Buang Batu Dalam Hempedu Semasa Mengandung

Ummi dihubungi seorang kawan lama. Beliau ada masalah batu dalam hempedu dan dijadualkan untuk pembedahan lagi dua bulan. Tapi, kawan ummi ni hamil pula. Sudah tentu sebarang rawatan ekstrem tidak digalakkan semasa mengandung. Ubat-ubat pon tidak digalakkan. Jadi, bagaimana nak buang batu dalam hempedu semasa mengandung? Ummi akan kongsikan petua dan supplemen yang sesuai untuk masalah ini. Supplemen? Kata tak boleh makan ubat masa mengandung? Yes dear. Supplemen dan ubat tak sama ye. Nak tahu beza ubat dan supplemen, sila klik di sini. Shaklee ni supplemen, bukannya ubat jadi ianya boleh diambil malah digalakkan untuk ibu mengandung.

Dr Hamid Arshad, dalam facebook beliau ada memberi petua untuk kita buang batu dalam hempedu secara semulajadi tanpa perlu dibedah. Ianya merupakan rawatan selama 6 hari berturut-turut. Caranya seperti berikut (ummi dah olah sedikit ayat beliau tanpa mengubah maksud asal): Post asal boleh klik di sini

  1. Untuk hari pertama hingga kelima berturut- turut , minum 4 gelas jus epal setiap hari (seeloknya epal yang dikisar sendiri)
  2. Jangan makan malam pada hari ke enam.
  3. Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom(magnesium sulphate) , beli dari farmasi.
  4. Pukul 8 malam ulang makan garam epsom
  5. Pukul 10 malam . Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil atau sesame oil dan setengah cawan jus lemon yg segar (perah 3 biji lemon. Campur olive oil dengan jus lemon dan minum.
    Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu2 karang keluar.

Kalau tengok di ruang komen, ramai juga yang dah cuba cara ni dan berkesan kepada mereka. Namun, ummi tak pasti jika ianya selamat untuk ibu hamil kerana garam epsom tu berfungsi seperti julap.

Berikut merupakan pengalaman Puan Zeti Hafiza, yang mengesan terdapat batu dalam hempedu ketika baru hamil anak ketiga.

Asalnya saya menyangka masalah gastrik datang kembali setelah sekian lama tidak mendapat serangan. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Pedih yang amat di bahagian ulu hati, abdomen depan dan belakang sehingga hanya mampu merengkot di atas katil menahan sakit.

Apa sahaja makanan yang masuk akan dimuntahkan. Badan jadi lemah tak bertenaga. Saya yang merupakan seorang penjawat awam terpaksa mengambil cuti rehat.

.Ketika itu juga saya baru disahkan mengandung anak ke-3. Doktor mengandaikan perubahan hormon yang menyebabkan gastrik menyerang. Saya diberikan ubat cecair berwarna putih untuk masalah gastrik dan angin. Paracetamol juga dibekalkan sebagai penahan sakit. Doktor juga berikan saya cuti sakit selama beberapa hari.

Setelah habis ubat, sakit masih belum reda. Saya dibekalkan lagi doktor ubat yang hampir sama serta disambung cuti sakit beberapa hari. Keadaan berulang sehingga habis 3 botol ubat cecair putih tersebut.

Suatu hari, kebetulan saya ada temujanji di Klinik Ibu dan Anak untuk pemeriksaan rutin ibu hamil. Jururawat yang bertugas menegur tentang mata saya yang kelihatan kuning. Sebenarnya saya ada perasan perubahan tersebut, tetapi tidak mengambil serius kerana kurang pengetahuan.

Setelah itu, saya dirujuk kepada pakar perubatan. Rupanya beberapa simptom yang telah saya alami sebelum ini adalah petanda masalah hati. Simptom tersebut termasuklah gatal-gatal di seluruh badan, najis pucat dan air kencing berwarna gelap. Pemeriksaan ultrasound mengesahkan saya ada batu dalam hempedu sebesar hampir 1cm.

Doktor cuma nasihatkan saya mengawal pemakanan dan ambil paracetamol sekiranya sakit menyerang. Rawatan lanjut samada pembedahan atau laser tak digalakkan pada awal kehamilan. Sebaiknya tunggu selepas bersalin.

Saya memutuskan untuk ikhtiar cara lain sementara menunggu temujanji seterusnya. Sebenarnya saya tak tahan menanggung sakit yang berulang-ulang. Tak mungkin saya boleh bertahan dengan ubat tahan sakit semata-mata. Lagipun memang saya tak biasa amalkan Paracetamol sebelum ini.

Setelah buat pembacaan, kajian dan merujuk pada mereka yang lebih arif, saya mula mengambil makanan tambahan Shaklee iaitu Lecithin, Omega Guard, Vita-C, OsteMatrix, Alfalfa, DTX Complex dan Vivix (selepas bersalin). Saya juga amalkan diet dan petua alternatif menggunakan pemakanan yang sesuai.

Alhamdulillah.. hanya beberapa hari selepas mulakan suplemen, simptom Jaundice mulai hilang diikuti dengan reda gatal-gatal, najis dan air kencing kembali normal. Sejak itu saya tak lagi diserang sakit abdomen seperti sebelumnya. Walau bagaimanapun saya teruskan semua suplemen sehingga selamat bersalin.

Selepas pantang, saya dirujuk semula kepada doktor. Syukur sangat bila didapati batu hempedu telah mengecut sebanyak 2mm. Doktor setuju untuk saya meneruskan usaha alternatif tanpa rawatan lanjut.

Kira-kira setahun kemudian, saya kembali hamil. Sekali lagi kerisauan mengenai serangan batu hempedu menghantui saya. Apabila buat pemeriksaan ultrasound, saya amat terkejut bila doktor memaklumkan bahawa hempedu saya sangat bersih dan tiada batu. Hanya ada sedikit saja ‘sludge’ yang normal.

Alhamdulillah… Saya sangat gembira kerana dapat kembali sihat tanpa ubat dan pembedahan. Sekarang saya tidak teragak-agak untuk terus amalkan Shaklee sebagai langkah pencegahan dari masalah ini berulang kembali.

Cukuplah sekali saya melalui pengalaman menyakitkan itu. Semoga perkongsian saya ini dapat membantu mereka yang mempunyai masalah batu dalam hempedu seperti saya.

Terima Kasih.

buang batu dalam hempedu tanpa pembedahan

Supplemen yang dicadangkan untuk masalah batu dalam hempedu tediri daripada:

DTX Complex : bertindak sebagai tonik hati untuk mengeluarkan kotoran yang berada di dalam 3 organ ini (hati, pankreas dan hempedu) dan seterusnya memastikan hati berfungsi dengan lebih baik.

Lecithin dan Omega Guard: bertindak sebagai pengemulsi lemak sekaligus membantu pemecahan batu karang ini kepada hablur yang lebih kecil dan seterusnya melarutkan ia melalui aliran darah

Sustained Release Vita-C : meningkatkan imun badan supaya pemulihan lebih cepat dan sekaligus mengelakkan penyakit yang sama berulang. Ia juga memastikan aliran darah yang lebih lancar dan bersih dalam tubuh badan.

Ostematrix :mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang

Alfafa Complex: mengurangkan inflamasi & infeksi

Dan jika anda perhatikan gambar di atas, Puan Zeti juga ada mengamalkan Vivix; antioksidan yang sangat strong bagi mempercepatkan proses pemulihan.

Wah, macam banyak sangat je kena ambil? Sebenarnya, Ostematrix, Vitamin C dan Omega memang merupakan vitamin yang terkandung dalam set hamil Shaklee. Jadi, ibu hanya tambah beberapa jenis vitamin untuk membantu dalam masalah batu dalam hempedu. Lagipun, bukanlah diambil kesemua vitamin sekaligus. Ada aturan makanan yang akan diberikan nanti. InsyaaAllah, ibu dan bayi semakin sihat dan dengan izin Allah moga ianya juga membantu ibu menyelesaikan masalah batu karang ini.

Dapatkan konsultasi eksklusif jika anda membeli sebarang supplemen Shaklee dengan ummi.

Salam Sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge