Beza HFMD dan Demam Campak

Penyakit tangan kaki dan mulut atau ringkasnya HFMD (hand, foot and mouth desease)  menyerang kembali. Ada ibu yang bertanya samada bintik-bintik yang muncul di tubuh anaknya adalah petanda HFMD atau demam campak. Ini kerana simptom kedua-duanya hampir sama. Namun, memang terdapat beza HFMD dan demam campak. Kedua-duanya disebabkan oleh virus yang berbeza dan simptom jangkitan juga berbeza. Ummi akan huraikan beza HFMD dan demam campak supaya ibu bapa boleh mengambil langkah wajar jika anak dijangkiti.

Beza HFMD dan Demam Campak

Antara beza antara HFMD dan demam campak yang paling ketara adalah dari segi kawasan jangkitan, tanda-tanda dan gejala serta tempoh penyembuhan.

Tanda-Tanda HFMD

  1. Demam selama 2-3 hari.
  2. Sakit tekak, hidung berair.
  3. Ruam seperti bintik-bintik merah dan sesetengahnya lepuh (rashes) di tapak tangan dan kaki.
  4. Ulser mulut.
  5. Tiada selera makan.
  6. Muntah-muntah dan cirit-birit (Dhiarrea).

Tanda penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Pesakit HFMD dan demam campak biasanya demam dan dinaiki bintik-bintik di bahagian tubuh pada masa yang sama. Namun, bagi pesakit HFMD, kawasan dijangkit adalah di sekitar tangan (dari bahu ke bawah), kaki (dari peha ke bawah) dan mulut (di luar dan dalam mulut). Bagi demam campak pula, bintik yang timbul adalah menyeluruh dan boleh timbul di seluruh bahagian badan termasuk muka dan kepala. Keadaan menjadi bahaya jika terdapat jangkitan di dalam mulut kerana anak tidak dapat makan dan minum akibat pedih. Anak boleh mengalami dehidrasi dan ini merbahaya.

Kedua-dua penyakit ini menyebabkan kerengsaan di bahagian tekak dan pernafasan selain sakit perut.

beza HFMD dan demam campak

Cara Jangkitan

Cara jangkitan kedua-dua penyakit ini hampir sama kerana ianya disebabkan oleh virus (sungguhpun virus penyebab adalah virus berbeza). Penyakit ini berjangkit melalui sentuhan ke atas cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.

Rawatan

HFMD dan demam campak biasanya akan sembuh sendiri tanpa perlu sebarang ubat atau antibiotik. Rawatan hanya sekadar mengurangkan kerengsaan dan rasa gatal akibat lepuh atau bintik yang timbul. Klinik biasanya membekalkan calamine lotion untuk disapu dan ubatan antihistamin bagi mengurangkan gatal-gatal. Ummi pernah kongsikan sebelum ini bagaimana ikhtiar seorang ibu saudara apabila anak buahnya dijangkiti HFMD. Anak ummi juga pernah dijangkiti HFMD satu masa dulu. Apa yang perlu dilakukan hanya elak anak berpeluh supaya tidak gatal, mandikan lebih kerap, sapu herbal blend untuk mengurangkan kerengsaan dan ummi sendiri ambil Omega Guard sebagai antihistamin kerana anak masih menyusu badan. Alhamdulillah, cepat sembuh sakitnya dan anak pun kurang merengek. HFMD biasanya lebih cepat sembuh berbanding campak. Antibiotik tidak diperlukan bagi jangkitan yang diakibatkan virus. Namun, jika keadaan teruk, anak harus dimasukkan ke hospital. Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke hospital?

  • Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
  • Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
  • Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
  • Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
  • Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

(sumber: blog dr azwan)

 

Cara Mencegah

Kebersihan diri dan persekitaran merupakan langkah pencegahan paling utama. HFMD amat mudah berjangkit. Jadi, antara langkah yang boleh dilakukan seperti:

  • Cuci tangan dengan sabun sekerapnya. Jika anda menjaga penghidap HFMD, segera cuci tangan dengan sabun setiap kali menukar lampin mereka.
  • Cuci bahan mainan, lantai dengan pencuci antiseptik. Pakaian pesakit juga harus dicuci berasingan.
  • Elak kunjungan ke tempat awam seperti taman permainan, kolam mandi atau pusat membeli belah kerana anak boleh menyentuh kuman pesakit lain tanpa diketahui. Shopping cart atau troli di pasaraya dikenalpasti sebagai medium paling tercemar dengan pelbagai jenis kuman. 
  • Elak hantar anak ke nursery atau sekolah jika mereka sudah dijangkiti bagi mengelak penyebaran penyakit.

Cara cegah hfmd

Kesimpulannya, tidak banyak beza HFMD dan demam campak. Cara pencegahan dan rawatan juga hampir sama. Beza HFMD dan demam campak paling ketara adalah kawasan tubuh yang dijangkiti. Ibu bapa harus peka jika ulser di dalam mulut anak terlalu banyak sehingga anak tidak dapat makan atau minum. Dehidrasi boleh membawa maut bagi kanak-kanak dan bayi. Anak yang dijangkiti HFMD atau demam campak biasanya moody, cranky dan clingy atau merap kata orang melayu. Letakkan losyen bagi mengurangkan kerengsaan, mandi lebih kerap dan awasi suhu badan anak. Jika demam terlalu tinggi dan berlarutan, segeralah dibawa berjumpa doktor.

Jika anak anda dijangkiti HFMD, jangan panik. Bertenang kerana selalunya jangkitan HFMD tidak merbahaya dan akan pulih sendiri. Kebanyakan anak yang dijangkiti HFMD masih aktif walau agak cranky, jadi ibu bapa tidak perlu risau.

Salam sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: wasap.my/60182907924 
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee. 

COD sekitar Gombak, Selayang, Setapak, Taman Melati, Wangsa Maju

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge