Cara Berus Gigi Bayi Untuk Mengelak Rongak

Tips Penjagaan Gigi dan Gusi Bayi Yang Berumur 6 Bulan Hingga 2 Tahun

Semasa lawatan ke klinik kanak-kanak semasa umur Atiqah hampir setahun, doktor buat pemeriksaan gigi ke atasnya. Masa tu, doktor syorkan untuk mula berus gigi Tiqah tanpa menggunakan apa- apa ubat gigi. Alhamdulillah, giginya cantik dan sekarang umurnya tujuh tahun dan mula dah nak dapat gigi kekal. Sebaliknya pula dengan adiknya A’isy dan Raudhah. Ummi akui tak tekankan tentang memberus gigi ke atas mereka. Gigi mereka rongak dan ummi pon tak tahu macam mana keadaannya nanti bila mereka nak mula dapat gigi kekal. Memberus gigi bayi sebenarnya tidaklah susah caranya dan sepatutnya dimulakan dari awal sebelum gigi mula tumbuh lagi. Ummi dah mula praktik berus gigi Amjad memandangnya giginya dah ada 6 batang, khuatir jadi macam A’isy dan Raudhah nanti.

Cara Menjaga Gusi Bayi Sebelum Tumbuh Gigi

Sebelum gigi bayi mula tumbuh, ibu seeloknya sering membersihkan gusi bayi selepas bayi menyusu atau makan (jika bayi sudah mula makan). Caranya, guna kain napkin atau tuala yang bersih dan lap sahaja gusi bayi untuk mengelakkan bakteria melekat. Bakteria boleh menyebabkan sakit mulut dan membentuk plak apabila gigi mula tumbuh kelak. Lama kelamaan, gigi akan menjadi rongak apatah lagi jika bayi sering menyusu atau makan makanan manis.

Bersihkan gusi bayi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Bila gigi mula tumbuh, ibu boleh mula memberus gigi bayi. Gunakan berus lembut khas untuk bayi seperti di dalam gambar dan video yang ummi kongsikan di bawah.

berus gigi bayiberus gigi bayi

Jenis Berus Gigi Yang Sesuai Untuk Bayi

Berus gigi di atas sesuai digunakan untuk bayi yang baru mula tumbuh gigi. Dalam fasa ni, bayi akan mengalami “gatal gusi” kata orang. Jadi berus gigi ni dapat bantu bayi mengurangkan ketidakselesaan semasa gigi mula tumbuh dengan cara menggosok gusi mereka. Apabila gigi mula tumbuh, ummi suka gunakan berus gigi lembut seperti gambar di bawah. Berusnya dari silikon dan sangat lembut. Cara berus pon mudah sebab cuma sarung berus ni ke jari dan mula menggosok gigi bayi.

berus gigi bayi silikon

 

Cara Berus Gigi Bayi 6 Bulan Ke atas

Untuk peringkat awal, tak perlu gunakan sebarang ubat gigi untuk memberus gigi bayi. Hanya berus gigi bayi seperti biasa. Gunakan kreatitiviti kita sebab bayi mungkin akan menggigit atau mengelak semasa gigi mereka hendak diberus. hehe. Ummi juga nak share sedikit cara untuk menanam minat bayi menggosok gigi sejak mereka kecil. Ibu boleh beri bayi pegang berus gigi peringkat pertama (gambar 1). Biarkan mereka lihat ibu atau bapa di cermin semasa kita menggosok gigi. Bayi ni sifatnya sika meniru perbuatan org dewasa. Jadi apabila dia tengok kita memberus gigi, mereka pon berminat melakukan hal sama.

Untuk lebih memahami tentang cara memberus gigi bayi, ibu boleh cari di youtube. Video di bawah ni, merupakan salah satu darinya. Dalam video ni dia gunakan sedikit ubat gigi tapi ummi tak guna sebab doktor kanak-kanak kata tak perlu guna lagi sebelum anak umur dua tahun.

 

 

Comel kan? Hehe. Nampak cara macam mudah. Tapi, ikut jugalah bayi tu macam mana kan. Ummi pon gigih berus gigi amjad sekarang ni sebab takut jadi rongak macam abang dan kakaknya.

Ouh, jika ada ibu tanya di mana nak dapatkan berus gigi macam di atas, ummi beli online sahaja. “Gumbrush” jenama NUK boleh didapati di mana-mana kedai alatan bayi atau pasaraya besar seperti Sogo atau Aeon. Finger toothbrush tu pula ummi beli dari littlewhiz dengan harga RM9.90

Sama-sama kita mengelak gigi bayi rongak. ehehe. Moga bermanfaat.

Salam Sayang
 

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge