Cara Atasi Saluran Susu Tersumbat Dengan Segera Elak Terjadinya Mastitis

Bagi ibu menyusu, kadangkala kita akan mengalami masalah susu tersumbat. Baru-baru ni, terjadi kat ummi. Sakit masyaaAllah tak tahu nak cakap. Aisyah dah setahun tapi tetap terjadi bengkak susu. Nak tahu bagaimana cara atasi saluran susu tersumbat dengan segera? Kalau tak diatasi cepat, boleh terkena jangkita kuman dan membawa masalah serius seperti mastitis. Jemput baca perkongsian ummi ye.

Apa Itu Bengkak Susu.

Bengkak susu lazim terjadi terutama beberapa hari selepas ibu bersalin. Di antara hari kedua hingga seminggu selepas bersalin, payudara akan terasa membesar, berat dan sedikit keras kerana kerana kelenjar susu baru mula menghasilkan susu untuk bekalan bayi. Payudara akan mula terasa lebih selesa dan lembut, 2 atau 3 minggu selepas bersalin walaupun susu dihasilkan lebih banyak.

Kadangkala bengkak susu juga boleh terjadi jika saluran susu tersumbat (plugged duct).

saluran susu tersumbat

Antara simptom saluran susu tersumbat ialah wujud ketulan atau benjolan keras hanya di satu atau dua tempat di bahagian payudara, Kadangkala ibu akan terasa payudara sakit tetapi tiada benjolan ketara. walaupun selepas dipam atau selepas bayi menyusu, rasa sakit itu tidak hilang. Ianya boleh berlanjutan sehingga beberapa hari malah hingga lebih seminggu. Jika berlanjutan terlalu lama, saluran susu yang tersumbat boleh terkena jangkitan kuman hingga mengakibatkan terjadinya keaadaan yang lebih teruk iaitu mastitis. Pada tahap ini, ibu akan mengalami demam dan di samping kesakitan di kawasan payudara yang terjejas tadi.

Rawatan Mastitis

Jika terkena mastitis, ibu harus segera berjumpa doktor. Doktor biasanya akan memberikan pil penahan sakit dan ubat anti radang seperti profen. Jika mastitis sudah berlanjutan lebih seminggu, doktor mungkin memberikan antibiotik. Ibu harus menghabiskan antibiotik tersebut supaya kuman yang menyebabkan Mastitis benar-benar dihapuskan.

Cara Atasi Saluran Susu Tersumbat Sebelum Melarat.

Mastitis boleh dielakkan jika bengkak saluran susu tersumbat diatasi dengan segera. Ada beberapa cara atasi saluran susu tersumbat sebelum ianya merebak hingga terjadinya mastitis.

Pakai bra yang selesa dan tidak ketat

Pemakaian bra yang ketat mungkin menghalang aliran susu dengan sempurna. kadangkala, saluran susu mungkin terhimpit menyebabkannya tersumbat. Elakkan bra yang berdawai dan seeloknya pakai bra menyusu yang khas untuk waktu tidur.

Minum lebih air kosong

Berdasarkan web Kellymom, ibu harus minum lebih air kosong jika mengalami saluran susu tersumbat. Air membantu aliran darah lebih sempurna dan merupakan salah satu cara atasi susu tersumbat.

Kerapkan menyusu bayi/ pam

Penyusuan semasa bengkak susu boleh jadi menyakitkan apatah lagi, payudara masih terasa bengkak selepas bayi menyusu. Jika bayi tidak mahu menyusu, ibu bleh pam. Seeloknya tetapkan jarak 2 jam sekali untuk payudara dikosongkan samada secara pam atau penyusuan.

Kobis

Kobis boleh melegakan bengkak susu namun AWAS, kobis juga boleh mengeringkan susu. Ibu boleh menekapkan sehelai kobis yang telah disejukkan dalam peti ke bahagian payudara sehingga hilang sejuknya. Kemudian diganti dengan kobis baru. Sekali lagi, diingatkan supaya ibu berwaspada dengan kaedah ini dan tidak melakukan dengan kerap. Nanti bermasalah pula jika susu menjadi kering.

Rawatan sejuk, panas dan urutan.

Ummi pernah dihubungi seorang ibu dalam pantang yang mengalami bengkak susu yang teruk. Beliau bersalin secara pembedahan, bayi berada di hospital dan jarang pam. Saluran susu tersumbat dengan teruk hingga jadi keras seperti batu. Beliau menghubungi ummi untuk dapatkan Lecithin bagi mengatasi bengkak susu tapi memandangkan keadaan beliau agak teruk, beliau terus ke hospital selepas berjumpa ummi. Di hospital, nurse membantu dengan menuam payudara dengan ais terlebih dahulu diikuti dengan air panas. Di samping itu, urutan perlahan dilakukan. Di dalam web Kellymom ada diberikan cara rawatan ini secara ringkas. Ibu boleh baca mengenainya di sini ye.

cara atasi saluran susu tersumbat melalui urutan

 

Ambil Lecithin.

Benar, ini cara ummi dan kebanyakan ibu menyusu yang mengamalkan Shaklee. Lechitin Shaklee merupakan salah satu cara atasi saluran susu tersumbat dengan segera.

atasi saluran susu tersumbat dengan shaklee

 

lecithin shaklee untuk bengkak susu

 

Ummi sendiri, jika terkena bengkak susu akan cepat-cepat ambil Lecithin. Lecithin ni bukan sahaja popular di kalangan mereka yang nak kurus tetapi ibu menyusu yang nak turunkan berat badan dan atasi saluran susu tersumbat.

Pakar laktasi Kelly Bonyata (IBCLC) dalam artikelnya mencadangkan Lecithin sebagai rawatan recurrent plugged ducts. Dos yang dicadangkan ialah:

  • 3,600 – 4,800mg Lecithin sehari.
  • Selepas 1 – 2 minggu tanpa sebarang blockage, kurangkan dos 1,200mg Lecithin.
  • Jika dalam 2 minggu kemudiannya tiada blockage juga, ibu boleh kurangkan lagi 1,200mg.

Penting: Ibu mungkin perlu teruskan makan 1,200 – 2,400mg kapsul Lecithin sehari selama yang mungkin, jika sekiranya dengan menghentikan pengambilan Lecithin akan menyebabkan pembentukan duktus tersumbat lagi.

 

Ingin dapatkan Lecithin?

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju.

Sumber:

  1. http://ummitiqah.blogspot.my/2014/04/bengkak-susu.html
  2. http://kellymom.com/bf/concerns/mother/mastitis/
  3. https://www.babycenter.com.my/a1043360/payudara-bengkak
  4. http://genkimomma.my/bagaimana-lecithin-mengatasi-bengkak-susu-kerana-blocked-duct/

 

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge