Kulit Muka Rosak Akibat Produk Pemutih Kulit

Kulit muka rosak akibat produk pemutih kulit bukanlah sesuatu yang baru. Ianya semakin berleluasa lantaran lambakan produk tersebut di pasaran. Ramai pembeli terpengaruh dengan iklan hebat produk- produk sebegini. Testimoni dipaparkan juga kebanyakannya palsu. Malah, ramai juga artis menjadi duta produk sebegini bagi menambah keyakinan pembeli. Hakikatnya, artis tersebut malah mungkin juga pengasas produk sendiri tidak menggunakan produk mereka. Tak percaya? Bagi Siti Suhaida, pengalaman ngeri kulit muka rosak akibat produk pemutih kulit amat memberi kesan kepada beliau. Akibat terpengaruh dengan dengan model iklan, beliau akhirnya membeli produk pemutih kulit hingga menyebabkan kulit muka rosak. Boleh baca sendiri pengalaman Suhgaida dan bagaimana akhirnya kulit muka rosak berjaya dipulihkan.

[KULIT MUKA ROSAK AKIBAT PRODUK PEMUTIH KULIT]

Assalamualaikum W.B.T.

Saya Siti Suhaida Binti Ismail, berusia 27 tahun dan berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Saya bekerja sebagai Retail Executive di sebuah syarikat swasta.

Masa belajar dulu kulit saya tiada masalah tetapi berkulit gelap, cemburu melihat model iklan di televisyen yang memakai produk kulit putih seawal 3 hari, saya terus teruja. Saya tekad membeli dan mencubanya. Memang benar kesannya sangat cepat.
Muka menjadi licin dan menipis, kulit saya tidak tahan panas. Tetapi apabila saya berhenti memakai produk tersebut akibat kekurangan wang, muka saya menjadi semakin teruk, jerawat besar-besar tumbuh silih berganti menyebabkan saya menjadi semakin stress.

Saya juga mempunyai masalah dengan sistem penghadaman yang kurang baik. Mungkin kerana tidak menjaga pemakanan seharian saya yang kebanyakan nya memang tidak sihat. Jadual makan saya memang tidak teratur, dan saya suka minuman berkafein sebagai usaha untuk stay up belajar pada waktu malam.

Saya penggemar tegar Nescafe dan kadang2 satu sachet tidak cukup kuat bagi saya. Kehidupan sebagai pelajar saya anggap normal jika makan Maggi dan Nescafe, akibat terlalu sibuk dengan belajar saya biarkan saja masalah itu sampai lah satu ketika saya disyaki mengalami masalah dalam usus kerana berlaku pendarahan ketika membuang tetapi tidak sakit.

Perut saya menjadi sangat sensitive dengan makanan yang saya makan, saya tidak boleh makan pedas walaupun sedikit dan sembelit yang teruk. Mungkin terlalu stress dengan keadaan diri, hormone saya menjadi tak stabil, jerawat semakin naik penuh dimuka dan period saya menjadi tidak stabil.

Saya mula ikhtiar ingin mencuba Shaklee dengan mengambil ESP, dan Vitamin C secara konsisten namun jerawat masih tidak berhenti naik dan mula menambah B-Complex, Gla dan Alfalfa untuk menstabilkan hormone dan merawat masalah jerawat saya..

Alhamdulillah masalah jerawat saya dah berkurang, period dah okay dan sekarang saya langsung tiada masalah usus lagi.
Bagi adik-adik di luar sana, saya sarankan tidak mudah terpengaruh dengan iklan-iklan di televisyen kerana tiada produk yang mampu member kesan seawal 3 hari melainkan produk tersebuk mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi.

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat yang serius, rawat lah dari dalaman dahulu dan cari skincare yang berasaskan dari bahan semujadi. Inilah Shaklee Effect saya.

kulit muka rosak

Pengalaman Siti Suhaida boleh dijadikan pengajaran buat semua yang taksub mahu mencuba produk kecantikan. Tidak salah jika mahu mengamalkan produk kecantikan namun harus dipastikan terlebih dahulu kandungan produk tersebut. Tersalah pilih produk, bukan jadi semakin cantik tapi sebaliknya pula. Ummi pernah kongsikan sebelum ini punca kulit muka boleh menjadi rosak dan cara merawatnya secara semulajadi. Pastikan produk kulit yang kita guna bebas bahan merbahaya kerana bukan sahaja boleh merosakkan kulit tetapi juga buah pinggang. Jadi, berhati-hatilah dalam memilih produk kecantikan. Jika mahu mendapatkan senarai produk kosmetik beracun yang dikeluarkan KKM, boleh semak link diberi.

Ya, kulit muka rosak akibat produk pemutih kulit boleh dipulihkan namun ia tetap mengambil masa. Sepertimana Suhaida yang mengamalkan supplemen untuk memperbetulkan kembali hormon tubuhnya dan merawat kulit muka rosak dari dalam. Shaklee juga ada rangkaian produk penjagaan kulit luaran yakni Youth. Ianya produk semulajadi, selamat dan berkesan untuk semua jenis kulit.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua.

Ummi Tiqah
wasap.my/60182907924
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee. 

COD sekitar Gombak, Selayang, Setapak, Taman Melati, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge