Ketahui 10 Cara Mengatasi Keputihan Semasa Hamil

Kali ni ummi nak share pengalaman ummi sendiri berkenaan keputihan semasa hamil. Sebenarnya ummi memang ada masalah keputihan sejak sebelum kahwin. Seminggu sebelum period, ummi memang akan ambil ubat untuk elak keputihan teruk. Sebabnya, keputihan yang ummi alami menyebabkan rasa gatal yang teruk. Tapi ubat tersebut tak boleh diambil ketika hamil. Maka terpaksalah ummi cari alternatif untuk mengatasi keputihan semasa hamil anak sulung hingga anak ketiga. Nanti ummi kongsikan caranya ye. Tapi sebelum tu, harus diketahui kenapa berlaku masalah keputihan semasa hamil sedangkan bagi kebanyakan ibu, masalah tersebut tidak wujud sebelum hamil.

Bagaimana Keputihan Dikenalpasti

Perubahan hormon semasa hamil meyebabkan aliran darah ke kawasan produksi wanita meningkat menyebabkan cairan vagina menjadi lebih banyak. Cairan yang banyak ini bermanfaat kepada ibu hamil untuk mencegah sebarang infeksi dari vagina menuju ke rahim. Lelehan yang normal dan sihat bersifat cair dan bewarna jernih atau seperti susu. Ianya cairan biasa dan bukan keputihan. Ibu mengalami keputihan jika terdapat simptom di bawah:

 

  • Lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau kekuningan malah kehijauan.
  • Terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda
  • Rasa sakit apabila bersama suami
  • Rasa sakit apabila membuang air kecil.

Ibu harus segera memaklumkan doktor jika terdapat tanda-tanda di atas. Keputihan yang tidak dirawat segera boleh menyebabkan infeksi dan menjadi lebih teruk. Doktor biasanya akan memberi ubat sapu dan jika sudah ada jangkitan fungus, ibu mungkin diberi ubat sumbat. Jangan bimbang, ianya mudah digunakan dan selamat.

Punca Keputihan Semasa Hamil

Keputihan disebabkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang dan merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita. Secara umumnya, bakteria dalam badan mengawal kulat ini dan ia biasanya hidup dalam faraj tanpa memudaratkan. Masalah terjadi apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Apatah lagi semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat

Keputihan akan menjadi teruk dan mengakibatkan kerengsaan akibat daripada:

  • Pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran udara lalu meransang pertumbuhan kulat yang menyebabkan keputihan.
  • Mandian buih wangi dan pantyliner yang mempunyai pewangi.  Ini juga boleh menyebabkan kerengsaan dan mengakibatkan keputihan makin teruk
  • Pengambilan antibiotik. Antibiotik membunuh semua kuman dalam tubuh termasuk kuman yang baik. Maka keseimbangan mikroorganisma di dalam tubuh akan terganggu.
  • Gula menggalakkan pertumbukan kulat. Jadi kencing manis juga boleh menjadi punca keputihan semasa hamil.

Pengalaman Sendiri Tentang Keputihan Semasa Hamil

Seperti dinyatakan sebelum ini, ummi juga mengalami masalah keputihan sejak di awal kehamilah. Doktor memberikan ubat untuk dimasukkan ke dalam bahagian intim. Masalah tersebut dapat diatasi seketika namun berulang kembali. Ini kerana hormon semasa hamil menyukarkan keputihan dihapuskan sepenuhnya.
Antara tips atau rawatan keputihan yang boleh dilakukan sendiri di rumah ialah:

  1. Menjaga kerbersihan dan mengelap kering bahagian intim selepas ke tandas
  2. Pakai seluar dalam kapas, longgar atau kain untuk memudahkan aliran udara
  3. Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana persekitara lembab dan panas menggalakkan pertumbuhan kulat
  4. Jangan gunakan mandian buih yang ade pewangi
  5. Elakkan panty liner yang ade wangian
  6. Pastikan pelincir yang cukup sblm bersama suami, sila gunakan lubricant yang sesui jika ada masalah kering ketika bersama.
  7. Boleh gunakan yogurt asli yang mengandungi lactobacillus dan disapu di seleliling bahagian intim
  8. Terdapat juga petua pengambilan bawang putih untuk mengatasi keputihan. Ini kerana bawang putih merupakan sumber antibiotik asli.
  9. Tingkatkan imuniti tubuh dengan pengambilan vitamin C yang baik.
  10. Kurangkan makanan dan minuman manis.

Ummi juga amalkan Garlic Complex dan Vitamin C Shaklee untuk meningkatkan sistem imun tubuh dan sebagai antibiotik semulajadi. Alhamdulillah, memang berbeza sangat. Cairan yang keluar adalah normal dan tidak mendatangkan sebarang kerengsaan. Ibu hamil yang ada masalah keputihan, boleh cuba amalkan vitamin C dan Garlic ye. Jika nak kesan lebih bagus, seeloknya ambil bersama set hamil lengkap Shaklee.

Moga perkongsian ummi bermanfaat untuk semua =)

Salam Sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

 

Rujukan: http://ummitiqah.blogspot.my/2014/01/keputihan-semasa-hamil-punca-dan-cara.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge