Resepi Murtabak Maggi Mudah dan Cepat Disediakan

Petang ni ummi bermurtabak maggi. Anak-anak lunch awal tadi. Pukul 4 petang masing2 dah mula kuar masuk dapur cari makanan. Nak cepat, ummi sediakan aje murtabak maggi. Resepi murtabak maggi ni adalah yang paling mudah dah asas. Penyediaan pon kejap sangat. Bahan- bahan asasnya cuma:

  1. Sebungkus mee segera ikut perisa kegemaran masing- masing
  2. Dua biji telur

Nisbah 2 biji telur untuk sebungkus mee segera. Jadi kalau nak buat lebih sebungkus, tambahkan telur ye.

2 bahan di atas adalah yang paling asas, sesuai untuk budak-budak yang tak makan sayur atau memang kat rumah takde sayur. hehe. Kalau nak lagi sedap, boleh tambah bahan bahan berikut:

  • Hirisan cili besar
  • Daun bawang dan daun sup dipotong kecil
  • Bawang besar dicincang atau potong dadu

Dalam resepi murtabak maggi yang ni, ummi cuma masukkan bunga kobis sikit, dari biar kosong je kan.

Cara penyediaan:

Celur mee segera sahaja tanpa campur perisa sampai mee terurai. Celur jangan lama sangat sampai mee terlampau lembut. Tapi janganla celur kejap sangat sampai mee tak sempat nak lembut. Agak-agakla ye. Cam ummi, celur dalam 2 minit gitu aje.

Toskan mee kemudian letak dalam mangkuk. Campurkan perencah mee segera tadi dan gaul rata. Ummi guna perencah kari dan tak letak semua takut terlampau masin. Letak dalam 3/4 bungkus je. Ni ikut selera masing-masing ye.

Kemudian, letak sayur kalau ada. Cam ummi buat ni cuma ada bunga kobis je, jadi ummi gaul bunga kobis yang dah dicincang dan pergi ke step seterusnya.

basuh telur bersih-bersih (telur yang tak dibasuh is unlawful to eat ye ibu- ibu sekalian, ada yang tak tahu jadi ummi cuma ingatkan), dan pecahkan 2 biji telur tadi ke dalam mee segera. Gaul sebati.

Panaskan kuali leper, letak sesudu minyak masak dan masukkan adunan murtabak maggi tadi. boleh serakkan untuk lebih lebar atau biar tebal. Balikkan bila dah garing dan angkat.

Kemudian bolehla potong2 murtabak untuk dimakan bersama sos atau boleh juga dimakan begitu sahaja.

 

 

resepi murtabak maggi

Tak sempat ambil gambar cantik-cantik, ni je tinggal

 

 

Selamat mencuba šŸ˜‰

Salam sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924 Ā 
ummitiqah@gmail.com Ā 
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju.Ā Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.Ā 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge