Kebaikan Set Hamil Dan Berpantang Shaklee Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Set Hamil dan Berpantang Shaklee merupakan antara set yang paling popular di antara produk Shaklee. Ummi pernah kongsikan sebelum ini tentang bagaimana luka bersalin cepat sembuh dengan resveratrol. Mungkin anda belum tahu tentang kebaikan set hamil dan berpantang Shaklee? Anda boleh baca sendiri pengalaman puan Haliza Kamis tentang kebaikan set hamil dan berpantang Shaklee ni.

 

[SET HAMIL DAN BERPANTANG SHAKLEE BANTU TUMBESARAN BAYI DAN KESIHATAN IBU]

Alhamdulillah saya dipertemukan dengan Shaklee selepas beberapa bulan kelahiran anak kedua saya pada tahun 2012. Saya ambil Set Menyusu basic je mula-mula. Setelah merasakan susu makin meriah, saya up kepada Set Menyusu Premium dan terus join ahli dengan Nurul Hazwani Hamzah.

Sepanjang mengandung anak ketiga ni saya memang fully amalkan makan vitamin Shaklee. Jarak antara anak kedua dan ketiga adalah 5 tahun. Beza sangat bila mengandung pada usia 34 tahun, kalau bukan dengan bantuan Shaklee, mungkin banyak dugaan yang akan saya tempuh.

Nak tahu tak apa beza bila mengandung anak ketiga dengan sebelum2 ni. Saya cuba listkan apa yang saya rasa penting:

1) Waktu mabuk yang lebih singkat, tak sampai 2 bulan berbanding 5 ¹/² bulan ketika mengandung anak pertama dan kedua.

2) Dah tak kena tarik mengkarung waktu tengah malam dan saya rasa bersyukur sangat-sangat maklumlah suami kerja shif. Kadang-kadang tak ada kat rumah waktu malam. Kalau tak dulu-dulu menahan sakit sendirian.

3) Saya boleh makan apa sahaja yang saya teragak. Khususnya makanan Korea dan Jepun yang sedap. Tak lupa juga ayam penyet yang marvelous.

4) Saya kekal aktif sepanjang mengandung. Saya jarang tidur siang. Kalau tak sebelum ni asyik melepet kepenatan dan sering tak bermaya. HB pun selalu rendah dan selalu kena tegur dengan misi kat KK.

Waktu melahirkan baby ketiga ni saya alami luka yang banyak sebab baby keluar dengan kepala yang mendongak.

Yang bestnya hari ketiga, misi datang rumah, dia kata rahim saya dah kecut dan dia terperanjat sebab saya recover dengan cepat. Sepanjang berpantang, Alhamdulillah baby saya langsung tak kena kuning. Luka jahitan saya pula sembuh lebih awal iaitu kira-kira dua minggu selepas melahirkan berbanding dengan anak pertama dan kedua. Kali ni saya bebas makan telur dan ayam sebab tak rasa gatal di tempat luka jahitan. Kalau dulu makan roti Twiggies pon saya dah rasa gatal-gatal kat tempat luka.

Allahuakbar. Baby saya dah bertambah bambam. Dengan bantuan Set Bersalin Shaklee pula, masalah lama dah tak berjaga malam, menyusu awal pagi, salin pampers, berjaga malam tatkala baby sakit perut dah tak menjadi masalah.

Saya sarankan anda semua makan vitamin Shaklee untuk kesihatan ketika mengandung, bersalin, menyusu atau tak kira apa juga keadaan.

set hamil dan berpantang shaklee

 

 

Ibu hamil sepatutnya menjaga pemakanan seimbang dan sihat bagi mengekalkan kesihatan tubuh ibu dan tumbesaan bayi. Namun, alahan semasa hamil sering membuatkan ibu lemah, tak lalu makan dan menjejaskan kesihatan. pengambilan supplemen penting bagi kesihatan ibu hamil. Malah, kesihatan ibu mempengaruhi tahap kesihatan bayi dalam kandungan. Ibu yang aktif dan sihat dari segi emosi dan fizikal akan melahirkan bayi yang juga sihat mental danfizikal, insyaaAllah.

Luka bersalin merupakan sesuatu yang amat digeruni wanita samada bersalin normal atau pembedahan. Sudah pasti setiap ibu mahu luka bersalin sembuh dengan cepat tanpa dijangkiti kuman atau luka tertetas. Proses rahim mengecut juga amat menyakitkan. Jika boleh, proses pengecutan rahim mahu diakhiri dengan segera supaya ibu tidak lagi perlu mengalami kesakitan berpanjangan. Sudahlah sakit ketika melahirkan, ditambah sakit semasa proses rahim mengecut, ditambah lagi kengerian menjaga luka bersalin, ya sebab itu penjagaan ibu dalam pantang terlalu penting bagi mengelak masalah meroyan. Ini juga bagi memastikan ibu sembuh dengan segera dan sihat. Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, anda boleh daatkan tips tentang cara menjaga luka pembedahan agar cepat sembuh di sini.

Set hamil dan berpantang Shaklee asasnya adalah sama. Jadi, ianya memudahkan ibu dan tak perlu risau kalau vitamin tak habis. Malah, vitamin asas bagi set menyusu juga adalah sama. Mudah kan?

Jika diperhatikan gambar, puan Haliza juga memiliki kulit wajah yang cantik dan licin. Side effect juga tu. hehe.

Berminat untuk mendapatkan set Shaklee? Boleh hubungi ummi segera. Klik sahaja link di bawah dan anda akan dibawa terus ke Whatsapp ummi.

wasap.my/60182907924

Salam sayang,

Ummi Tiqah
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee. 

COD sekitar Gombak, Selayang, Setapak, Taman Melati, Wangsa Maju. 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge