Resepi Kek 3 Minit Tanpa Telur Dimasak Guna Microwave

Baru- baru ni viral di FB tentang resepi kek 3 minit guna Milo. Memang mudah. Bahan-bahannya cuma tepung gandum, milo, gula, telur, serbuk penaik dan minyak masak. Gaul semua dan masak selama 3 minit dalam microwave. Tapi dalam resepi tu tak cakap pula berapa suhu atau watt microwave yang perlu diguna. Ada kawan ummi yang cuba katanya ketuhar micro beliau takde pulak setting suhu. Jadi dia masak je 3 minit seperti resepi dan kek beliau menjadi. Tapi katanya jadi cam apam, mungkin kene guna tepung superfine.

Ummi pon dah cuba resepi kek 3 minit milo tu tapi menghadapi masalah nak tentukan suhu sebab microwave ummi ade pilihan untuk pilih suhu. Sudahnya, 3 atau 4 kali juga kek tu keluar masuk ketuhar sampai masak betul. Sama macam kawan ummi, kek tu jadi agak kenyal, ala2 apam sikit. Tak kena dengan selera ummi.

Tadi, si Atiqah merengek dalam pukul 10.00 pagi mintak makanan. Apa punya selera tah walhal baru je makan 2 buku roti gardenia yang ada inti coklat tu pukul 9 tadi. Sementelah pulak lauk-pauk dah habis, takde apa nak masak sebelum dia ke sekolah. Ummi pon mula google pasal kek 3 minit sebab nak cepat. Atiqah ni kalau dah lapar, mula la mood dia semacam. Jumpa banyak juga video resepi camni. Cari punya cari, ummi berkenan nak tonton satu video remaja Minah Salleh ni. Sebabnya, video dia ada caption (ummi memang malas mendengar, suka baca je, hehe) dan durasi cuma 2 minit lebih. Bosan nak tgk video panjang lebar asik bercakap. Dan yang penting, resepi dia tak guna telur. Kan rumah ummi dah takde lauk, sampaikan telur pon habis. Haha.

Maka ummi pon cuba la buat. Fuh, memang simple dan sedap, alhamdulillah. Menjadi dengan sekali cuba sahaja. Cuba tengok gambar di bawah ni.

resepi kek coklat 3 minit

Kemain menayang kek dia. Ummi ikut sebiji sama macam resepi video tu. Letak nutella sikit dan inilah hasilnya.

resepi kek coklat 3 minit

Terliur tak? Hehe. Memang sedap dan lembut. Apatah lagi, mudah sangat nak buat. Ok, moh ummi share resepi dia:

Resepi Kek 3 Minit 

Guna mug yang agak besar untuk adun bahan. Ummi guna shaker Shaklee aje, besar dan senang nak adun. Kemudian masukkan bahan-bahan berikut:

  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar serbuk koko (ummi guna brand van houten, pahit sikit but kids love it)
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • 2 sudu besar gula. ummi guna gula aising. 

Gaul kesemua bahan bagi sama rata. Kemudian masukkan 5 sudu besar susu  kotak. Tak kisahla freshmilk ke, UHT ke. Masukkan pula 2 sudu besar minyak masak. Gaul adunan ni guna sudu sampai rata dan takde tepung yang melekat-lekat di badan mug. 

Masukkan adunan ni ke dalam mug yang bersih. Ummi bahagi kepada 2 mug tadi sebab takut melimpah masa dalam microwave. Ceduk sesudu nutella dan letak je atas adunan tadi, tak perlu kacau ye.

Cam ummi cakap tapi, microwave ummi ade setting suhu. Ikutkan resepi asal, dia suruh set 1200 watt selama seminit. Tengok microwave ummi paling tinggi 850. Ummi tak tahu itu watt atau celsius ke farenheit ke. Haha. Maka ummi pon guna setting paling tinggi dan masak selama seminit, 40 saat. Dan hasilnya, seperti gambar di atas. Fall in love weh. Sedikit tips, kalau anda tak letak topping manis cam nutella (cam ummi guna) atau coklat chip ke, maka boleh tambah sikit kuantiti gula dalam adunan. Sebab kek ni kurang manis. Melainkan anda memang tak makan manis langsung. Tambah pula, ummi guna koko yng agak pahit. Tapi bila ade nutella tu, memang dah manis dah, jangan nak tambah-tambah gula lagi.

Guess what, Atiqah buat perangai lagi, sejam lepas makan malam, dia merungut lapar, A’isy pon sama. Ish ish, tah apa kena anak- anak ummi ni. Tadi dah makan nasi pon.

Maka ummi pon buat kek ni lagi sekali. Kali ni ummi double adunan tu sebab nak makan 3 orang. Susu pon dah habis, maka ummi bancuh susu dutchlady 4,5,6 yang Raudhah punya untuk ganti fresh milk. Perisa coklat pulak tu, hehe. Maka resepi jadi cam berikut:

  • 8 sudu besar tepung gandum
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 4 sudu besar gula aising
  • secubit garam
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • 4 sudu minyak masak
  • 10 sudu besar susu (as i said, ummi bancuh susu Raudhah kali ni)

Dan hasilnya, tiga cawan kek coklat 3 minit yang sedap hingga mengorek cawan.

resepi kek coklat 3 minit

resepi kek coklat 3 minit

 

Kali ni, A’tiqah taknak pape inti jadi dia punya plain. Raudhah dan A’isy nak nutella. Hmm, makan la korang. Dah makan, boleh tidur dengan aman, alhamdulillah.

Cubalah ye. InsyaaAllah sedap 🙂

Salam Sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

 

 

You may also like...

6 Responses

  1. Mrs. A says:

    Waa… mudah ya.. In Sha Allah nanti nak cubalah.
    Biasalah kita ibu-ibu ini boleh jer… guna apa-apa bahan yang ada di dapur tukan..
    Ibu-ibu semua kan master chef hiks!
    Mrs. A recently posted…Terima Hadiah Saguhati Dari DramaticuniqMy Profile

    • ummitiqah says:

      memang mudah sangat2. hehe, memang semua bahan yang ade kat dapur. Prepare 2 minit, masak 1 minit. simple sangat 😉

  2. asmara says:

    Naper saya buat cam bantat jer dah 3 kali cuba

  3. Umairahh says:

    thanks share resepi ni sis. sye bru buat n hasilnya cantik. rse lgi smangat nk buat yg lain lak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge