Pilihan Set Menyusu Shaklee Mengikut Bajet dan Keperluan

Jika sebut set menyusu Shaklee, kebanyakan daripada kita pasti pernah dengar atau baca mengenainya. Set menyusu Shaklee diambil oleh ramai ibu-ibu menyusu seluruh malaysia bagi membantu kami menjayakan misi penyusuan susu ibu. Bagaimana set ini membantu ibu-ibu menyusu? Ummi akan terangkan satu persatu. Bagi ibu- ibu yang masih keliru tentang pilihan set menyusu Shaklee, akan ummi terangkan set- set mengikut bajet dan keperluan ibu.

Pilihan Set Menyusu Shaklee yang Ditawarkan.

Set menyusu Shaklee terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP. Fungsi setiap vitamin adalah seperti berikut:

ESP

ESP ni protein. Kalau tengok carta piramid makananan, protein boleh didapati dari sumber tenusu atau daging dan makanan laut. Tapi cara kita memasak selalunya telah memusnahkan protein dalam makanan tersebut. Protein akan termusnah pada suhu melebihi 37 darjah celcius.  Kalau minum ESP, nanti kita akan nampak susu badan menjadi lebih pekat. Ala-ala creamier gitu. hehe. Bayi yang minum susu ibu pula akan kenyang lebih lama. Protein ESP membantu pertumbuhan sel2 bayi dengan lebih baik di samping memberi tenaga kepada ibu. Bonus buat ibu menyusu, kulit akan menjadi gebu, parut2 memudar dan sebarang luka akan lebih cepat sembuh dengan pengambilan ESP. ESP ni memang terkenal sebagai ejen yang membantu menambah dan memekatkan susu ibu.

Alfalfa

Alfalfa tergolong dalam kalangan galactagogue yakni herba yang mampu meningkatkan penghasilan susu badan. Selain alfalfa, halba dan adas juga tergolong sebagai galactogogue dan menjadi bahan dalam teh penambah susu badan yang terdapat di pasaran. Selain itu, alfalfa juga memberi tenaga kepada ibu. Ummi sendiri jatuh hati dengan Shaklee disebabkan alfalfa. Selepas bersalin anak kedua yang mana jarak dengan anak sulung tak sampai pon setahun (huhuhu), memang ummi penat sangat- sangat. Pukul 9 malam dah ngantuk. Lepas bersalin anak ketiga 2 tahun kemudian, ummi perasan yang letih mengasuh 3 anak tak seteruk masa anak 2 orang. Sebenarnya, masa tu ummi baru mula ambil alfalfa. Paling seronok, masalah keputihan yang memang jadi problem ummi dari zaman anak dara pon dah takde. Susu pulak? alhamdulillah… banyak.

Ostematrix

Ostematrix ni sebenarnya kalsium magnesium dan Vitamin D. Masa hamil, baby perlukan bekalan kalsium yang banyak untuk membentuk tulang. Jika ibu tak ambil kalsium yang cukup, kalsium dari tubuh ibu yakni dari tulang dan gigi akan diserap bagi membekalkan kalsium yang cukup kepada bayi. Begitu juga ibu menyusu. Kalsium diperlukan dalam penghasilan susu ibu yang kaya dengan kalsium dan zat lain. Oleh itu, ibu wajar ambil kalsium yang secukupnya untuk mengelak masalah osteoporosis, gigi patah atau sakit2 tulang akibat kalsium yang telah diserap. Kita berkobar-kobar nak beri yang terbaik untuk anak tapi tak naklah sampai rosakkan badan sendiri pula. Keluarga kita memerlukan seorang ibu dan isteri yang sihat untuk kesejahteraan kan? Pastikan Kalsium kita mencukupi ye.

Selain tu, kekurangan kalsium memberi kesan semasa PMS (Pra Menstrual Syndrome). Masa nak dekat datang bulan, susu akan menjadi kurang dengan tiba- tiba. Sebenarnya, masa ni kalsium dalam tubuh jadi kurang. Untuk elak masalah ni, ibu digalakkan ambil bekalan kalsium yang mencukupi. Kalsium juga elok dalam menangani masalah “period pain” iaitu kekejangan dan sakit di bahagian rahim semasa datang bulan

Vitalea, B Complex dan Vitamin C merupakan vitamin asas yang ada dalam apa juga set yang ditawarkan. Ianya merupakan gabungan vitamin yang bertindak seperti berikut:

Vitamin B Complex

B Complex berfungsi membantu ibu mengawal tekanan. Salah satu faktor mempengaruhi kuantiti susuibu ialah emosi ibu sendiri. Ibu yang stress menyebabkan susu merudum manakala emosi gembira membuatkan susu lebih banyak terhasil. Nak bonus lagi? B is for beauty. Vitamin B Complex mengandungi unsur yang mempengaruhi warna kulit, memberikan tona kulit yang sekata buat ibu.

Vitamin C

Berfungsi meningkatkan imunisisasi tubuh dengan membantu penghasilan antibodi. Kesihatan ibu amat penting. Jika ibu demam atau sakit, susu akan merudum. Di samping itu, khasiat vitamin C ini juga disalurkan menerusi susu ibu kepada anak tersayang menjadikan bayi lebih sihat, jarang dihinggapi penyakit. Ini diakui oleh ramai ibu menyusu yang mengambil vitamin C

Vitalea.

Merupakan multivitamin yang mengisi ruang2 kosong nutrisi yang didak diperoleh dari sumber makanan. Kajian menunjukkan individu yang konsistem mengambil vitalea sukar dijangkiti penyakit dalam setahun. Uniknya Vitalea, ianya diengkapi dengan Iron, supplemen yang membantu dalam penghasilan hemglobin darah dan mengelak masalah anemia.

Benarkah Set Menyusu Shaklee Boleh Tambah Susu Badan?

Konsep asas untuk tambah susu ibu ialah penawaran dan permintaan. Semakin kerap susu dikeluarkan, semakin banyak susu akan terhasil. Dalam erti kata lain, semakin kerap bayi menyusu atau makin kerap susu di pam keluar, penghasilannya akan menjadi semakin banyak. Ini kerana, bila susu dikeluarkan dengan kerap, signal akan dihantar ke otak mengatakan susu tidak cukup. Oleh itu, otak akan mengarahkan kilang yang menghasilkan susu untuk mengeluakan susu dengan lebih banyak. Harus diingat bahawa otak merupakan pusat kawalan tubuh kita. Jadi, bagaimana set menyusu Shaklee boleh membantu tambah susu badan?

Faktor- faktor berikut mempengaruhi jumlah susu ibu yang dihasilkan

1. Kekerapan susu dipam keluar/ bayi disusukan

2. Kestabilan hormon ibu

3. Kestabilan emosi ibu

4. Taraf kesihatan ibu

5. Pengambilan pil perancang atau ubat tertentu

Sebenarnya, bagi yang tak tahu, aktiviti menyusu atau mengepam meletihkan. Mengantuk tau. Kalau nak bekalan susu kekal, kena kosongkan breast paling lewat pon 3 jam sekali. Sekali pam atau nyusu paling kurang pon 10 minit. Aktiviti meyusu juga membakar kalori. Stress pon ye juga. Bila baby dok gayut, mata pon melilau tengok rumah yang tak sempat dikemas. Stress! Aduhai. Lepas tu busy ke sana kemari, makan pon tak tentu masa, dah sakit pula. Kesemua punca akhirnya mempengaruhi jumlah susu ibu yang dihasilkan. Kalau dah letih, stress, sakit, ditambah pulak dengan datang bulan, produksi susu badan akan merudum. Di sinilah set menyusu Shaklee membantu untuk tambah susu badan. Set menyusu Shaklee membantu ibu bertenaga, menstabilkan hormon emosi dan memelihara kesihatan ibu. Selain itu, ia juga mengelak risiko lain yang dihadapi ibu menyusu seperti risiko tulang rapuh dan gigi reput. Maka, secara tidak langsungnya, penghasilan susu ibu tidak akan terjejas teruk sungguhpon ibu seorang yang sangat sibuk atau sedang datang bulan. Maka, bolehlah ibu mengepam atau menyusu dengan aman tanpa gangguan emosi, keletihan atau hormon. InsyaaAllah, produksi susu akan makin bertambah bila ibu konsisten dan rajin.

Apakah Pilihan Set- Set Menyusu Shaklee Yang Ditawarkan

set menyusu shaklee

Set Menyusu Premium merupakan set menyusu Shaklee yang paling popular di kalangan pengguna. Ianya mengandungi kesemua vitamin yang tersenarai di atas iaitu ESP, Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa dan Ostematrix. Ianya memberi kesan optimum dalam membantu menambah susu ibu.

Harga setiap vitamin adalah seperti berikut:

No Vitamin Harga (RM)
1 ESP (850gm) – 1 hingga 3 bulan penggunaan 150.oo
2 Alfalfa (330 tablet) – 1 hingga 3 bulan penggunaan 53.75
3 Vitalea Iron Formula (120 tablet)- 2 hingga 4 bulan penggunaan 88.75
4 B Complex (120 tablet) – 4 bulan penggunaan 53.75
5 Sustain Released Vita- C Plus (180 tablet)-3 hingga 6 bulan penggunaan 920
6 Ostematrix (120 caplet) 61.00
Jumlah 499.75

Variasi vitamin dalam set menyusu Shaklee ni boleh dikurangkan mengikut bajet dan keperluan ibu

Bagi ibu yang ada masalah SLE atau bayi yang ada prolonged jaundice, penggunaan alfalfa adalah tidak digalakkan.

Set Menyusu Bajet terdiri daripada ESP dan Alfalfa sahaja. Fungsinya semata-mata untuk menambah susu ibu. Persoalannya, perlukan diambil semua vitamin atau Alfalfa dan ESP sudah mencukupi? Jawapannya, bergantung kepada tujuan ibu sendiri. Jika ibu mengambil supplemen untuk membanyakkan susu semata2, maka ESP dan Alfalfa sudah memadai. Namun, jika tujuan ibu adalah untuk memperkayakan khasiat susu untuk kebaikan dan kesihatan bayi di samping menjaga kesihatan ibu sendiri, maka set lengkap adalah disyorkan.

Jika anda ingin dapatkan Set Menyusu ni secara online, boleh terus klik ikon di bawah untuk membeli.  Anda akan dibawa terus ke website Shaklee Malaysia bagi meneruskan pembelian.

order set menyusu shaklee online

Atau jika ibu masih keliru tentang set menyusu Shaklee, nak dapatkan lebih info atau NAK DAPAT HARGA JIMAT, jangan segan- segan hubungi ummi. Best price ummi kan beri dan konsultasi terbaik ekslusif untuk pelanggan- pelanggan ummi sahaja.

Jom susui bayi kita 😉

Salam sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge