Resepi Kek Lapis Masam Manis Biskut Marie

Kek lapis masam manis ni dah jadi favorite sejak ummi dapat resepi dari kawan sekolah masa tahun 1995. Lama sangat kan? Haha. Masa tu ummi form 3. Lepas tu mesti akan buat kek lapis masam manis ni setiap kali hari raya. Ummi suka sebab kek ni tak manis sangat, lembut, lembab dan ada rasa masam-masam sikit. Senang je, Bahan-bahan pon tak susah. Suma ingat dalam kepala je. Walaupun ummi ni ada syndrome “terlebih makan semut”, tapi resepi ni memang ummi tak lupa. Hihi.

Raya tahun ni ummi tak buat sebab tak sempat. Tapi ummi buat untuk potluck jamuan raya kat sekolah Tiqah. Bebudak suka tengok dan makan sebab colorful. Jomlah cuba.

Resepi Kek Lapis Masam Manis Biskut Marie Di kukus

Bahan Bahan

 

Bahan Utama Biskut Marie

Bahan Utama Biskut Marie

 

Ummi beli 2 bungkus biskut marie ni konon nak buat 2 biji kek. Rupanya semenjak tahun GST ni, sebungkus biskut ni cuma menghasilkan 2 setengah cawan tepung biskut. Tak dapat 3 cawan dan macam dolu-dolu. Mujur ummi beli dua bungkus, dapat gak la sebiji kek.

Biskut Marie dikisar halus untuk mendapatkan 3 cawan tepung biskut.

1 cawan gula dikisar halus (ummi guna 1/2 cawan gula ising je, malas nak kisar)

1 cawan marjerin

1/2 tin susu pekat manis

5 biji telur gred B

10 bungkus asam haw flakes atau orang panggil asam katok atau asam duit-duit.

sesudu kecil esen vanila (taknak letak pon takpe)

2 atau 3 pewarna kesukaan

Inilah haw flakes atau asam katok

Inilah haw flakes atau asam katok

 

Cara- cara:

Letak periuk kukusan bersama air atas api.

Margerin dan gula dipukul hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji, tak perlu pukul sangat, cukup sampai sebati je. Kemudian masukkan susu pekat manis dan kacau sebati. Akhir sekali masukkan tepung biskut tadi sedikit demi sedikit dan kacau sampai sebati. Lepas tu kalau nak letak esen vanilla pon boleh kalau suka.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letak pewarna. Kali ni, ummi guna warna merah, hijau dan biarkan satu warna asal. Masukkan lapisan pertama ke dalam acuan yang sudah disapu margerin, kukus selama 10 hingga 15 minit.

Buka penutup periuk secara perlahan-lahan supaya wap air tak menitis atas kek. (Atau boleh juga balut tudung periuk dengan kain batik atau tuala yang bersih semasa mengukus). Susun asam katok atas kek, kemudian letak adunan kedua, tutup semula periuk dan kukus lagi 10 hingga 15 minit. Ulangi langkah ini hingga adunan habis. Siap.

Semasa nak tambah lapisan tu, anda boleh keluarkan loyang dari periuk kukus atau terus je letak asam dan adunan baru tanpa keluarkan dari periuk. Ummi memang tak keluarkan dari periuk cuma pastikan anda tak pakai rantai tangan atau gelang emas semasa melapis. Emas kan pengalir haba yang baik, kang melecur pulak tangan sebab wap haba diserap gelang tu.

Ni hasil yang ummi dah potong, siap untuk tiqah bawak ke sekolah.

Resepi Kek Lapis masam manis

Warna Warni Kek Lapis..Yummy

 

Lembut, lembab dan lazat, nyum nyumm.

Selamat mencuba 😉

Salam sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

 

 

 

You may also like...

4 Responses

  1. Maisarah says:

    Sedapnya! mudah pulak tu..nanti nk cuba buat la..hehe
    Maisarah recently posted…Tempahan Design Blog TopOne Online BizMy Profile

  2. Sara says:

    Mohon share n smpn resepi ye ummi. Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge