Kesan Tak Ambil Asid Folik Semasa Mengandung

Asid folik atau folic acid atau folate merupakan salah satu vitamin yang amat penting bagi ibu mengandung. Tahukah anda , kesan tak ambil asid folik semasa mengandung adalah merbahaya kepada bayi dalam kandungan. Ibu juga boleh mengalami anemia akibat kesan tak ambil asid folik yang mencukupi. Ummi pernah kongsikan sebelum ini tentang kesan tak ambil vitamin semasa hamil kepada ibu dan bayi. untuk catatan kali ini, ummi akan kongsikan secara spesifik tentang kesan tak ambil asid folik semasa hamil.

Apa Itu Asid Folik

Asid Folik merupakan salah satu vitamin dalam keluarga Vitamin B. Ianya dikenali sebagai Vitamin B9, Folate atau juga digelar Folic Acid.

Kepentingan Asid Folik

Kenapa asid folik penting untuk ibu hamil? Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad dalam blognya, vitamin B9 amat diperlukan dalam membina sel-sel baru dalam tubuh. ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu, ia amat diperlukan oleh janin bagi membina banyak sel-sel baru. Asid Folik amat diperlukan janin bagi perkembangan otak dan spinal cord. Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dos Asid Folik Yang Disarankan

Menurut lama web babycenter, dos asid folik yang disarankan ialah 400mg bagi yang tidak hamil dan meningkat antara 600 hingga 800mg bagi ibu hamil. Namun, keperluan asid folik mungkin bertambah bagi ibu yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap neural tube defect iaitu sejenis kecacatan sejak lahir.

Sumber Semulajadi Asid Folik

Asid Folik boleh diperoleh dari sumber makanan berikut:

  • Sayuran hijau
  • Kekacang
  • Buah- buahan sitrus
  • Roti
  • Bijirin
  • Nasi
  • Pasta

Makanan tinggi asid folik

 

 

 

Bila Asid Folik Boleh Mula Diambil

Jika ibu merancang untuk hamil, asid folik boleh mula diambil 3 bulan sebelum hamil. Dose yang disarankan ialah 400mg. Apabila hamil, dose boleh ditingkatkan kepada 600mg sehari. Ini kerana asid folik amat penting bagi pertumbuhan sel-sel baru dan otak bayi sejak awal kandungan lagi.

Kesan Tak Ambil Asid Folik

Terdapat beberapa kajian menunjukkan asid folik membantu dalam mengurangkan risiko kecacatan saraf bayi seperti sipina bifida dan neural tube defect. Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. Komplikasi akibat tak ambil asid folik juga boleh berlaku kepada ibu hamil. Ibu boleh mengalami anemia akibat kekurang folate, dimana sel darah merah menjadi terlalu banyak (megaloblastic).

kesan kurang vitamin semasa hamil

 

Asid Folik Shaklee?

Ummi pernah ditanya, Shaklee ada asid folik kah? Ya, sudah semestinya ada. Tahukah anda, vitamin B9 tidak boleh bertindak sendirian. Ia perlu bekerjasama dengan vitamin B12 untuk membina sel-sel baru tubuh. Dalam erti kata mudah, vitamin asid folik sendiri tidak membawa apa-apa faedah kepada tubuh jika tidak diambil bersama vitamin B12. Vita-Lea dan B-Complex Shaklee mengandungi dos asid folik dan vitamin B12  yang cukup bagi keperluan ibu hamil. Malah, kedua-duanya terkandung dalam set prenatal Shaklee.

kesan tak ambil asid folik

Kandungan Vitamin Dalam B- Complex Shaklee

/

Kandungan Vitamin Dalam Vita-Lea

Jadi ibu- ibu jangan abaikan pengambilan asid folik semasa hamil ye. Nak dapatkan asid folik shaklee? Hubungi saja ummi.

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: wasap.my/60182907924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee, ID 880093

COD sekitar Gombak, Selayang, Setapak, Taman Melati, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia

 

Sumber Rujukan:

  1. https://www.babycenter.com.my/a1033084/asid-folik-mengapa-ia-diperlukan
  2. http://drzubaidi.com/blog/faedah-asid-folik-kepada-kesuburan-dan-kehamilan/
  3. https://www.babycenter.com/404_how-much-folic-acid-should-i-take-while-trying-to-get-pregna_2232.bc
  4. https://medlineplus.gov/ency/article/000354.htm

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge