Kopiah Kait ~Tak Lapuk Ditelan Zaman

Dulu-dulu, ummi biasa tengok anak-anak pakai kopiah kait. Siap ada nama. Ummi ingatkan kopiah tu dibuat dikilang dan nama tu memang nama “common” yang dah ditulis siap-siap di kopiah tu. Dah tua-tua ni baru ummi tahu yang kopiah kait tu custom made, kait guna tangan je. hehe.

Ummi mula mengait crochet (kait guna satu jarum yang dipanggil crochet hook) sejak sekolah menengah lagi. Maknanya dah hampir 20 tahun lepas. Tapi kali terakhir pegang crochet hook masa tengah belajar di UIA. Baru-baru ni, timbul semula minat tu lepas join group mengait di FB, saje suka-suka. Ada seorang ahli share diagram cara buat kopiah kait, jadi ummi pon cuba. Maka inilah hasilnya untuk anak bujang ummi si A’isy.

kopiah kait bernama

Ni cubaan pertama ummi guna benang yang ada di rumah. Jadi, hasilnya takdelah cantik sangat sebab guna benang besar. Tapi excited punya pasal, ummi share gambar ni dengan kawan-kawan office lama. Tak sangka, mereka nak tempah kopiah kait bernama untuk anak-anak mereka pula. Maka, ini hasil pertama tempahan kopiah kait yang ummi terima

kopiah kait bernama

 

Model ummi tolong gayakan sebab ummi belum pos pada tuannya, hehe

kopiah kait bernama irfan

 

Comel kan kopiah kait ni? Kebanyakan pengait yang ambil upah menggunakan benang nona untuk buat kopiah kait, tapi ummi tak tahu mana nak beli memandangkan dunia ummi online belaka. haha. Maka, ummi gunakan benang baby acrylic untuk kait kopiah ni. Benangnya lebih lembut dan sesuai untuk kulit bayi dan kanak-kanak.

Project ummi seterusnya, ade beberapa kopiah kait bernama yang perlu ummi buat sebelum raya ni. Selain untuk A’isy ada juga untuk anak kawan dan anak saudara ummi. Sekarang ni terbantut kejap sebab cik Odah asik tanya bila nak buat topi meoww dia. Aduhai.

Nanti kalau dah siap, insyaaAllah ummi kongsikan hasilnya.

Ouh, jika anda ingin membuat tempahan kopiah kait bernama, ada ramai juga pengait yang ambil tempahan. Anda boleh google saja dan beberapa nama akan muncul. Dan buat pengetahuan pembaca, ummi tak ambil tempahan secara serius, ni saja suka-suka saje.

Ni ummi saja nak share beberapa design kopiah kait yang cantik dan comel. Saja untuk tatapan pembaca UmmiTiqah.

 

kopiah kait 2

kopiah kait

Pelbagai kopiah kait

 

Selamat berpuasa semua 🙂

Salam Sayang
 
Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

You may also like...

4 Responses

  1. rahimah says:

    Menarik kopiah berkait tu sebab ada nama tuannya di kepala. Ia jadi eksklusif 🙂

  2. wahida says:

    ade x group mengait di wasap???

    • ummitiqah says:

      ummi tak pernah join mana2 group mengait di whatsapp. Tapi cik boleh join mana2 group mengait di fb macam kelab mengait, kelas kait mengait dan kraftangan, love crochet join nekwan dan banyak lagi 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge