5 Cara Atasi Rambut Gugur Selepas Bersalin Dengan Berkesan Dan Selamat

 

cara atasi rambut gugur selepas bersalin

Rambut gugur dengan teruk selepas bersalin? Cuma anda yang pernah bersalin je paham betapa “horrible” nya tengok sikat. Haha. ummi pon memang fobia nak sikat rambut lepas bersalin anak sulung dulu. Sampai satu tahap, mak ummi tegur sebab nampak kulit kepala. Punyala dasyat penangan hormon selepas bersalin sampai hampir botak dibuatnya.

Faktor Rambut Gugur

Perubahan hormon merupakan penyumbang terbesar masalah keguguran rambut selepas bersalin. Semasa hamil, tubuh mempunyai hormon estrogen yang tinggi. Hormon ini membuatkan rambut menjadi lebih sihat dan cantik. Penurunan hormon ini secara mendadak selepas bersalin membuatkan rambut menjadi rapuh, akar rambut longgar dan mudah gugur. Bagi mereka yang bukan dikalangan ibu selepas bersalin, rambut gugur disebabkan beberapa faktor lain seperti:

  1. Pengambilan makanan berproses sebagai diet harian: Rambut juga seperti rumput hijau di padang, perlukan bekalan nutrient dan air yang cukup agar ia tumbuh subur. Pengambilan diet dengan makanan berproses menyebabkan badan kita sukar untuk menerima nutrient yang cukup untuk berfungsi. Otak akan menghantar gelombang untuk mengambil nutrient dari rambut kerana rambut secara amnya tidak mempunyai fungsi penting dalam meneruskan aktiviti harian. Kerana kekurangan nutrien seperti zinc, zat besi, protien dan lain-lain menyebabkan rambut kusam dan akhirnya gugur.
  2. Stress: Stress memerlukan banyak B-complex, maka dengan kurangnya B-complex dalam tubuh makan zat ini akan di serap seperti di atas dari rambut. Stress juga menyebabkan sekatan pada salur darah yang menyukarkan penyaluran nutrient kepada rambut.
  3. Bahan kimia dalam produk rambut: Kebanyakan syampu di pasaran terhasil dari bahan kimia merbahaya yang merosakkan rambut. Macam2 iklan yang kononnya nak luruskan lambut, lebatkan rambut, atasi rambut gugur dan produk ini dijual dengan harga yang murah. Hakikatnya, produk2 ini mengandungi bahan kimia yang akan membuatkan rambut kita semakin rosak.

5 Cara Atasi Rambut Gugur Secara Semulajadi

  1. Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik dan gunakan perapi dari sumber yang sama (di Shaklee ada Set Pro Sante).
  2. Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.
  3. Mengambil supplement yang mengandungi multivitamin dan mineral, zinc dan protein yg bagus utk kesihatan rambut.
  4. Minum air secukupnya.
  5. Tidur dan rehat yg cukup dan jauhi stress

Cara Atasi Rambut Gugur Melalui Pemakanan

Pemakanan juga memainkan peranan dalam menghasilkan rambut sihat dan mengelakannya dari gugur. Antara makanan yang elok untuk rambut ialah:

Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

 

Petua Semulajadi Cara Atasi Rambut Gugur.

Terdapat juga petua dari generasi lama tentang cara atasi rambut gugur. Antaranya:

petua atasi rambut gugur

Santan menguatkan akar rambut dan melebatkan rambut

Petua 1: Perahan santan pertama sahaja.

Basahkan rambut, gunakan perahan santan ratakan di seluruh kulit kepala. Balut kepala dengan tuala selama 30 minit dan bilas dengan air bersih, jangan disyampu. Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu.

Petua 2: Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua 3: Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda akan kekal kuat dan hitam semulajadi.

Petua 4: Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.

 

Ada beberapa lagi petua ummi jumpa tetapi ummi cuma kongsikan petua yang nampak mudah dan tak terlalu rumit.

Jika ibu-ibu rajin, bolehlah cuba petua cara atasi rambut gugur di atas dan tengok hasilnya. Jangan stress-stress ye. Jika masalah terlalu kronik, silalah berjumpa doktor.

 

Salam Sayang
 

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

 

 

 

Rujukan:

http://pama.karangkraf.com/famili/rambut-saya-banyak-gugur-1.26749

http://pokok2u.blogspot.com/2013/12/punca-rambut-gugur-dan-cara-merawatnya.html/

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge