Jenis- Jenis Bentan Selepas Bersalin dan Cara Merawatnya

Masalah bentan sering dikaitkan dengan wanita selepas bersalin. Terdapat bberapa jenis bentan selepas bersalin. Jika ibu tidak benar-benar menjaga diri ketika tempoh rawatan semasa berpantang, ibu berisiko untuk mengalami bentan. Bentan bukan sahaja dialami semasa dalam pantang. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.

Apa Itu Bentan Selepas Bersalin

Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin. Ibu boleh mengalami sakit-sakit badan, sakit urat dan pinggang, sakit di kawasan peranakan malah boleh mengalami tumpah darah akibat bentan.

Tanda dan Sebab Bentan Berlaku

Bentan selalunya berlaku jika ibu mengambil makanan sejuk atau tersepak benda keras. Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya. Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.

Jenis Bentan Selepas Bersalin:

Bentan urat

Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

Bentan urat peranakan/urat rahim

Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

Bentan urat besar (pinggang)

Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.

Cara Mengelak dan Merawat Bentan

Bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius.

Banyakkan berehat

Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu.

Elak jangkitan kuman

Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Jaga pemakanan

Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang. Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung, nangka muda.

Jika mengalami bentan yang teruk seperti tumpah darah dan demam yang tinggi, ibu harus segera mendapatkan rawatan doktor. Perlu diingat bahagian dalam ibu belum sembuh sepenuhnya dan jangan biarkan bentan berlarutan tanpa dirawat.

Bagaimana Shaklee Membantu Mengatasi Bentan Selepan Bersalin?

shaklee untuk bentan selepas bersalin

 

Ingin atasi bentan selepas bersalin dengan vitamin semulajadi yang tiada kesan sampingan? Hubungi ummi segera sebelum melarat.

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee. 

COD sekitar Gombak, Selayang, Setapak, Taman Melati, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge