Cara Merawat Kencing Manis Semasa Hamil

Kencing manis semasa hamil digelar Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan keadaan yang sering berlaku. Dianggarkan, 18 daripada 100 ibu hamil mengalami keadaan ini. Kencing manis semasa hamil biasanya hilang selepas ibu bersalin dan tidak membawa sebarang mudharat jika dikawal. Walau bagaimanapun, paras gula yang tidak dikawal semasa hamil boleh membawa pelbagai komplikasi kepada bayi seperti berikut:

  • Berat berlebihan membuatkan ibu mengamal kesukaran untuk bersalin
  • Jaundice berpanjangan
  • Meninggal dalam kandungan
  • Kemungkinan mengalami kecacatan genetik
  • Mengidap diabetes dan mengalami masalah obesiti apabila besar.
  • kandungan gula dan mineral di dalam darah yang rendah
  • sukar bernafas apabila lahir.

Sungguhpon GDM biasanya hilang selepas bersalin, terdapat juga kes di mana ibu kekal mengidap kencing manis sekalipon selepas bayi lahir. Ibu juga mempunyai kemungkinan besar untuk mengalami masalah sama apabila hamil lagi.

Siapa Yang Berisiko Menghidap Kencing Manis Semasa Hamil.

Tidak semua ibu hamil mengalami masalah ini. Ibu mempunyai risiko tinggi menghidap kencing manis semasa hamil jika:

  1. mempunyai BMI atau index jisim badan melebihi 30
  2. Ada sejarah diabetes dalam keluarga
  3. Pernah melahirkan bayi lebih 4kg sebelum ini
  4. Pernah menghidap GDM semasa kehamilan sebelumnya

Bagaimana Kencing Manis Semasa Hamil Dikenalpasti.

Biasa dengar tentang ujian di mana ibu hamil harus minum air gula? Ujian Toleransi Glukosa atau ringkasnya GTT (Glucose Tolerance Test) adalah ujian mudah di mana ibu harus berpuasa semalaman sebelum melakukan ujian pada sebelah pagi esoknya. Ujian darah dilakukan sebelum ibu diarah untuk minum bancuhan glukosa yang disediakan. Selepas 2 jam, ujian darah dilakukan sekali lagi untuk menilai kandungan gula bagi menentukan samada ibu menghidap diabetes atau tidak. Ujian mungkin perlu diulang bergantung kepada keputusan penilaian darah.

Lazimnya, kebanyakan ibu yang melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital kerajaan harus melalui ujian ini apabila kandungan masuk 24 minggu. Namun terdapat juga beberapa tempat di mana GTT hanya dilakukan ke atas ibu yang tergolong mempunyai risiko menghidap GDM seperti yang diterangkan di atas. Macam ummi, hanya masa hamilkan anak ketiga, ummi teringin pula nak pergi klinik kerajaan, haha. Merasa la juga minum air gula tu. Tapi masa checkup kehamilan anak-anak lain di hospital swasta, takde pula buat GTT ni.

Rawatan Kencing Manis Semasa Hamil

Kencing manis semasa hamil boleh dikawal melalui pemakanan sihat dan senaman mudah untuk meningkatkan metabolisma. Doktor akan menasihatkan ibu tentang cara mengawal gula dalam darah dengan:

  • mengamalkan diet seimbang yang sihat;
  • mengurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula.

Ibu akan disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori dan melakukan senaman ringan 30 minit setiap hari jika mempunyai berat badan berlebihan sebelum hamil.

Dari segi pemakanan, ibu yang menghidap kencing manis semasa hamil digalakkan untuk

  • Mengelak pengambilan gula yang telah diproses sebaliknya ambil gula dari sumber buah-buahan.
  • Melebihkan pengambilan karbohidrat kompleks dan kurang lemak
  • Makan makanan rendah GI (Glycemix Index) kerana makanan yang rendah GI mengambil masa lebih lama untuk dihadamkan. Dengan itu, glukos dibebaskan ke dalam darah anda dengan lebih perlahan. lalu kandungan gula dapat dikawal.

Jika kandungan gula masih tidak dapat dikawal melalui pemakanan dan senaman, doktor mungkin menyarankan ibu mengambil suntikan insulin. Namun, kes ini jarang berlaku.

Diet Yang Sesuai Jika Menghidap GDM

Makan sarapan yang berkhasiat
Sarapan yang sihat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah anda sepanjang pagi. Cuba makan sarapan yang rendah GI. Bubur ialah satu pilihan yang baik kerana ia membebaskan tenaga secara perlahan-lahan dan setara. Atau anda boleh pilih bijirin sarapan atau roti daripada bijian penuh dengan sedikit makanan berprotein tinggi seperti telur rebus atau yogurt rendah lemak.

Makanan yang tinggi GI seperti bijirin sarapan bersalut gula atau roti putih bakar dengan jem boleh meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat.

Makan pelbagai jenis makanan pada waktu siang
Makan tiga kali sehari hidangan bersaiz kecil atau sederhana. Anda juga boleh makan di antara dua dan empat snek, termasuk selepas makan malam untuk mengekalkan tahap gula dalam darah anda.

Makan makanan berserat tinggi
Makan banyak makanan yang tinggi kandungan seratnya. Makanan seperti ini biasanya mempunyai GI yang rendah. Ini dapat membantu mengelakkan tahap gula dalam darah anda menjadi terlalu tinggi selepas makan. Makanan yang berserat tinggi termasuk:

  • buah-buahan dan sayur-sayuran segar;
  • roti dan bijirin sarapan daripada bijian penuh;
  • kekacang yang dikeringkan.


Makan yang lima ini
Pastikan anda makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari:

  • campurkan buah-buahan ke dalam bijirin sarapan atau yogurt anda;
  • tambah salad kepada sandwic anda sewaktu makan tengahari;
  • pilih dua jenis sayur-sayuran dengan hidangan waktu makan utama anda;
  • jadikan buah sebagai snek berbanding biskut atau kek.

Kurangkan lemak, terutamanya lemak tepu

  • gunakan minyak zaitun atau minyak bunga matahari untuk memasak dan sebagai kuah salad;
  • gantikan mentega dengan sapuan lain yang tinggi kandungan lemak poli tidak tepu;
  • panggang makanan berbanding goreng;
  • buang lemak pada daging atau ayam.

Jangan tinggal waktu makan
Cuba makan pada masa yang sama setiap hari dan pada jumlah yang sama setiap kali. Ini dapat membantu tahap gula dalam darah anda kekal stabil.

Jangan makan terlalu banyak makanan dan minuman manis
Kurangkan, atau elakkan terus, gula-gula, minuman berkarbonat, jus buah-buahan dan kebanyakan pencuci mulut yang lain. Makanan seperti ini mengandungi gula ringkas yang mudah diserap oleh badan anda. Ia boleh meningkatkan tahap gula dalam darah dengan cepat.

Anda boleh cairkan jus buah dengan air. Campurkan kira-kira satu perempat jus dengan tiga perempat air, dan minum sekali sehari. Pada masa lain, minumlah air kosong dan minuman lain yang tidak bergula.

Jika ibu tergolong di kalangan mereka yang mempunyai risiko menghidap kencing manis semasa hamil, ibu harus baca pengalaman Dr Safiya Amaran, seorang doktor perubatan mengenai GDM ini.

Saya mula kesan gdm masa 18 minggu lepas buat mgtt. Ujian minum air gula.. Yang paling ketara sekali masa tu kerap sangat hypo.. Gula memang turun dan naik dengan sangat ketara.. Bila lambat makan.. Cepat hypo.. Bacaan gula 3.. Pastu bila makan lebih sikit gula naik jadi 6-7+..

Pening juga dibuatnya..

Masa tu kebetulan Start mkn omega guard.. Tak fikir sbb gdm pun tapi utk perkembangan bayi.. Lepas beberapa minggu makan omega mmg perasan perbezaan ketara.. Satu..sangat kurang hypo… Bangun pagi tidak kelaparan.. Gula dlm 4-5 mcm tu.. Lepas makan pun gula tak naik tinggi.. Biasanya lepas makan pun range dia 5-6 gitu.. Makan secara sederhana.. Tidaklah sikit sangat.

Yang paling ketara rasa ialah.. Masa omega guard habis..  Masa tu duk bertangguh.. Malas nak beli cepat-cepat .. Tapi bila tak makan.. Omega.. Gula terus jadi hay wire semula.. Kerap hypo.. Almost setiap pagi.. Cepat lapar..Pastu jadi nak makan banyak. Gula pun mula naik.. 7-8.

Masa tu baru betul betul realize yg omega tu really helps in controlling appetite n also control the blood sugar.. So cepat-cepat beli n start mkn balik 3 biji sehari hingga lah bersalin..

Satu lagi yang ketara ialah.. Memang tak banyak Fat deposition during this pregnancy.. Perut nampak kecil.. Tapi bila scan baby size mmg good and follow as expected.. Baby lahir 3.2 kg alhamdulillah.. maknanya baby tidak obese sepertimana jika blood sugar not well controlled. Alhamdulillah.. Sebab tu yg jadi jatuh hati sgt dengan omega guard ni.. Sampai sekarang..

Utk pengetahuan , saya Ambil Full set. ( nanti org ingat mkn omega je)

Full set hamil Shaklee terdiri dari Vitalea, B-Complex, Vitamin C, Omega Guard, Ostematrix, Garlic dan tak lupa ESP yang berperanan besar dalam mengawal gula dalam darah kerana indeks glisemik (GI) yang rendah.

  • vitalea iron formula : bekalan nutrisi lengkap untuk keperluan ibu dan bayi. mengandungi zinc untuk membantu penghasilan insulin. nutrisi yg cukup dalam tubuh akan membantu sistem tubuh berfungsi dengan sempurna
  • B complex : membantu metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan.
  • Sustained Release Vita-C Plus : membantu penyerapan iron dari vitalea untuk mengelakkan hb rendah dan anemia. mencegah mendapan kolesterol dan lemak dlm arteri yang akan menyempitkan salur darah.
  • Ostematrix : Mg penting untuk mengelakkan diabetes. mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis, mengawal tekanan darah
  • ESP – soy protein isolate powder : glisemik indeks rendah, maka gula dilepaskan perlahan-lahan ketubuh (walau GDM, ibu masih perlukan gula). Beri tenaga berpanjangan, bantu kawal selera makan.
  • Omegaguard : merendahkan trigliseride, mengatasi masalah diabetes, merendahkan tekanan darah, meningkatkan peredaran darah, menstabilkan degupan jantung, memecahkan kolesterol
  • Garlic Complex – meningkatkan pengeluaran insulin, merangsang hati untuk mengawal gula dalam darah

Set Shaklee untuk kencing manis semasa hamil

Dapatkan konsultasi eksklusif dari ummi dengan pembelian setiap produk Shaklee.

Nieda
SMS/Whatsapp: wasap.my/0197071977  

Pengedar Sah Shaklee: ID 889821

COD sekitar Ipoh (tertakluk kepada Terma & Syarat) – caj COD dikenakan mengikut kawasan (km)

 

Rujukan:

  1. https://www.babycenter.com.my/a25007491/diet-untuk-kencing-manis-semasa-hamil-diabetes-gestasi
  2. http://www.mmgazette.com/diabetes-ketika-hamil-punca-kesannya-dr-muhammad-izzat/
  3. http://yourfabulousmama.net/bagaimana-ibu-ini-atasi-kencing-manis-semasa-mengandung-gdm/

*Sebarang kenyataan adalah pengalaman individu. Ianya tidak bertujuan mendignos, merawat atau mencegah sebarang penyakit. 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge