Kek Oren Cheese Leleh Resepi Azlina Ina

Dah beberapa kali ummi buat kek oren cheese leleh ni. Sedap dimakan sejuk-sejuk. Konon nak makan sesudu dua. Sedar-sedar dah nak habis sebekas. Haha. Ummi pengikut FB Page Azlina Ina. Banyak resepi kek dan biskut yang ummi buat diambil dari page beliau. Kek oren cheese leleh ni pon salah satu darinya. Biasanya ummi save post di FB. Bila dah terlampau banyak post yang ummi save, agak susah nak cari semula. Tambahan kalau kawan-kawan minta ummi share resepi, jenuh nak scroll. haha. Jadi untuk memudahkan kerja, ummi salin resepi di blog ni. Senang nak akses bila-bila masa perlu. Lepas ni tak perlulah nak scroll FB sampai juling mata. Bahan-bahan sebenarnya tak banyak mana. Cuma, ada tiga elemen perlu disediakan iaitu kek, coklat ganache dan cream cheese. Ketiga-tiga bahan ini kemudian disatukan. Jadilah kek oren cheese leleh yang meletup. Menggiurkan dan amat menyelerakan. Haha, melampau tak ayat ummi?

Bahan Untuk Coklat Ganache

250gm chocolate compound

2 cawan dairy whipping cream

2 sudu butter/margerin

Cara:

Panaskan whipping cream, masukkan chocolate compound yang telah dicincang.Kacau hingga cair. Bila dah cair, masukkan butter. Kacau hingga butter larut. Tutup api dan biar sejuk.

resepi kek oren cheese leleh

 

Bahan Untuk Kek

Bahan A diayak bersama

1 cawan tepung gandum

1/4 cawan tepung superfine

1 sk soda bikarbonat

1 sk baking powder

Bahan B

3 biji telur gred A atau B

1 sudu kecil perisa oren

2 sk pewarna oren.

1 s.kecil perisa tuti fruitty

3/4 cawan gula castor

1 sb ovelette

Bahan C:

5 sudu butter yang sudah dicairkan. Cam buttercup tu ummi potong 1 bahagian dalam 50gm. Cairkan dalam microwave. yang ni buat awal-awal dan biar butter tu sejuk.

Cara:

Bahan B dipukul hingga kembang tapi jangan hingga gebu. Maknanya, adunan jatuh sedikit perlahan bila diangkat. Warna oren juga bertukar agak pudar. Jangan pukul adunan hingga gebu pekat. Nanti menyebabkan kek mengecut selepas dimasak. kek oren cheese leleh

 

Masukkan pula bahan A yang telah diayak sebelumnya; sedikit demi sedikit.

kek oren cheese leleh

Pukul sebati lalu matikan mixer. Dengan menggunakan spatula, kacau adunan beberapa pusingan untuk mengeluarkan angin. Therefore, kek takdelah berlubang-lubang sangat selepas dimasak.

Masukkan pula bahan C yakni butter yang telah dicairkan tadi. Sebatikan guna spatula. In addition, boleh masukkan sedikit parutan kulit oren ke dalam adunan. Sebelum masukkan butter ye. Ini akan menaikkan rasa dan bau oren pada kek. Tapi ummi tak letak sebab tiada kerajinan, hehe. kek oren cheese leleh

Panaskan air dalam periuk kukusan. Masukkan adunan tadi ke dalam bekas seperti di bawah. Yang ni ummi guna bekas MSQ250. Boleh dapat 11 hingga 13 bekas. Kek ni ummi buat untuk jual. Jadi ummi letak jumlah yang sekata. 1/4 cawan dalam setiap bekas guna cawan penyukat. Kenapa bilangan bekas boleh jadi tak sama setiap kali? Haha, ummi pon tak tahu. Agaknya, isipadu telur yang digunakan. Maybe juga tempoh adunan ni dipukul. Menyebabkan tahap “kembangnya” tak sama. Therefore, adunan kadang terlebih, kadang terkurang? Maaf ummi tak belajar la pulak. Cam yang ni ummi dah sediakan 12 bekas. Suddenly, ada adunan lebih boleh isi lagi sebekas.

 

kek oren cheese leleh

Masukkan kek tadi kedalam periuk kukusan. Tutup dengan plastik pembalut makanan seperti di bawah.

kek oren cheese leleh

Jika air kukusan tadi dan menggelegak, kukus kek dari guna api besar selama 10-15 minit. Boleh buat 2 stack macam ummi ni asalkan kedua-dua bekas kek ditutup dengan plastik pembalut. Jangan guna penutup bekas plastik tu nanti lambat masak. Tak perlu balut penutup periuk dengan kain.

kek oren cheese leleh

Bila dah masak, terus keluarkan kek dari periuk lalu terbalikkan kek tadi ke atas talam/ baking tray atau apa-apa dulang. Ini merupakan step penting supaya kek kekal “naik” dan tak mendap.

kek oren cheese leleh

Diterbalikkan, gebu haa

Biarkan kek sejuk dan belah kek kepada 2 bahagian. Then, dah boleh mula “melayer” kek tadi. Oh sementara tunggu kek sejuk, kita sediakan cream cheese dulu ye.

Resepi kek oren cheese

Selingan. Sementara ummi buat kek, cik Ecah pon buat kerja jugekkk

Cara Buat Cream Cheese

kek oren cheese leleh

Bahan-bahan untuk cream cheese

Pukul 250gm cream cheese bersama 1/2 cawan krimer pekat manis hingga sebati. Masukkan 1/2 cawan dairy whipping cream dan pukul hingga kental. Masukkan 3 sb susu segar atau sebarang jenis susu kotak, pukul sebati. Untuk hiasan lorek, amik 2 atau 3 sudu besar adunan cream cheese lalu campurkan dengan sedikit pewarna oren, perisa tutti fruitty dan oren tadi lalu masukkan ke dalam piping bag. Kalau takde piping bag, guna sahaja apa-apa beg plastik lalu tebuk bucunya. Biasanya, ummi letak kejap adunan untuk hiasa lorek ni dalam peti sejuk supaya keras sedikit sebelum digunakan.

Finally, boleh letak cream cheese di lapisan tengah dan atas kek, kemudian curahkan coklat ganache. Kemudian, buat hiasan lorek ikut kreativiti masing-masing. Bab lorek melorek ni ummi serahkan pada budak-budak ni. Seronok mereka menyonteng. Sayangnya ummi tak snap pulak gambar masa proses ni. Hehe, mintak maaf ye. Sejukkan kek tadi di dalam peti sejuk. Sedap tau makan sejuk-sejuk. Ini gambar selepas beberapa sudu selesai di ngap. Tak menyempat nak sejuk dalam peti dah selamat dikorbankan. Haha.

kek oren cheese leleh

 

Selamat mencuba ye. Moga berjaya.

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

 

 

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge