Cara Didikan Waktu Makan Terbaik Untuk Membina Keperibadian Anak-anak

Didik Peribadi Anak Waktu Makan

Pakar motivasi bebas, Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan  kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah  program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup. Antara cara didikan waktu makan yang boleh diterapkan kepada anak-anak adalah: 

  1. Tunggu orang yang paling tua  “Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak  ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama  tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua  walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan.” 
  2. Baca bismillah dan guna tangan kanan  “Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau  memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut  dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan.  Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat. Amalan ini  tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada  kesabaran dan istiqamah.” 
  3. Ambil lauk terdekat dulu  “Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa? Melatih  sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu dikira  usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia mempengaruhi corak kehidupan  dan corak kita bekerja.  “Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak  mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak. Kalau kita  buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah  bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita. Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah waktunya.”  
  4. Kawal suapan “Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya  selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan, baru angkat  suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih jangan tamak dan  bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Atau lebih tepat, melatih syukur  terhadap apa yang Allah kurniakan.”  Ustaz Sobri berkata, “Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan  menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara  yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh.”

Inshaa Allah jika amalan cara didikan waktu makan di atas dipraktikkan bersama anak-anak, ia mampu menerbitkan keharmonian dan keseronokan dalam aktiviti bersama keluarga di rumah.

Salam Sayang,

Ummi Tiqah.

You may also like...

4 Responses

  1. Mahathir says:

    Menarik perkongsian dari ummitiqah.com. Melatih anak tak semestinya formal hanya di sekolah. Belajar adab pun boleh bermula dari meja makan.

  2. Cahaya Diana says:

    Semuanya make sense.. tak sangka dalam amalan kita manikmati makanan sekeluarga ada banyak manfaat yang perlu kita praktikkan bersama. Thanks ummitiqah. Salam kenal dari saya Cahaya Diana 🙂
    Cahaya Diana recently posted…Tips Untuk Penggambaran Video Temubual (OTEC)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge