22 Panduan Cara Membentuk Peribadi Anak Sejak Kecil

Ummi terjumpa post lama ni dalam blogspot ummi. Ianya mengenai panduan yang kita boleh amalkan tentang cara membentuk peribadi anak supaya menjadi anak yang baik. Bak kata orang tua-tua, melentur buluh biarlah dari rebung.Nak didik anak, biarlah dari anak tu kecil. Panduan ni sebenarnya dikongsi oleh Ustazah Siti Nor Bahyah dalam koleksi majalah ANIS.

Jom kita amalkan.

  1. Biasakan anak-anak menyebut nama Allah s.w.t. ketika mulai makan dan minum serta bersyukur kepada Allah s.w.t. sesudah selesai makan.
  2. Jangan biarkan makan terburu-buru, biasakan anak-anak mengunyah makanan dengan baik.
  3. Biasakan anak mulakan makan makanan yang berada paling dekat di depannya.
  4. Biasakan anak mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.
  5. Biasakan anak makan dengan wajar dan jauhkan daripada sifat rakus.
  6. Biasakan anak membuang hingus dengan tangan kiri, begitu juga jika membuang kotoran.
  7. Jangan biarkan anak menghisap jari dan menggigit kuku.
  8. Hendaklah membiasakan dia memberi dan menerima makanan dengan tangan kanan.
  9. Jangan biasakan anak memakai baju atau seluar yang pendek, sebaliknya biasakan anak-anak menutup aurat sejak mereka masih kecil lagi.
  10. Jangan biasakan anak tidur tertiarap.
  11. Biasakan anak makan roti kering tanpa kuah sehingga dia tidak menganggap kuah itu sebagai suatu keharusan.
  12. Biasakan anak memberus giginya ketika bangun tidur di waktu sesudah makan dan di waktu hendak tidur.
  13. Biasakan anak mengucap dua kalimah syahadah dan mengulang-ulangnya beberapa kali setiap hari.
  14. Biasakan anak membaca alhamdulillah setiap kali bersin.
  15. Suruh anak menutup mulut setiap kali menguap (sangap).
  16. Biasakan anak berterima kasih di atas kebaikan orang lain.
  17. Biasakan anak berjalan di jalan yang telah disediakan. Larang ia bermain-main di jalan raya kerana ini amat merbahaya dengan kehadiran kenderaan yang lalu-lalang.
  18. Jangan biarkan anak melemparkan kekotoran di jalan tetapi suruh ia meyingkirkan gangguan seperti duri, batu, kaca dan sebagainya.
  19. Suruh dia mengucap salam dengan sopan kepada sesiapa yang ditemuinya serta menjawab salam cara sopan.
  20. Hendaklah anak menghormati milik orang lain dan jangan biarkan dia mengambil barang permainan orang lain.
  21. Jangan ibu bapa bertengkar di hadapan anak kerana sikap ini menghilangkan wibawa orang tua di mata anak mereka.
  22. Biasakan anak menjawab azan, mengucap selawat kepada Nabi s.a.w. sesudah azan dan doa memohon wasilah bagi Nabi.

Banyak panduan berguna di sini. Ummi akui, ummi juga ada buat beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak. Contohnya, nombor 11 tu. Anak-anak ummi memang nak sentiasa nak berkuah, err sebenarnya tu perangai ummi. Nak makan mesti kene ada kuah, sekarang dah turun kat anak-anak pula. huhu.

Peribadi anak ni sebenarnya peribadi kita sendiri. Kalau anak baran contohnya, cuba tengok cara kita macam mana. Kalau anak taknak dengar bila kita panggil, cuba semak semula ada tak kita pon bersikap demikian. Ummi pon bukanlah golongan ibu mithali, sering buat kesilapan. Jadi, marilah kita menambah ilmu dan amalan selain meluaskan bacaan dan saling ingat mengingati

Salam Sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge