Bolehkah Ibu Hamil Berpuasa Tanpa Sebarang Masalah

Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa ditunggu-tungu muslimin dan muslimat seluruh dunia kerana istimewanya bulan ini. Semasa berpuasa, kita dilarang makan, minum dan melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari yakni dari masuk subuh hingga masuk maghrib. Ada persoalan bolehkan ibu hamil berpuasa tanpa masalah atau memudharatkan bayi? Ini kerana ibu hamil yang berpuasa dikhuatiri menyebabkan bayi dan ibu mengalami dehidrasi dan kekurangan nutrien.

Selamatkah Untuk Ibu Hamil Berpuasa

2 daripada 4 kehamilan ummi melalui bulan puasa. Semasa hamil anak sulung, ummi tak mampu menahan lapar apatah lagi dengan godaan rakan “sepasukan” yang juga hamil dan mengalami alahan teruk. Namun, semasa hamil anak ketiga, ummi mampu berpuasa penuh kecuali terpaksa tinggal juga sebab diarah minum air gula oleh klinik (prosedur mengesan diabetes). Anak-anak yang dilahirkan? Alhamdulillah sihat tanpa sebarang komplikasi.

Persoalan tentang selamatkah ibu hamil berpuasa bergantung kepada beberapa faktor seperti:

  1. Tahap kesihatan ibu
  2. Usia kandungan
  3. Cuaca dan musim tempat ibu tinggal

Tahap Kesihatan Ibu

Ada ibu hamil yang tidak dibenarkan berpuasa setelah menjalani pemeriksaan doktor disebabkan penyakit seperti berikut:

  • Diabetes Mellitus
  • Sakit buah pinggang
  • Penyakit hati (liver)
  • Asthma yang kronik
  • Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
  • Kehamilan kembar
  • Ada risiko kelahiran kurang matang

Untuk memastikan penyakit- penyakit ini, ibu hamil patut mendapatkan konsultasi dari doktor bertauliah. Kebanyakan ulama Islam menyatakan bahawa wanita hamil patut berpuasa jika kesihatan mereka mengizinkan. Namun, ibu hamil juga boleh tidak berpuasa sekiranya bakal ibu rasa tidak sihat dan khuatir akan memudharatkan bayi.

Berikut panduan yang ummi kongsi dari blog Dr Zubaidi. Sebagai panduan asas, ibu hamil boleh berbuka puasa jika:

  1. Pening, lemah dan pitam walaupun dah berehat lebih 30 jam
  2. Loya dan muntah berpanjangan hingga tiada cara mengatasi selain mengambil ubat penahan muntah
  3. Sangat haus, air kencing menjadi keruh dan sangat hancing. Ini petanda dehidrasi. Ibu hamil harus berbuka puasa dan meminum air secukupnya atau ditahan di wad untuk dimasukkan air ke saluran darah. Dehidrasi amat merbahaya kepada ibu dan bayi.
  4. Jika bayi yang berusia lebih dari 20 minggu dan tidak bergerak lebih dari 10 pergerakan sehari. Bayi biasanya lebih aktif selepas ibu makan kerana nutrien yang disalurkan Kurangnya pergerakan bermakna bayi tidak mendapat nutrien yang mencukupi.
  5. Rasa sakit perut memulas- mulas seperti ingin bersalin. Ianya mungkin petanda kelahiran pramatang. Ibu harus makan dan minum supaya nutrien dapat disalurkan kepada bayi bagi mengelak kelahiran pramatang.
  6. Ibu hamil yang mengalami kurang berat badan dan berat badan tidak bertambah semasa hamil. Ini menunjukkan simpanan nutrien tidak bertambah dan mungkin tidak mencukupi untuk proses kelahiran nanti.
  7. Ibu hamil yang sakit atau demam dan harus memakan ubat.

Usia Kandungan

 

  • Puasa semasa hamil mungkin boleh menyebabkan menpunyai berat lahir yang rendah, terutama jika puasa itu berlaku pada trimester pertama. Walau bagaimanapun, ada juga kajian lain yang menunjukkan perbezaan dalam berat badan itu adalah sangat kecil.
  • Bayi-bayi ibu yang puasa semasa hamil atau pada masa konsepsi mungkin membesar untuk menjadi sedikit lebih rendah atau lebih kurus. Sekali lagi, perbezaaan ini adalah sangat kecil.

Cuaca dan Musim Tempat Ibu Hamil Tinggal

Tempoh berpuasa di Malaysia antara 12 hinggan 13 jam. Di negara luar, tempohnya ada yang lebih lama dan lebih pendek. Jika terlalu lama, ibu hamil mungkin tidak dapat berpuasa kerana nutrien yang tidak mencukupi.

Perbezaan cuaca samada terlalu panas atau terlalu sejuk juga memainkan peranan. Banyak tenaga diperlukan untuk megekalkan haba jika di musim sejuk dan jika musim panas pula, dehidrasi boleh berlaku. Dehidrasi amat merbahaya kepada ibu dan bayi.

Tips Memudahkan Ibu Hamil Berpuasa

  1. Elak cuaca panas untuk halang dehidrasi
  2. Rancang jadual harian supaya dapat rehat secukupnya
  3. Elak berjalan jauh dan mengangkat barang-barang berat
  4. Sentiasa bertenang dan elakkan stress
  5. Elak kerja- kerja rumah yang berat

Tips Pemakanan Semasa Sahur dan Berbuka Ibu Hamil Yang Berpuasa

  1. Minum air yang banyak antara waktu sahur dan berbuka
  2. Makan makanan pemberi tenaga seperti kurma dan kekacang secara beransur-ansur ketika berbuka dan bersahur
  3. Elak makanan bergula yang boleh memberi tenaga segera tetapi tenaga ini juga cepat hilang
  4. Makan makanan tinggi protein untuk tenaga tahan lebih lama.

 

ibu hamil berpuasa

 

Jika ibu mencari supplemen yang boleh memberi tenaga semasa hamil dan berpuasa, gabungan ESP, Performance Drink dan Mealshake yang diberi nama Mighty 3 Gems ni amat membantu. Inilah minuman yang ummi ambil semasa sahur. Tahun ni, ummi berpuasa dan menyusukan Amjad pula. Alhamdulillah, takde la lapar dan dahaga melampau kan.

Performanca Drink berfungsi mengekalkan bendalir dalam tubuh bagi mengelak dehidrasi. ESP pula merupakan protein yang mempunyai indeks glisemik rendah di mana ianya memberi tenaga berpanjangan sepanjang bulan puasa ni. Manakala Mealshake merupakan multivitamin dalam bentuk serbuk yang membekalkan nutrien diperlukan ibu hamil.

Ibu hamil berpuasa dengan Shaklee

tenaga berpuasa

Ramai yang takut ibu hamil yang berpuasa boleh menjejaskan bayi. Jom tonton video ni sampai habis.

 

 

Moga ibu-ibu mendapat barakah dan dapat melaui ibadah puasa dengan sempurna.

Salam Sayang
 

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

 

You may also like...

2 Responses

  1. rahimah says:

    Dulu anak ke 2 lepas 7 hari je puasa. Tapi sampai berpeluh mengigil. Memang saya tak boleh tahan .

    • ummitiqah says:

      ikut ketahanan kita juga kan. Ada yang mampu, ada yang tak. fatwa pon kata kita dibolehkan berbuka tanpa perlu ganti, cuma baar fidyah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge