Petua Mudah Bersalin~ Amalan Semasa Mengandung yang Elok Dilakukan

petua mudah bersalin

Semasa ummi hamil anak sulung, terdapat beberapa petua mudah bersalin yang dikongsi dengan ummi. Antaranya dengan mengamalkan surah Maryam, minum air selusuh dan sarung kain dari atas kepala dan bukan dari kaki. Petua mudah bersalin yang paling ummi ingat ialah supaya ummi minum sisa air minuman kucing, supaya mudah beranak macam kucing. ayarksss. Haha. Tak sanggup ummi walaupun ummi memang sayang kucing dan ada bela 3 ekor kucing masa mengandungkan Tiqah.

Masa mengandung anak keempat, ummi checkup dan bersalin dibidankan Dr Marsita Mansor. Beliau memberikan beberapa petua mudah bersalin berupa amalan yang elok dilakukan semasa mengandung.

Squatting

Teknik squatting elok diamalkan apabila kandungan masuk 8 bulan. Teknik ini diamalkan bagi memudahkan saluran peranakan terbuka apabila tiba masanya nanti. Salah satu cara squatting untuk ibu hamil adalah seperti video di bawah. Namun boleh juga google video lain. Semasa melakukannya, pastikan belakang ibu dekat dengan dinding supaya boleh dijadikan sokongan jika tubuh anda tidak stabil. Doktor Marsita menyarankan squatting ini dilakukan sebanyak 11 kali per set dan diulang sekurang-kurangnya 3 kali sehari

 

Melatih Teknik Pernafasan

Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dengan cepat, tahan dan sebut “Allah” sebanyak 7 kali dalam hati kemudian lepaskan nafas perlahan2 melalui mulut.. Lakukan 7 kali sehari. Ini untuk mengelak ibu mudah letih dan pernafasan menjadi tidak terkawal semasa proses meneran nanti.

Banyakkan Berjalan dan Bergerak

Kebanyakan ibu memang dah tak larat nak berjalan banyak bila di hujung kehamilan. Salah satu petua mudah bersalin ialah banyakkan berjalan dan bergerak, terutama bila kandungan masuk 36 minggu. Namun janganlah berjalan macam jogathon pula, sebaliknya berjalanlah secara perlahan-lahan. Ibu juga boleh buat kerja rumah yang ringan namun jangan sampai terbeban dan sakit-sakit badan pula. Buat ikut kemampuan ye.

Amalan Rohani

Dr Marsita juga menyarankan ummi untuk sentiasa berzikir, membaca surah Maryam, beristitighfar dan berselawat dengan kerap. InsyaaAllah, aianya dapat memberi ketenangan kepada ibu mengandung

Selain dari petua mudah bersalin di atas, ummi juga jumpa beberapa petua lain menerusi pembacaan dan penrkongsian teman-teman. Antaranya:

  • Rajinkan diri melakukan kerja-kerja rumah namun jangan sehingga membebankan diri. Tips ni macam hampir sama dengan tips di atas iaitu banyak berjalan di akhir2 kehamilan.
  • Teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Yakni bercakap dan memujuk bayi supaya ibu mudah melahirkan. Rasionalnya, ia juga merupakan satu doa dan “mind setting”. Ramai tak tahu yang otak amat hebat dalam mempengaruhi keadaan malah mampu menguasai tindakan luar kawal tubuh.
  • Melakukan hubungan kelamin dengan lebih kerap bila kandungan masuk 36 minggu.
  • Kerap memohon maaf dengan suami dan ibu bapa (jika masih ada) dan meminta mereka sama2 mendoakan untuk ibu mudah melahirkan. Tapi, seeloknya ini dilakukan sepanjang masa, bukan sekadar semasa hamil sahaja 🙂
  • Ada juga petua minum air kelapa di hujung2 kehamilan untuk memudahkan bersalin. Ade juga petua supaya minum air selusuh. Setahu ummi, air selusuh merupakan minyak kelapa yang dibacakan beberapa surah oleh orang-orang alim dan diminum bila hampir bersalin. Ada kawan ummi sarankan ummi minum minyak kelapa dara dan ummi lakukan masa bersalin anak sulung. Habis sebotol. Hehe. Tapi bersalin pastu, ummi dah tak buat lagi, nak muntah plak minum minyak kelapa. Alhamdulillah, dimudahkan kesemua 4 kali kelahiran.

Kepada ibu dan bakal ibu, proses kehamilan dan bersalin merupakan satu pengorbanan besar kita dalam menghasilkan khalifah baru di muka bumi. Allah menjanjikan pahala di atas setiap kesabaran kita. Ianya juga pengalaman yang unik. Moga anda semua diberkati Allah dan dapat mengharungi proses ini dengan selamat, penuh kesabaran, insyaaAllah.

Salam Sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge