jaga sendiri, alhamdulillah. Harapnya, akan ada lebih ramai ibu lain yang boleh ummi bantu mencapai impian mereka 🙂

Terima kasih kepada anda yang membaca nukilan ummi. Impian dan harapan anda bagaimana ye? Nak share dengan ummi? Anda di alu-alukan menulis di ruangan komen.

Dan jika anda memerlukan konsultasi, ingin mendapatkan produk Shaklee atau ingin menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa dengan Shaklee, ummi sedia membantu 🙂 Nak join ummi sebagai ibu yang jana pendapatan dari rumah? Hubungi ummi segera

UmmiTiqah

018-2907924

ummitiqah@gmail.com

COD : Gombak, Setapak, Selayang.

Penghantaran seluruh malaysia menerusi Pos Malaysia