Pantang Semasa Mengandung : Makanan Yang Boleh Membahayakan Kandungan Dan Ibu Hamil

Bila sebut je mengandung dan makanan, mesti terbayang ibu hamil yang asyik makan sahaja kerjanya. Hehe. Iye ke ibu hamil kuat makan? Sebenarnya bergantung juga. Tak semua ibu hamil kuat makan. Ada yang langsung tak dapat nak makan sebab alahan yang teruk. Malah, sampai kene tahan ward dan drip masuk air pon ramai. Tapi, memang biasa juga bila selera ibu hamil ni akan bertambah. Ini berikutan perubahan hormon yang membuatkan ibu lapar lebih dari biasa. Tapi, jangan sebarang makan ye. Ibu juga ada pantang semasa mengandung tau. Ini kerana, ada sesetengah makanan yang boleh membahayakan kandungan dan ibu hamil. Untuk memastikan kandungan membesar dengan baik, selamat dan kesihatan ibu juga terjamin, makanan-makan tersebut harus dielakkan atau dikurangkan kuantiti pengambilannya.

Makanan Yang Perlu Dielak Atau Dikurangkan Semasa Mengandung

  1. Makanan Mentah Atau Separuh Masak
    • Makanan seperti telur, daging dan ikan yang mentah atau separuh masak boleh mengandungi kuman yang menjadi punca keracunan makanan. Contohnya ialah kuman Salmonella yang pernah meragut nyawa beberapa mangsa majlis kenduri di Kedah suatu masa dahulu akibat ayam yang tercemar dengan kuman ini. Oleh itu, pastikan ianya dimasak dengan betul bagi mengelak penyakit kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Steak separuh mentah, sushi dan telur rebus separuh masak patut dielak ibu mengandung.
  2. Produk Tenusu Yang Tidak Dipasteur
    • Kebanyakan produk tenusu rendah lemak tidak dipasteurkan. Produk- produk ini seperti susu skim rendah lemak, keju feta dan blue cheese adalah lebih sihat untuk diambil tetapi boleh memudharatkan bayi dalam kandungan kerana ia mungkin mengandung kuman listeria. Kuman ini mampu masuk kedalam saluran tali pusat, seterusnya membahayakan bayi
  3. Ikan yang Mengandungi Merkuri
    • Sesetengah ikan mengandungi merkuri yang tinggi dan ini boleh membawa kepada kerosakan otak bayi. Antara ikan yang ibu harus pantang semasa mengandung ialah ikan todak, king mackerel dan ikan yu. Ikan sardin atau mackerel dalam tin juga seeloknya dielakkan semasa mengandung.
  4. Kerang kerangan Mentah
    • Makanan laut bercengkerang seperti tiram, kekapis dan kerang mentah harus dielak semasa anda mengandung. Ianya mungkin mengandungi alga yang merbahaya untuk bayi. Sedangkan orang biasa juga mungkin mengalami keracunan akibat makanan jenis ini, apatah lagi ibu hamil yang mana antibodinya lebih lemah.
  5. Telur Mentah
    • Mungkin kita takkan makan telur mentah melainkan anda seorang ahli bina badan, hehe. Namun, terdapat makanan yang menggunakan telur mentah dalam kandungannya seperti sesetengah dressings untuk salad, mayonis, ais krim dan kastard yang dibuat sendiri di rumah. Anda mungkin terdedah kepada kuman salmonella jika makan sajian-sajian ini.
  6. Kafein
    • Kebanyakan kajian menyatakan pengambilan kafein dalam kuantiti sederhana (200mg) sehari adalah selamat untuk ibu mengandung. Tapi, terdapat juga kajian menunjukkan kafein boleh membawa kepada masalah tumbesaran yang terbantut dan keguguran. Oleh itu, seeloknya pengambilan kafein dielak semasa trimester pertama kehamilan.Kafein juga bersifat diuretic, yakni meransang pengeluaran cecair dari tubuh. Ini menyebabkan anda kehilangan air dan kalsium dari tubuh. Ibu hamil perlu minum lebih banyak air kosong, jus dan susu dari minuman berkafein.
  7. Alkohol
    • Sebagai Islam, sudah tentu alkohol haram untuk kita. Bagi yang bukan Islam dan biasa mengambil alkohol sebelum hamil, seeloknya pengambilan ini dihentikan sebaik mengandung. Alkohol boleh menrencatkan pertumbuhan tubuh dan otak bayi. Pengambilan juga harus dihentikan jika ibu menyusu bayi kerana alkohol turut disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
  8. Sayuran yang Tidak Dibasuh
    • Sayuran amat baik untuk semua terutama ibu mengandung. Namun harus dicuci bersih sebelum dimakan untuk mengelak Toxoplasmosis. Toxoplamosis adalah jangkitan pada darah yang diakibatkan kuman lazim terdapat dalam najis kucing. Toxoplasmosis juga mungkin ada pada tanah yang yang digunakan untuk menanam sayur. Ia boleh membawa kepada masalah kelahiran pramatang, tumbesaran bayi terbantut, berat kurang semasa lahir, saiz kepala bayi tidak normal, dan kegagalan fungsi otak bayi. Jadi, sungguhpon salad yang ibu beli sudah dibasuh, sila basuh lagi sebelum dimakan ye.Masa hamil anak sulung, ummi memang ade bela 2 ekor indoor cats. Urusan “poop” mereka ummi serah pada suami. Sekarang pon ummi ade bagi makan 2 ekor stray kittens. Bukanlah bela sangat tapi sesekali masuk juga dalam rumah dan bermain. Emak ummi dah pesan supaya jangan bagi diorg masuk rumah memandangkan ummi tengah hamil 2 bulan sekarang ni. Tengoklah tu, kemain bersenda gurau atas riba ummi tanpa dijemput. Lawan tokey. haha.

Toxoplasmosis kuman kucing dan ibu hamil

Kesimpulannya, terdapat juga pantang ibu mengandung harus patuhi, bukan main bedal je semua tau. Terdapat makanan yang boleh membahayakan kandungan dan ibu hamil jadi ibu harus berhati-hati memilih. Semoga ibu dan bayi selamat dan selamat menjalani pengalaman indah membawa zuriat dalam kandungan.

Salam Sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

 

 

 

You may also like...

4 Responses

  1. Hana says:

    memang bila berpantang ni banyak yang kena jaga.. apapun, kita ikut mana yang mampu.
    Hana recently posted…Welcome November 2015My Profile

    • ummitiqah says:

      ada ibu hamil yang makan je semua benda sebab kononnya masa pantang nanti tak boleh makan. Hakikatnya, masa mengandung pon kene jaga makan 🙂

  2. Akim says:

    Kerang bagusla untuk ibu mengandung.. doktor pun suruh makan, untuk tambah darah
    Akim recently posted…5 Perkara Mesti Guna Duit SuamiMy Profile

    • ummitiqah says:

      Kerang memang elok untuk tambah darah. Seperti yang dinyatakan, jangan makan kerang mentah. Ada sesetengah masakan yang diletakkan kerang kurang masak. Asalkan ianya betul2 sudak masak, insyaaAllah tak membawa mudharat kepada sesapa samada ibu hamil atau orang lain 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge