Bahaya Baby Carrier (Pengendong Bayi) dan Car Set yang Tidak Sesuai ~ Hip Dysplasia

Risiko Kecacatan Kepada Bayi Akibat Baby Carrier da Car Seat Yang Tidak Sesuai.

Baby carrier amat membantu ibu dan bapa alaf baru terutama bagi yang selalu outing atau mempunyai anak-anak kecil lain. Ada pelbagai baby carrier di pasaran dari yang berharga lingkungan RM20.00 hinggalah mencecah ribuan ringgit. Sungguhpun ianya membantu pergerakan ibu bapa, baby carrier sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada bayi. Ingin ummi huraikan tentang bahaya baby carrier dan car seat yang tidak sesuai kepada bayi.

Ada baby carrier yang ergonomik dan ada yang tidak. Baby carrier yang ergonomik membantu bayi didukung dengan selesa tanpa mengganggu postur tubuhnya. Manakala baby carrier tidak ergonomik boleh mendatangkan kecacatang kepada bayi yang dinamakan Hip Dysplasia.

Apa itu Hip Dysplasia:

Menurut Wikipedia:
“Hip Dysplasia is an abnormal formation of the hip socket that, in its more severe form, can eventually cause crippling lameness and painful arthritis of the joints. It is a genetic (polygenic) trait that is affected by environmental factors.”

Secara ringkasnya, ianya adalah pembentukan sendi pinggul yang tidak normal dan dalam keadaan yang lebih serius, boleh mengakibatkan arthritis yang amat menyakitkan. Sendi pinggul sepatutnya berada di dalam soket tetapi bagi yang mengalami dysplasia, sendi tersebut tidak betul2 berada di dalam soket. Risiko berlakunya hip dysplasia adalah paling tinggi semasa bayi baru lahir sehingga berumur enam bulan. Selepas enam bulan, tulang dan sendi bayi sudah bertambah kuat dan keras maka risiko hip dysplasia menjadi semakin rendah.

Bahaya baby carrier kepada bayi

Perbezaan sendi yang normal dan dysplactic serta arthritis

Bahaya Hip Dysplasia

Perlu ditekankan bahawa hip dysplasia ini berlaku semasa bayi dengan keadaan tulang dan sendi yang masih lembut. Ianya bersifat kekal dan akan mengakibatkan arthritis yang teruk apabila bayi itu dewasa kelak. Kedudukan sendi pinggul yang tidak betul akan menyebabkan kesakitan yang teramat apabila bergerak dan berjalan. Ia juga boleh mengakibatkan posture kaki dan peha bayi yang tidak seimbang.

kesan hip dysplasia

Kaki bayi menjadi tidak setara akibat dysplasia

Bagaimana baby carrier (pengendong bayi) mengakibatkan hip dysplasia

Posisi pinggul yang paling tidak sihat adalah apabila kaki dan peha yang tergantung dan dirapatkan. Posisi yang betul dan selamat ialah bayi harus berada dalam keadaan terkangkang atau “W” di mana lutut harus setara atau lebih tinggi dari punggung.

Bagaimana Baby Carrier Mempengaruhi Sendi Bayi

Bagaimana Baby Carrier Mempengaruhi Sendi Bayi

Bagaimana mengelak hip dysplasia dari berlaku:

Ibu bapa harus memilih baby carrier dan kerusi yang sesuai untuk bayi bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku kepada anak tersayang. Mahal tidak semestinya selamat bukan, pilihlah baby carrier yang selamat, Paling penting, baby carrier tersebut haruslah menyokong peha dan pinggul bayi. Antara pilihan yang selamat ialah:

  1. Mei Tai
  2. Soft Structured Carrier (SSC)
  3. Wrap
  4. Sling (apabila dipakai dengan betul)
Pemilihan Baby Carrier yang Sesuai

Pemilihan Baby Carrier yang Sesuai

Pemilihan car seat yang sesuai juga penting. Kerusi haruslah luas untuk membolehkan kaki bayi berada dalam posisi “frog leg”. Jangan beli car set yang sempit dan mengongkong kaki bayi.

Memilih Car Seat yang Sesuai

Selain itu, cara memakai ring sling juga haruslah betul utuk mengelak hip dysplasia.

 

pemakaian sling yang selamat untuk mengelak hip dysplasia

Tanda2 berlakunya Hip Dysplasia.

Ibu bapa harus memberikan perhatian kepada tanda2 di bawah atau boleh juga bawa kepada pakar untuk pemeriksaan:
baby-gluteal-crease-asymmetry-300x155

  • “Asymmetry– Punggung yang tidak simetri. Berdasarkan gambar di atas kita boleh lihat garisan punggung bayi dan lipatan yang tidak setara atara kiri dan kanan
  • Hip Click– Anda akan mendengar sendi pinggul bayi yang berbunyi bila bergerak tetapi ini mungkin juga bukan tanda hip dysplasia.
  • Pergerakan kaki yang terhad-Ibu bapa mungkin sukar mengenakan lampin atau seluar kepada bayi kerana kaki bayi yang sukar dibuka
  • Kesakitan– Kesakitan jarang berlaku semasa bayi yang mengalami hip dysplasia tetapi akan mula dialami semasa remaja dan dewasa.
  • Tempang-Ini biasanya hanya dikesan apabila bayi mula berjalan. Hip dysplasia sebabkan kedudukan pinggul yang tidak sama tinggi dan akibatkan bayi tempang bila berjalan.

Salam sayang:

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB: Norul Haslizan Harun
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

Sumber rujukan:

  1. http://hipdysplasia.org/developmental-dysplasia-of-the-hip/infant-signs-and-symptoms/asymmetry/
  2. http://hipdysplasia.org/developmental-dysplasia-of-the-hip/prevention/baby-carriers-seats-and-other-equipment/
  3. http://wellnessmama.com/12549/baby-hip-dysplasia/
  4. ummitiqah.blogspot.com

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge