Cara Menambah Selera Makan Anak

Cara Menambah Selera Makan Anak

Anak tiada selera makan? Atau memilih makanan? Sememangnya kita sebagai ibu bapa akan risau jika anak tidak berselera untuk makan. Ummi sendiri menghadapi masalah ini terutama dengan anak nombor 2, A’isy. A’isy ni dapat jolokan “Mat Salleh” sebab selera makannya lebih kepada “western style”. Itu pon selepas ummi cuba pelbagai variasi makanan, barulah tahu selera makan A’isy yang sebenar. Sebelum tu, memang susah juga cari pelbagai cara nak tambah selera makan anak bertuah nan sorang ni.

Sebenarnya, anak yang berumur satu hingga tiga tahun akan mengalami fasa selera makan yang tidak menentu. Ianya berpunca daripada faktor-faktor seperti berikut:

  1. Terganggu dengan TV, mainan atau iPad
  2. Melalui fasa “baru dapat kaki”, jadi asik nak bermain tanpa hiraukan makanan
  3. Makanan tak menarik
  4. Anak2 sengaja ingin menarik perhatian ibu bapa
  5. Stress atau kerisauan
  6. Ambil snek yang banyak  di luar waktu makan
  7. Kekurangan vitamin2 tertentu yang menganggu selera makan

Ada beberapa “Do” dan “Don’t” yang boleh kita prakrikkan dalam menambah selera makan anak- anak.

Do:  

  • Jika anak dah agak besar, boleh minta anak bagi cadangan tentang apa yang ingin dimakan. Boleh bagi option seperti “hari ni kakak nak makan bihun goreng atau spagetti?”
  • Biar anak tolong anda sediakan makanan yang dicadangkan tadi. Tak perlu ajar memasak, mungkin sekadar biar dia masukkan sayur yang sudah dipotong, tolong ambil bahan dari peti sejuk dan sebagainya. Ini membuatkan mereka rasa dihargai dan penting
  • Pelbagaikan jenis makanan dan cara ia dimasak. anak2 juga suka dengan cara hidangan yang creative seperti makanan berbentuk muka, haiwan dan sebagainya. Anak2 saya contohnya, suka dengan makanan berwarna seperti bayam merah.
  • Cuba pelbagaikan makanan baru seperti spaghetti, bihun, mee, pulut dan roti. Jangan hanya terhadkan kepada pengambilan nasi sahaja. Anak2 mudah bosan dengan makanan yang sama
  • Tingkatkan aktiviti fizikal supaya selera makannya bertambah. Pembakaran kalori membuatkan anak akan merasa lapar.
  • Boleh bagi snek berkhasiat di antara waktu makan seperti sandwich, buah-buahan dan susu supaya anak dapat nutrien yang mencukupi. Tapi elakkan beri bila dah hampir waktu makan, nanti anak kenyang dan tiada selera untuk makanan utama.
  • Beri perhatian sepenuhnya semasa anak makan. Boleh bercerita sambil mkn dengan anak. Seorang kawan saya bercerita tentang anak keduanya yang tak mahu makan tetapi apabila anak itu tinggal bersama neneknya, selera anak itu berubah dengan ketara. Mungkin situasi di rumah nenek berbeza di mana perhatian sepenuh diberi kepada anak ini sedangkan di rumah ibu bapanya, ada adik beradik lain yg juga menagih perhatian.

Don’ t: 

  • Bagi snek atau minuman sebelum waktu makan untuk mengelakkan anak kenyang
  • Simpan terlalu banyak snek di rumah. Anak2 lebih berminat dengan snek yang tak berkhasiat dari makanan biasa.
  • Biasakan anak makan sambil menonton atau bermain gadget. Latih mereka untuk berhenti menonton semasa makan
  • Paksa atau memarahi anak yg tak mahu makan. Ini menjadi punca mereka stress dan tidak gembira di meja makan.

Ini pula tips menerusi pengalaman peribadi ummi.

  • Jika perlu, suapkan anak makan walaupun anak dah besar. Sejak tidak lagi berkerja di pejabat, sengaja ummi ambil masa untuk suapkan anak makan kerana dengan cara ini, mereka akan makan dengan lebih banyak, teratur dan cepat. Selalunya ummi akan suapkan mereka jika makanan tersebut bukanlah makanan kegemaran mereka. Jika makanan kegemaran mereka yng dihidang, biarkan mereka makan sendiri. Kalau sepanjang masa nak bersuap, tak elok juga.
  • Sungguhpon anak kita suapkan, ummi tidak benarkan mereka menonton TV atau bermain tablet semasa disuap. Ummi ambil masa ini untuk berbual dan menasihati mereka. Masa ni mereka akan berebut nak “response” bila ummi tanyakan soalan.
  • Jangan putus asa mencuba untuk mencari makanan yang boleh menambah selera makan anak. Seperti dinyatakan, A’isy berselera “western”. Kalau nasi, dia cuma nak makan dengan telur rebus. Dan dia suka spaghetti walaupun ummi letak cheese dan susu sahaja.
  • Waktu makan harus teratur dan mengikut jadual. Kadang-kadang ummi terlambat masak, jadi anak-anak dah lapar. Mulalah mereka ambil snek dan akibatnya, mereka dah kenyang bila makanan utama dah masak.
  • Memang susah nak beri anak makan sayur, lagi sekali, ummi cuba setiap sayur dan akhirnya, sayur bayam merah masak lemak yang mereka panggil ‘sup pink’ jadi pilihan. Boleh juga motivate mereka dengan karakter kegemaran. Contohnya, “kalau A’isy nak kuat macam Tenkai Knights, kenalah makan bayam”. Atau “kalau nak Tiqah nak kulit cantik macam ummi, kenalah makan sayur ni”. Opsss 😀
  • Jika anak masih susah makan sayur, carikan vitamin untuknya supaya mendapat nutrien yang cukup. Seeloknya carilah vitamin yang mengandungi Kalsium, Vitamin C dan vitamin- vitamin asas lain untuk menyokong perkembangan fizikal dan otak anak- anak.

InsyaaAllah, pastu selera makan anak akan bertambah.

Salam sayang:

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge