Awasi 8 Tanda Penyakit Tibi Ini Sebelum Parah

Apa itu Penyakit Tibi

Tibi atau TB merupakan singkatan kepada Tuberculosis merupakan penyakit berjangkit tertua di dunia yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Ramai yang menggelar tibi sebagai penyakit batuk kering. Sebenarnya, batuk kering merupakan salah satu cabang penyakit tibi di mana bakteria ini menyerang paru-paru mengakibatkan batuk kering terjadi. Bakteria ini sering menyerang bahagian paru-paru, namun ia juga boleh menyerang bahagian tubuh yang lain seperti otak, jantung, tulang belakang, nodus limfa, kelenjar adrenal dan bahagian usus manusia. Terdapat beberapa tanda penyakit tibi yang boleh dikesan awal namun pengesahan hanya boleh dilakukan melalui ujian di klinik atau hospital.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan terdapat 1.5 juta kematian akibat tibi di seluruh dunia daripada 9 juta kes baru pada tahun 2013. Di Malaysia, kes tibi yang dilaporkan pada tahun 2014 adalah berjumlah 24,711, meningkat 2.7% berbanding bilangan kes yang dilaporkan tahun sebelumnya. Sebanyak 1,603 kes kematian akibat tibi dilaporkan dalam tahun 2014. Kematian akibat penyakit ini boleh dielakkan jika tanda penyakit tibi dikesan lebih awal dan rawatan dijalankan serta merta.

Cara TB Berjangkit

Bahayanya, penyakit tibi amat mudah tersebar. Seperti juga H1N1, kuman tibi tersebar melalui titisan air di udara apabila pengidapnya batuk atau bersin. Namun, kita tidak semestinya akan terkena jangkitan tibi sekalipun telah terdedah kepada kuman tersebut. Menurut Pakar Perunding Kanan Perubatan/Respiratori, Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Aziah Ahmad Mahayiddin, kebanyakan individu yang dijangkiti tidak akan diserang penyakit Tibi kerana kuman-kuman Tibi akan terpendam dan tidak aktif dalam badan seseorang kerana ia bergantung kepada sistem pertahanan badan seseorang. Jika sistem pertahanan tubuh kita lemah, kuman tibi akan menjadi aktif dan mula menyerang.

4 Golongan Yang Berisiko Tinggi Dijangkiti Tibi:

  1. Bayi, kanak-kanak, dan golongan tua;
  2. Pesakit yang menghidap penyakit yang boleh mengurangkan daya ketahanan badan seperti penghidap penyakit HIV, pesakit kencing manis, pesakit buah pinggang tahap akhir (end stage renal failure) atau pesakit penyakit kanser;
  3. Pesakit yang mengambil rawatan steroid atau rawatan yang menrendahkan tahap daya ketahan badan seperti pesakit yang telah menjalankan pemindahan organ, pesakit Systematic Lupus Erythemotosus SLE/rheumatoid, Crohn’s, Ulcerative Colitis, psoriasis dan sebagainya;
  4. Pesakit yang sedang mengambil rawatan kemoterapi.

Malaysia adalah antara negara yang mengambil serius tentang ancaman penyakit Tibi ini. Pada zaman sebelum merdeka, penyakit Tibi adalah pembunuh nombor satu negara kita.  Dengan adanya program vaksinasi yang berkesan dan juga program pengesanan awal dan rawatan Tibi yang berkesan, kita berjaya mengurangkan kes jangkitan penyakit Tibi di Malaysia.

Tanda Penyakit Tibi

Tanda penyakit tibi

 

Lebih 90% pesakit mengalami jangkitan Tibi pada oran paru-paru. Jika dikesan cepat dan lebih awal, penyakit tibi boleh dirawat dengan lebih efektif. antara tanda penyakit tibi termasuklah.

  1. Batuk lebih daripada dua minggu
  2. Muntah atau kahak berdarah
  3. Demam berpanjangan.
  4. Berpeluh waktu malam
  5. Kurang selera makan
  6. Pengurangan berat badan yang mendadak
  7. Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
  8. Penat, letih dan lesu

Bagaimana Jangkitan Tibi Dikenalpasti dan Disahkan.

Jika anda mempunyai sebarang tanda penyakit tibi seperti di atas, segeralah ke klinik atau hospital dengan segera. Penyakit tibi hanya boleh disahkan melaui ujian makmal atau X-ray. Ujia makmal lazim dilakukan ke atas kahak atau darah pesakit untuk mengesan kuman tibi. Doktor juga boleh mengesan kuman TB dengan mengambil sampel bahagian organ yang terlibat seperti air tulang belakang, serta biopsi atau mengambil sedikit sampel daripada nodus limfa, bahagian tulang, sumsum, usus dan lain-lain.

Imbasan X-ray pada dada boleh mengesan perubahan paru-paru akibat Tibi. Pada x-ray pesakit Tibi, boleh ada tompokan putih, perubahan nodular atau pengerasan (‘fibrosis) pada paru-paru.

tanda penyakit tibi

 

Bahaya dan Kesan Tibi Kepada Pesakit

Tibi boleh membawa pelbagai komplikasi kepada pesakit.

tanda penyakit tibi

Paru-paru pesakit tibi yang berlubang-lubang akibat dimakan kuman tibi

1. Sakit pada tulang dan sendi
Kuman tibi boleh merebak ke kawasan tulang dan sendi menyebabkan kesakitan dan lemah badan.

2. Jangkitan pada otak.
Meningitis atau radang pada selaput otak yang diakibatkan oleh kuman tibi amat merbahaya. Ia menyebabkan membran otak membengkak. Pesakit akan menghadapi masalah fungsi otak seperti tidak lagi mengenali orang disekelilingnya malah jangkitan ini boleh membawa maut.

3. Jangkitan pada hati dan buah pinggang. 
Hati dan buah pinggang antara organ penting dalam tubuh yang berfungsi menapis toksin dan sisa kumuh. FUngsi ini akan terganggu abila kuman tibi menyerang bahagian organ terbabit.

4. Gangguan pada jantung. 
Selain paru-paru, kuman tibi juga memberi kesan kepada jantung. Fungsi jantung dalam mengepam darah ke seluruh tubuh akan terganggu akibat keradangan.

5. Gangguan pada mata
Mata boleh menglami iritasi atau gatal-gatal selain menjadi merah akibat kuman tibi. bahagian retina juga boleh menjadi bengkak dan menyakitkan.

6.  Kuman menjadi kebal terhadap ubat. 
Perlu ditekankan, pesakit tibi harus konsisten dengan ubat dan rawatan sekurang-kurangnya selama 6 bulan sehingga kuman tibi benar-benar “dibersihkan” dari tubuh. Namun, terdapat pesakit yang culas dalam mengambil ubat menyebabkan kuman menjadi kebal terhadap ubat. Akibatnya, ubatan lebih kuat harus digunakan menyebabkan kesan sampingan lebih ke atas pesakit.

Rawatan Penyakit Tibi

Tibi hanya boleh dirawat dengan ubatan hospital bagi memastikan kuman benar-benar dibersihkan dari tubuh. Rawatan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan. Pesakit harus disiplin dengan ubat dan rawatan bagi mengelakkan kuman menjadi kebal dan sukar dihapuskan. Pengambilan supplemen juga digalakkan bagi memastikan kuman lebih cepat dimusnahkan. Terdapat juga supplemen yang memberi tenaga kepada pesakit selain membantu mengatasi masalah yang diakibatkan oleh penyakit ini seperti batuk yang teruk, sesak nafas dan hilang selera makan. Jika anda disahkan menghidap tibi, sila dapatkan rawatan dengan segera. Pesakit tibi harus disiplin dengan rawatan hospital untuk pulih.

Cara Mencegah Jangkitan Tibi

  1. Gunakan topeng N95
  2. Vaksinasi BCG (disuntik kepada bayi sejurus selepas lahir)
  3. Elak makan di luar terutama kedai makan yang diketahui menggunakan pekerja asing.
  4. Kuatkan sistem imun badan dengan nutrisi yang tepat. Seperti kenyataan doktor di atas, kuman tibi tidak akan aktif di dalam tubuh mereka yang kuat sistem imunnya. Jadi, vitamin-vitamin seperti Nutriferon, Garlic Complex dan Vitamin C amat membantu dalam mencegah jangkitan tibi. Fungsi vitamin-vitamin ini antaranya membantu menguatkan antibodi tubuh dalam melawan jangkitan kuman.

 

Kesimpulannya, jom amalkan cara hidup sihat, elakkan makan di luar jika boleh, kuatkan sistem imuniti tubuh dan segera dapatkan nasihat doktor jika sakit. Nak dapatkan supplemen Shaklee untuk membantu dalam menangani Tibi? Hubungi Ummi.

Salam Sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: wasap.my/0182907924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

 

Rujukan:

  1. The Malaysian Medical Gazette
  2. Dr Zubaidi Hj. Ahmad
  3. http://www.infosihat.gov.my
  4. https://whateverhafiz.blogspot.my/2012/01/info-tanda-tanda-penyakit-tibi.html
  5. DR. ABD. RAZAK MUTTALIF

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge