7 Penawar Sembelit Semulajadi Untuk Bayi

Bagi ibu dan bapa yang ada pengalaman anak sembelit, pasti tahu betapa peritnya keadaan ini. Selain menggunakan ubat pelembut najis, mungkin ibu-bapa belum tahu bahawa terdapat juga penawar sembelit semulajadi yang boleh dicuba. Penawar sembelit semulajadi ini mudah didapati dan tidak memberi .kesan sampingan sepertimana ubat. Anda boleh mencuba petua berikut namun perlu diingatkan, jika anak masih mengalami sembeli yang teruk, silalah berjumpa doktor ya.

7 Penawar Sembelit Semulajadi Yang boleh Anda Cuba Di Rumah

  1. Kismis.
    Rendam beberapa biji kismis di dalam air masak semalaman. Perah kismis keesokan pagi dan beri anak minum jus dari kismis tadi.
  2. Kurma.
    Kurma merupakan antara buah yang paling menyihatkan di dunia. Ia mengandungi beberapa nutrien penting yang elok untuk ibu hamil, kanak-kanak dan sesiapa sahaja. Ianya kaya dengan zat besi dan boleh membantu mengatasi masalah anemia. Kurma juga membantu masalah penghadaman dan sembelit. Anda bolek klik link mengenai khasiat dan kebaikan kurma.  Maklumat juga boleh didapati dari capaian berikut: Health Benefits of Dates. Rendamkan 3 atau 5 biji kurma semalaman, perah dan beri airnya kepada anak. Jika anak sudah boleh mengunyah, boleh juga hancurkan kurma tadi dan beri minum jus bersama kurma yang telah dihancurkan.
  3. Daun Oregano.
    Daun oegano mudah ditanam di dalam pasu. Ianya sejenis penawar sembelit semulajadi yang amat berkesan. Masukkan beberapa heai daun oregano ke dalam secawan air mendidih dan  biarkan selama 1 minit. Keluarkan daun tersebut dan perah sedikit untuk mengeluakan jus dari daun. Masukkan secubit garam dan bolehlah berikan air tersebut kepada anak apabila suam. Daun oregano merupakan penawar sembelit semulajadi bagi kanak-kanak yang digunakan dengan meluas di bahagian selatan India.
  4. Betik.
    Betik kaya dengan vitamin C dan amat membantu sistem penghadaman. Ia juga boleh digunakan bagi mengatasi sembelit. Hancurkan sepotong betik yang benar-benar masak sebelum diberi kepada bayi. bagi anak yang sudah boleh mengunyah, boleh terus beri betik tanpa dihancurkan.
  5. Air  Kosong.
    Kebanyakan ibu atau bapa yang menghubungi ummi mengakui bahawa anak mereka yang sembelit kurang minum air. Kurang air dalam tubuh boleh menyebabkan sembelit. Dehidrasi menyebabkan air dari najis turut diserap ke dalam tubuh menyebabkan najis menjadi kering dan keras. Pastkan anak diberi air kosong secukupnya selain jus dan susu.
  6. Buah Oren. 
    Oren kaya dengan fiber dan membantu melembutkan najis. Anda boleh beri anak anda makan oren atau perah jusnya. Seorang doktor pernah memberikan petua kepada ummi supaya menggunakan oren “Sunquick” bagi mengatasi maalah sembelit anak. Cuma bancuh pati tersebut dengan air dan gula seperti biasa dan beri anak minum.
  7. Beras Perang.
    Beras perang lebih kaya dengan serat berbanding beras putih. Serat yang tinggi boleh mengelak sembelit.

Kesemua penawar semulajadi ini boleh membantu dalam mengatasi sembelit bayi dan kanak-kanak. Bahan-bahan yang digunakan tidak memberi sebarang kesan sampingan atau merbahaya.

Ummi juga pernah kongsikan 7 Tips Mengatasi Anak Sembelit TerukTanpa Menggunakan Ubat. Selain cara di atas, ibu bapa juga boleh mencuba Mealshake bagi mengelak dan mengatasi sembelit pada bayi dan kanak-kanak. Mealshake merupakan multivitamin dalam bentuk serbuk dan amat sedap rasanya.

penawar sembelit semulajadi

Mealshake: RM120 satu tin, 540gm

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Perlu diingat, jika anak anda masih mengalami sembelit yang teruk selepas mencuba penawar sembelit semulajadi di atas, segeralah berjumpa doktor ya.

Salam Sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: wasap.my/60182907924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju atau Kurier terpilih. 

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge