Cara Banyakkan Susu Badan Tanpa Supplemen

Betulkah ambil Shaklee merupakan cara banyakkan susu badan? Ada tak alternatif cara banyakkan susu badan tanpa supplemen? Soalan-soalan sebegini sememangnya lazim ditanya oleh ibu yang mencari cara bagi menambah susu badan mereka. Selain membantu dalam kesihatan umum, supplemen Shaklee juga terkenal sebagai supplemen yang membantu ibu-ibu menyusu menjayakan perjalanan menyusu. Namun, kadangkala persepsi tentang supplemen dan penyusuan telah disalaherti. Ada yang menyangka, ambil set menyusu Shaklee sekali sahaja, terus susu keluar mencurah-curah. Apabila sangkaan mereka tidak tepat, Shaklee disalahkan. Baik, ummi akan terangkan. Ini berdasarkan pengetahuan dan pengalaman ummi sendiri menyusukan 2 orang anak pertama tanpa supplemen dan anak-anak seterusnya, ummi ambil set menyusu Shaklee.

Anak pertama, Atiqah, ummi hanya susukan selama 6 bulan dan bukan secara eksklusif. Ini kerana kurang ilmu penyusuan, menyangka susu tidak cukup dan persepsi salah tentang penyusuan susu ibu bagi ibu-ibu yang bekerja. Ya, ummi amat kesal dengan kekhilafan ini. Anak kedua, Aisy, alhamdulillah, ummi berjaya susukan sepenuhnya dengan susu ibu selama setahun dua bulan. (Kenapa tak sampai dua tahun? ummi hamil anak ketiga dan lagi sekali, kekurangan ilmu buat ummi hentikan penyusuan susu ibu buat Aisy). Ummi tak ambil sebarang supplemen sebab belum kenal Shaklee namun susu banyak dan mencukupi untuk Aisy. Bagaimana cara banyakkan susu badan tanpa suplemen yang ummi amalkan sepanjang menyusukan Aisy?

Cara Banyakkan Susu Badan Tanpa Supplemen atau Vitamin

  1. Minum air kosong 2 hingga 3 liter sehari, wajib!
  2. Pam/ Susukan bayi setiap 2 jam. Jarak tak boleh lebih dari 3 jam ye
  3. Minum air kosong segelas sebelum pam dan segelas selepas pam
  4. Makan nasi yang cukup.
  5. Elakkan makanan jenis sejuk macam kobis.
  6. Makan makanan panas cam madu. Ummi juga minum susu kambing dan kurma.
  7. Buat power pumping bila susu berkurang.

No 1 dan no 2 merupakan tips yang paling penting untuk banyakkan susu badan, tak kiralah samada kita makan supplemen atau tidak. Dalam menghasilkan susu badan, air harus cukup. Mana datangnya air susu jika ibu sendiri tak minum air yang cukup? Allah juga jadikan kilang susu ni cukup unik. Penghasilan susu ibu adalah berdasarkan permintaan. Makin banyak permintaan, makin banyak pengeluaran. Sebab itulah kita harus pam dengan kerap supaya lebih banyak susu terhasil.

InsyaaAllah, jika tips di atas diamalkan, susu akan bertambah. Jika susu sudah banyak, kenapa pula perlunya ambil supplemen? Ini pengalaman ummi. Sungguhpun susu banyak, tapi ini masalah yang ummi hadapi bila tak ambil supplemen:

  • Badan menjadi letih dan lesu.
  • Mudah marah dan selalu tertekan akibat keletihan dan tak cukup rehat.
  • Susu kadangkala berkurang terutama bila PMS (hampir datang bulan).
  • Mengantuk dan sukar bangun pagi sebab tak cukup tidur.
  • Stress menyebabkan susu menjadi kurang lalu lebih kerap “power pumping” perlu dilakukan menyebabkan ummi tak cukup tidur.

Selepas bersalin anak ketiga, ummi berkenalan dengan Alfalfa lalu terus jatuh hati. Ummi mula perasan, keletihan dan kelesuan yang dialami semasa beranak dua dulu kini dah tiada walau ummi dah beranak tiga. Sebenarnya, dengan Raudhah anak ketiga, cabaran menyusu lebih besar kerana Raudhah tak mahu menyusu terus dengan ummi. Maka, jadilah ummi pengepam tegar setiap 2 jam, siang dan malam tanpa henti. Dah pam, susukan pula Raudhah dengan botol. Memang tak cukup tidur okay!

Bermula dengan alfalfa, ummi mula berkenalan dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain hingga akhirnya ummi terus amalkan set menyusu Shaklee yang lengkap. Alhamdulillah, ternyata, dengan bantuan supplemen, proses menyusukan anak menjadi lebih mudah. Ini antara keistimewan set menyusu Shaklee:

  • pekatkan susu.
  • bertenaga walaupon hectic berkerja.
  • emosi terkawal.
  • mudah bangun pagi walaupun kurang tidur.
  • ibu dan bayi senang melawas.
  • Elak tulang rapuh dan kehilangan gigi.
  • Bonus, kulit ibu cantik dan gebu.
  • Bonus, menganjalkan aset kewanitaan dan merapatkan keintiman.

Jadi, pilihan di tangan masing-masing. Tanpa supplemen sekalipun, susu masih boleh banyak namun risiko dan cabaran yang dihadapi juga lebih besar. Sebagai ibu, sudah tentu kita berusaha mahu beri yang terbaik buat anak tersayang namun risiko bagi ibu meyusu untuk mengalami tulang rapuh lebih tinggi dari wanita yang tidak pernah hamil atau menyusukan. Kesihatan ibu, tunggak kegembiraan keluarga.

Ingin dapatkan set menyusu Shaklee?

Anda boleh klik link di bawah untuk terus membeli secara online, terus dari lawan web Shaklee Malaysia (kad kredit atau debit diperlukan untuk pembelian secara online).cara banyakkan susu

 

Atau boleh hubungi ummi untuk dapatkan lebih maklumat dan meneruskan pembelian.

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: wasap.my/60182907924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju atau Kurier terpilih. 

 

 

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge