Bahaya Ubat Batuk Kepada Bayi dan Kanak- kanak Bawah Umur 2 Tahun

Bahaya ubat batuk kepada bayi
 
Anak sulung ummi, Tiqah kini darjah satu. Teringat masa dia masih bayi, sering selsema, demam dan batuk malah pernah ditahan di hospital akibat pneumonia. Semasa dia kecil, ummi sering mengunjungi doktor pakar kanak-kanak (pediatrician) dan Tiqah sering diberi ubat batuk dan selsema, malah antibiotik seawal lima bulan. Ummi tidak menyusukan Tiqah secara eksklusif akibat kurang ilmu dan pendedahan tentang susu ibu.
 
Namun, satu hari ummi belek-belek ubat Tiqah yang waktu tu berumur 8 bulan. Arahan penggunaan adalah untuk kanak-kanak 2 tahun dan ke atas. Eh, Tiqah baru 8 bulan, kenapa doktor bagi ubat batuk ni pula? Ummi tanyakan kepada abah Tiqah dan jawapannya membuatkan ummi terkesima. “Mana ada ubat untuk anak di bawah umur 2 tahun, yang diberi tu atas arahan doktor aje”.
 
Benar, bayi dan anak-anak kecil sedang membina sistem pertahanan tubuh mereka sendiri. Mereka sering demam kerana tubuh sedang “belajar” untuk mempertahan diri dari segala kuman yang menyerang. Ubat ialah drugs yang sungguhpun terkawal, tetapi boleh membawa kesan buruk kepada bayi dan kanak- kanak apatah lagi jika pengambilannya tanpa arahan atau kawalan doktor.
 
Berikut merupakan petikan yang ummi olah dari Majalah RAPI, keluaran Ogos 2012
“Kanak-kanak lebih peka terhadap kesan ubat-ubatan berbanding orang dewasa disebabkan fungsi organ yang masih berkembang dan belum matang sepenuhnya. Meskipun ada ubat-ubatan tertentu amat berkesan mengubati sesuatu jenis penyakit pada orang dewasa. 

Berdasarakan laporan yang telah diterima, antara kesan buruk yang berlaku akibat pengambilan ubat batuk dan selsema adalah sawan, peningkatan kadar denyutan jantung menurunkan paras kesedaran dan kematian mengejut.


Penggunaan ubat Batuk (cough and cold) untuk kanak-kanak bawah umur 2 tahun: adalah tidak digalakan kerana berisiko mendapat kesan buruk yang serius hingga boleh menyebabkan kematian.”
 
 
Ummi paparkan juga screenshot dari blog Dr Zubaidi mengenai bahaya ubat batuk  kepada bayi dan kanak-kanak. Sila klik imej untuk besarkan ye.
 
bahaya ubat batuk kepada bayi

Sila klik gambar untuk membesarkan petikan

 

“Saya selalu menganggap bahawa selsema dan batuk adalah bukan penyakit tetapi salah satu daripada mekanisma pertahanan diri (imuniti tubuh) untuk mencegah jangkitan kuman. Apabila bendasing telah memasuki rongga hidung dan tekak, kita selalunya ada reflek untuk cuba mengeluarkan bendasing itu dengan tindakan reflek batuk dan bersin. Maka jika ianya bukannya penyakit, maka tidak perlulah diberikan ubat.
 
Malah saya selalu merasionalkan tindakan ini dengan memberitahu bahawa badan kita haruslah diberikan peluang untuk cuba menghalang jangkitan itu dengan pembetukan antibodi dalam tubuh.
 
Misalan yang selalu saya berikan ialah seperti ini. Katakan ada tentera Israel datang menyerang malaysia. Memberikan antibiotik tanpa memberikan peluang kepada tubuh kita untuk membentuk antibodi ibarat mengundang tentera bantuan dari negara luar membantu kita membunuh tentera- tentera Israel itu sedangkan askar kita duduk senang lenang. Tanpa “latitan” sebegini, bayangkan jika bantuan dari tentera luar tidak datang, bolehkan askar-askar kita mempertahankan diri?
 
Begitu juga dengan sistem pertahanan badan. Berilah peluang untuk badan menjalani “latihan” dengan membentuk antibodi. Jika “tentera” anak kita (atau sistem imuniti badan) lemah barulah kita bantu mereka dengan tentera dari luar (antibiotik)
 
Dimanakah kewajaran memberikan ubat?
 
Ubat-ubat selsema dan batuk selalunya mengandungi antihistamine (seperti actifed) selalu diberikan kepada kanak-kanak yang batuk dan selsema. Namun harus berhati-hati bahaya ubat seperti itu terutama untuk kanak-kanak yang berumur kurang dari dua tahun.
 
Ubat yang mengandungi antihistamine selalu diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami simptom alergik (alahan) seperti kegatalan pada kulit, mata berair, bersin dan ruam pada kulit…
 
… FDA telah mengeluarkan kenyataan secara rasmi bahawa semua ubat-ubatan seperti itu tidak harus diberikan kepada kanak-kanak berumur dua tahun dan ke bawah. US FDA memberitahu bahawa ubat-ubatan ini hanya merawat simptom tetapi tidak merawat penyakit sebenar. Ianya tidak berkesan kepada kanak-kanak yang berumur 2 hingga 11 tahun.
 
Mengapa ianya tidak harus diberikan kepada kenak-kanak? Isu iu telah menjadi perdebatan di kalangan para doktor untuk mengimbangan kebaikan dan kburukannya. Ini berikutan kterdapat kes kemaitian bayi di UK akibat ubat-ubatan ini secara tidak langsung. “
 
Tahukah anda, sebenarnya, tiada satu pon ubat yang sesuai untuk kanak2 dan bayi di bawah umur 2 tahun. Pemberian Paracetemol atau ubat demam pon adalah yang paling minimal untuk menurunkan panas badan kerana demam yang terlalu tinggi adalah merbahaya dan boleh membaya kecacatan atau maut kepada bayi. Anak2 di usia ini sedang membentuk sistem pertahanan badannya sendiri dan adalah normal untuk mereka jatuh sakit seperti selsema, batuk dan demam. Apa yang perlu kita lakukan sebagai ibu bapa ialah megawasi keadaan mereka dan hanya memberikan ubat apabila benar2 perlu. Jika anak2 demam atau batuk, boleh cuba dahulu sejukkan kepala dan tubuh mereka sekerap mungkin dengan tuala basah. Anda juga boleh ikut petua tentang cara menangani bayi yang demam dan selsema atau batuk.
 

Mungkin kejahilan ummi yang menyebabkan anak sulung ummi sering sakit sewaktu kecilnya. Sudahlah tidak diberi susu ibu, kecil-kecil lagi sudah diberi ubat dan antibiotik. Sejujurnya, ummi amat kesal dan sebab itu ummi harap ibu-ibu lain tidak melakukan kesilapan yang sama seperti ummi. Jika ummi tahu ubat batuk dan ubat selsema amat bahaya dan tidak memberi sebarang faedah, pasti ummi akan usahakan mengubati cara lain.

Mujurlah Allah temukan ummi dengan Shaklee selepas melahirkan anak ketiga. Alhamdulillah, kesihatan Tiqah dan adik- adiknya amat memuaskan. Mencegah lebih baik dari mengubati. Jika mereka demam, batuk atau selsema, ummi kerapkan mandi, selain mengamalkan petua tradisional. Alhamdulillah,  cepat sembuh.  

Jadi, janganlah kita sewenang wenangnya memberikan ubat kepada anak2 anak tersayang. memang niat kita baik untuk menyembuhkan sakit mereka, tapi tanpa kita sedari rupanya perbuatan kita telah membawa kemudharatan kepada mereka.

Salam sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

 

 

Rujukan: ummitiqah.blogspot.com

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge