8 Fakta Penting Kencing Tikus Yang Wajib Kita Tahu

Jangkitan akibat kencing tikus amat sering dilaporkan. Kes terbaru yang menjadi tular melibatkan kematian pelajar tahfiz, adik Thaqif. Awalnya, mangsa dipercayai di dera guru. Namun, laporan akhir menunjukkan mangsa terkena jangkitan kencing tikus. Ianya bukan kes terpencil. Sudah banyak kes jangkitan kencing tikus dilaporkan. Untuk kesedaran bersama, disenaraikan 8 fakta penting kencing tikus yang harus kita semua ketahui.

*************************************************************************************

Fakta 1: Epidemiology penyakit ini di Malaysia.

statistik kencing tikus di malaysia

  • Dari tahun 2004 ke 2012, sebanyak 12 325 kes telah di laporkan di seluruh Malaysia dengan 338 kematian di catatkan.
  • Majoriti pesakit adalah berusia 30 ke 39 tahun dengan bangsa Melayu dan golongan lelaki mencatatkan jumlah jangkitan yang lebih tinggi.

Fakta 2: Punca Jangkitan Kuman Kencing Tikus

Leptospirosis berpunca dari jangkitan sejenis bakteria yang bernama Leptospira Interrogans. Ia merupakan jangkitan penyakit yang menjangkiti manusia dan haiwan di seluruh dunia terutamanya di kawasan tropika.
Fakta 3: Benarkah jangkitan leptospirosis berpunca dari kencing Tikus?

Ya, jangkitan leptospirosis berpunca dari kencing tikus yang telah di jangkiti oleh kuman tersebut. Selain dari tikus, sebarang haiwan roden seperti tupai, hamster, arnab, guinea pigs dan lain lain haiwan roden. Selain itu haiwan lain seperti anjing, kucing, lembu dan babi turut boleh di jangkiti oleh bakteria ini.Haiwan pembawa kuman kencing tikus

 

Fakta 4: Bagaimanakah kuman leptospiros boleh menjangkiti manusia?

  1. Jangkitan secara terus. Kuman leptospirosis boleh menjangkiti manusia melalui jangkitan terus dari kencing yang telah tercemar dengan kuman tersebut ke permukaan kulit yang terdedah akibat luka.
  2. Jangkitan secara tidak langsung. Sungguppon tiada sebarang luka di kulit, kuman leptospiros masih boleh berjangkit jika kulit kita terdedah dengan tanah atau air yang telah dicemari kuman tersebut.
  3. Makanan atau minuman. Kuman tersebut juga boleh memasuki tubuh manusia dengan meminum atau makan air atau makanan yang telah tercemar dengan kuman kencing tikus.
  4. Jangkitan melalui udara. Jangkitan boleh berlaku dengan menghirup udara yang mengandungi titisan air kencing yang telah tercemar dengan kuman leptospirosis.

Fakta 5: Siapakah yang berisiko untuk di jangkiti penyakit ini?

Berdasarkan penerangan mengenai punca jangkitan, golongan berisiko tinggi adalah golongan yang terdedah kepada persekitaran luar seperti peladang, pekerja operasi penyelamat (terutamanya operasi banjir), pekerja loji kumbahan, pengusaha kedai binatang peliharaan, tentera dan mangsa banjir. Sungguhpun demikian, sesiapa sahaja boleh terkena jangkitan kencing tikus. Kebanyakan kes dilaporkan melibatkan mereka yang pernah mengunjungi kawasan perkelahan atau kawasan rekreasi.

 

Fakta 6: Gejala Jangkitan Kencing Tikus

gejala kencing tikus

 

Gejala AWAL penyakit termasuklah, demam, sakit sendi dan badan, muntah, cirit dan ruam. Gejala lain yang lebih serius termasuklah jaundice (kuning), pendarahan dan komplikasi lain termasuk kematian. Kuman leptospirosis boleh menjangkiti organ tubuh dan mengakibatkan radang pada selaput otak (meningitis), masalah pernafasan, kegagalan fungsi hati, kerosakan bukah pinggang seterusnya membawa kepada kematian. 

simptom kencing tikus

Fakta 7: Bolehkan penyakit ini di rawat?

YA!! Penyakit ini boleh di rawat dengan berkesan oleh antibiotik. Seperti mana penyakit lain, rawatan awal dapat mengelakkan sebarang komplikasi serius yang menjadikan proses penyembuhan lebih sukar. Petua yang terdapat di media social seperti air serai untuk menyebuhkan penyakit Leptospirosis adalah TIDAK benar.

Fakta 8: Langkah Pencegahan Jangkitan Kencing Tikus.

Seperti yang telah di maklumkan, begitu banyak pihak dan golongan yang terdedah dengan risiko jangkitan Leptospirosis, namun ia TIDAK bermakna kesemua aktiviti tersebut perlu di berhentikan.

Aktiviti rekreasi luar merupakan suatu aktiviti yang bermanfaat dan sihat.

Apa yang lebih penting adalah mengetahui kaedah pencegahan jangkitan tersebut dan mendapatkan rawatan segera sekiranya terdapat sebarang gejala.

1) Pastikan persekitaran BERSIH dari sampah sarap dan sisa makanan yang boleh mengundang kehadiran tikus dan haiwan rodent. Kebersihan di kawasan rekreasi degan pengurusan sisa pepejal yang baik dapat mengelakkan kehadiran haiwan rodent.

2) Gunakan perangkap tikus atau racun tikus bagi menghapuskan haiwan pembawa penyakit ini.

3) Pastikan LUKA di kulit di balut dengan pembalut luka yang tidak telap air bagi mengelakkan kuman memasuki tubuh melalui luka tersebut.

4) Elakkan meminum air mentah dari sungai, tasik. Pastikan air di masak dengan sempurna bagi membunuh sebarang kuman.

5) Elakkan makan dan minum di premis yang kotor dan di syaki menjadi “sarang’ tikus.

Diolah dari facebook page Public Health Malaysia

******************************************************************

Cadangan Supplemen Untuk Mencegah dan Membantu Mereka yang Terkena Jangkitan Kencing Tikus.

Rawatan kencing tikus

Supplemen-supplemen berikut membantu dalam meningkatkan sistem imunisasi dan membantu tubuh untuk melawan jangkitan bakteria berbahaya:

#1 – Nutriferon :

  • Penggalak sistem imun @ immune booster yang sangat hebat dan berkesan
  • Ia akan mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan menggerakkan “pasukan cari dan musnah” dalam sistem imuniti badan

#2 – Vivix :

  • Membantu meningkatkan imun sistem tubuh
  • Menggalakkan kesihatan menyeluruh
  • Membaikpulih dan memelihara DNA dan sel-sel dalam  tubuh badan. Ini untuk memastikan sistem tubuh dapat berfungsi dengan baik

#3 – Vitamin C :

  • Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
  • Membersihkan salur darah
  • Melawan bakteria

Hubungi ummi untuk mendapatkan set di atas. Ummi merupakan pengguna dan ejen sah Shaklee sejak tahun 2011. Konsultasi eksklusif diberikan bersama pembelian, insyaaAllah.

Salam Sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: wasap.my/0182907924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge