Rambut Gugur Selepas Bersalin, Punca dan Cara Merawatnya

Rambut gugur selepas bersalin? Ya, memang perkara normal tapi sebenarnya boleh diatasi segera. Macam ummi yang beranak 5 ni, selepas bersalin anak pertama dan kedua, memang teruk sangat gugur rambutnya. Hinggakan abah cadangkan ummi pakai scarf kepala di rumah. Manakan tidak, kadang-kadang rambut masuk dalam makanan, atas lantai memang di mana-mana sahaja ada rambut walau selalu sapu bahkan roda baby walker pon tersekat sebab rambut dah bergumpal di situ. Huhu, segan tau. Mak ummi datang melawat pon terkejut tengok rambut ummi gugur teruk sampai nampak kulit kepala sedangkan rambut ummi asalnya lebat.

Punca Rambut Gugur Selepas Bersalin

Masalah rambut gugur selepas bersalin lazim dialami ibu bila umur bayi masuk 2 atau 3 bulan. Masalah ini biasanya berlanjutan hingga bayi berumur antara 8 bulan hingga setahun. Hormon adalah penyumbang faktor utama masalah ini. Punca rambut gugur selepas bersalin adalah seperti berikut:

  1. Penurunan mendadak Estrogen selepas bersalin: Kandungan Estrogen yang tinggi semasa mengandung menyebabkan pembentukan scalp rambut yang sihat dan ia mengunci akar rambut dengan kuat maka pertumbahan rambut berlaku dengan baik. Tetapi sebaik sahaja bersalin penurunan kadar estrogen secara mendadak menyebabkan akar rambut longgar dan mudah gugur.
  2. Pengambilan makanan berproses sebagai diet harian: Rambut juga seperti rumput hijau di padang, perlukan bekalan nutrient dan air yang cukup agar ia tumbuh subur. Pengambilan diet dengan makanan berproses menyebabkan badan kita sukar untuk menerima nutrien yang cukup untuk berfungsi. Otak akan menghantar gelombang untuk mengambil nutrien dari rambut kerana rambut secara amnya tidak mempunyai fungsi penting dalam meneruskan aktiviti harian. Kerana kekurangan nutrien seperti zinc, zat besi, protein dan lain-lain menyebabkan rambut kusam dan akhirnya gugur.
  3. Stress: Stress memerlukan banyak B-complex, maka dengan kurangnya B-complex dalam tubuh makan zat ini akan di serap seperti di atas dari rambut. Stress juga menyebabkan sekatan pada salur darah yang menyukarkan penyaluran nutrien kepada rambut.
  4. Bahan kimia dalam produk rambut: Kebanyakan syampu di pasaran terhasil dari bahan kimia merbahaya yang merosakkan rambut. Macam2 iklan yang kononnya nak luruskan lambut, lebatkan rambut, atasi rambut gugur dan produk ini dijual dengan harga yang murah. Hakikatnya, produk2 ini mengandungi bahan kimia yang akan membuatkan rambut kita semakin rosak.
  5. Kurang rehat: Ini biasanya berkait dengan faktor nombir 3 yakni stress. Ibu mungkin kurang tidur kerana menjaga bayi menyebabkan terjadinya stress. Nutrien tidak dapat disalurkan dengan sempurna kepada rambut akibat sekatan aliran darah yang berpunca dari stress.

Cara Mengatasi

Setelah punca rambut gugur dikenalpasti, ibu boleh mengatasinya dengan lebih berkesan.

  1. Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik dan gunakan perapi dari sumber yang sama (di Shaklee ada Set Pro Sante).
  2. Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.
  3. Mengambil supplement yang mengandungi multivitamin dan mineral, zinc dan protein yg bagus utk kesihatan rambut.
  4. Minum air secukupnya.
  5. Tidur dan rehat yg cukup dan jauhi stress

Pengalaman Sendiri

Seperti dinyatakan di atas, ummi sendiri pernah mengalami masalah keguguran rambut yang teruk selepas bersalin anak pertama dan kedua. Lebih tepatnya, keguguran teruk berlaku dengan teruk selepas bersalin anak kedua sebab rambut tak sempat gugur selepas bersalin anak sulung, ummi dah hamil semula. Haha. Masalah tersebut selesai sendiri lepas A’isy umur setahun lebih. Tapi teruk juga ummi nak lebatkan semula rambut. Tumbuh semula pon tak sekata dan agak hodoh. Untungnya ummi kenal Shaklee semasa pantang anak ketiga. Kebetulan, ummi dah amalkan set menyusu Shaklee yang lengkap dengan multivitamin, protein dan vitamin-vitamin lain. Rambut masih gugur bila Raudhah masuk 3 bulan tapi tak teruk sangat. Terus ummi cuba set shampu, perapi dan serum Prosante pula. MasyaaAllah. Kesan cepat dan ketara sangat. Sejak dari tu, ummi teruskan pakai Prosante sampai sekarang. Masalah rambut gugur selepas bersalin dah takde, malah bertambah sihat dan lebat dari sebelumnya.

set rambut gugur shaklee

serum rambut shaklee

serum rambut shaklee

 

Ibu-ibu jangan biarkan masalah rambut gugur selepas bersalin menghantui ye. Ianya boleh diatasi dengan segera tanpa perlu pening-pening tau. InsyaaAllah ianya amat membantu. Mana nak dapat produk ni? Hubungi ummi segera.

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

 

Rujukan:

  1. http://ummitiqah.blogspot.my/2012/06/keguguran-rambut-selepas-bersalin.html

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge