Resepi Popcorn Karamel Mudah dan Rangup

Alkisahnya ummi bukanlah peminat popcorn. Tapi satu hari ada kenduri anak buah, kasi popcorn sebagai doorgift. Sedaplah pulak popcorn dia. Tak lama kemudian, jiran kasi popcorn, brand Pop Cornenek, aduhai sedapnya tapi sangat manis. Tanpa sengaja, ummi terjumpa kedai yang jual pop cornenek ni. Parok juga tiap- tiap hari pergi beli. haha. Maka ummi pon google resepi popcorn karamel. Mudah je rupanya.

Cubaan pertama resepi popcorn, ummi guna dari blog “Juicy Cafe“. Resepi popcorn Karamel ala Garret katanya. Tidakku tahu rupanya di KLCC ada popcorn famous. Sedangkan hampir tiap hari lunch di situ masa ummi masih kerja dulu. Resepi popcorn karamel dari blog ni ada guna light corn syrup tapi ummi cuma dapat golden syrup. Bolehlaaah. Memang sedap sayangnya ummi buat kurang menjadi. popcorn tak rangup. Tak tahu kenapa. Abah siap tanya, kenapa masuk angin walhal memang gitu. hehe.

Kali kedua, dari resepi yang agak complicated, kene masuk oven semua, ummi cuba pulak resepi popcorn karamel mudah dari blog Mat Gebu. Memang mudah, cuma guna gula dan mentega sebagai karamel. Tak perlu masuk oven.Again, ummi buat sedikit kesilapan bila karamel tak cukup perang. Ada rasa cuma tak sesedap resepi pertama tadi dan rupanya pon tak cantik. Putih aje popcorn macam takde karamel.

Kali ketiga cuba resepi popcorn karamel, ummi gabungkan resepi pertama dan kedua. Maka terhasillah popcorn karamel seperti gambar. Tadaaaaa!

 

Menggiurkan tak? hehe. Maka, moh ummi kongsikan resepi popcorn karamel ikut citarasa ummi.

Bahan- bahan popcorn:

Jagung kering

Minyak masak/marjerin

 

Bahan-bahan karamel:

Gula kastor/gula perang

Butter/ Marjerin

Garam (kalau guna unsalted butter)

Light Corn Syrup (takde pon takpe)

Baking Soda (Tak letak pon takpe)

Cara:

Panaskan kuali atau periuk bertutup, masukkan 2 sudu besar minyak masak/minyak sayuran/minyak jagung/butter/marjerin. Haa, kemain banyak pilihan ummi letak tu, ikut sukalah nak guna yang mana. Jangan letak semua pulak, salah satu je. Api tu sederhana ye, tak besar tak kecik sangat.

Bila minyak dah panas masukkan 2 genggam jagung kering tadi atau dalam 1/3 hingga 1/2 cawan. Jangan letak banyak, popcorn mengembang nanti tak muat kuali. Tutup kuali. Kalau kuali yang jenis takde penutup tu, gunalah apa saja untuk tutup supaya dapur tak jadi salji popcorn. Sebabnya popcorn akan meletus dan melompat. Jangan tutup guna besen plastik pulak, cair jadi popcorn plastik nanti. Guna talam pon boleh.

Sementara tunggu semua popcorn meletus, boleh terus buat karamel. Masukkan 3/4 cawan gula ke dalam kuali besar (kurangkan gula kalau taknak popcorn bersalut penuh). Boleh guna gula castor atau gula perang. Coarse sugar pon boleh guna tapi lambat sikit cair. Buka api kecil dan biar gula tadi mencair.

Popcorn tadi bila dah habis bunyi letusan, boleh tutup api dan letak dalam bekas lain. Pilih kalau ada jagung yang tak meletus, boleh dibuang.

Bila gula cair dan sedikit perang (gula tu jangan sampai terlalu perang tau, nanti pahit), masukkan sesudu besar butter atau marjerin (ummi guna tatura butter, salted). Kalau guna unsalted butter, tambahkan 1/2 sudu kecil garam. Kalau guna salted butter atau marjerin, tak perlu tambah garam. Kemudian tambahkan sesudu besar golden syrup atau light corn syrup. Yang ni tak letak pon takpe. Kemudian, tambahkan sesudu kecil baking soda. Masa cubaan kedua guna resepi Mat Gebu tu ummi tak letak baking soda pon dan popcorn masih rangup. Tapi kali ni ummi saje letak, ikut resepi pertama. Kacau sebati dan masukkan masukkan popcorn tadi, kacau sebati hingga semua popcorn bersalut lalu alihkan ke dalam dulang besar atau baking tray. Serakkan dan biar sejuk, dalam 10 -15 minit. Kemudian boleh ramas- ramas untuk ceraikan popcorn yang melekat, simpan dalam bekas kedap udara. Itu pon kalau sempat simpanlah. hehe.

Beberapa tips:

  1. Jangan letak jagung terlalu banyak semasa menggoreng sebab ia akan mengembang. Tak muat kuali nanti
  2. Gula jangan terlalu perang sebab akan pahit. Cukup sekadar bertukar warna dari jenih kepada gelap sedikit
  3. Baking soda untuk buat lebih rangup. Taknak letak pon boleh. cubaan kedua tu ummi tak letak dan masih rangup
  4. Jangan letak butter/ marjerin banyak sangat dalam karamel. Nanti oily. Cukup sesudu besar sekadar nak bagi karamel tu “berkilat” cantik,
  5. Kesemua bahan boleh didapati di kedai menjual bahan bakeri. Pasaraya besar macam Giant, Aeon pon ada cuma ummi tak pasti kalau corn syrup ada dijual di pasaraya.

Kalau dah cuba, boleh share ye.

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge