Apa Itu MLM, Kenapa MLM Dikatakan Haram ?

MLM Dikatakan Haram? Sebut sahaja MLM pasti terbayang individu yang tak henti-henti ajak kawan-kawan join berniaga bawah dia dengn umpan untung kepuk2 dalam masa singkat. Pastu terbayang sistem piramid. Pastu amik gambar pegang cek besar sebelah kereta Merz. Modal nak join pon mesti ribu-ribu sampai ada yg ambil personal loan untuk berniaga MLM. Tak sampai 3 bulan balik kampung bawak kereta besar sambil ajak orang-orang kampung sertai beliau. Tak lama kemudian, kereta tah ke mana, sunyi sepi. Itulah MLM yang sering dibayang kebanyakan orang. Disebabkan konsep tersebut, MLM dikatakan haram kerana menganiaya ramai orang.

Apa Itu MLM dan Sejarah Kewujudan MLM

Apa Itu MLM

 

MLM merupakan singkatan kepada Multi Level Murketing atau dipanggil Juga Network Marketing. Terdapat beberapa pendapat berbeza tentang idea asal pengasas konsep MLM namun syarikat pertama yang melaksanakan sistem ini ialah Nutrilite Product Inc dari Amerika. Syarikat ini kemudiannya dibeli oleh Amway Corporation yang telah mengambil inspirasi dari idea MLM yang dilaksanakan oleh Nutrilite.

Konsep MLM ialah untuk memudahkan pemasaran produk dengan lebih berkesan menerusi modal yang rendah dan bagi mengelakkan kos pengiklanan yang tinggi. Jualan produk dilakukan secara langsung oleh ejen-ejen yang berdaftar di kawasan masing- masing. Dengan cara ini, pemasaran menjadi lebih mudah dan efektif kerana hanya ejen yang lebih memahami kehendak pasaran di kawasannya. Selain untung runcit hasil jualan produk, ejen juga dibayar komisen atas usaha mereka memasarkan produk. Modal adalah kecil dan mengikut kemampuan ejen. Syarikat pula tidak perlu lagi menyusun pelan pemasaran sendiri sebaliknya boleh memberi tumpuan dan bajet bagi membangunkan produk yang berkualiti. 

Kenapa MLM dikatakan Haram?

Sesuatu perniagaan menjadi haram apabila wujud unsur penganiayaan. MLM dikatakan haram apabila unsur penganiayaan wujud di dalamnya. Perlu ditekankan bahawa konsep asal MLM adalah untuk memudahkan pemasaran dan mengurangkan kos tetapi terdapat individu yang mengesploitasi ahli di dalam organisasinya hingga wujud penganiayaan. Pernah dengar sistem piramid? Atau Ponzi Scheme? Esploitasi di sini bermaksud, tujuan asal untuk memasarkan produk tidak lagi diambil kira sebaliknya mereka menggunakan konsep MLM ini untuk mengumpul dana. Sesiapa yang dapat tarik orang menjadi ahli, akan dibayar komisen yang banyak. Walhal, bagi konsep MLM asal, komisen dibayar berdasarkan jumlah jualan produk, bukannya berdasarkan jumlah ahli yang berjaya direkrut.  Dalam bahasa mudah, MLM yang dieksploitasi lazimnya sering bercerita tentang pulangan berganda-ganda, tayang duit berkepuk2, tayang kereta besar bagi manarik ahli menyertai mereka. Produk hanya boneka dan tidak dipromosi sangat.

Nak lebih huraian dari sudut agama tentang bagaimana dan kenapa MLM dikatakan haram? Di sini ummi paparkan huraian ustaz Zaharuddin.

MLM dari sudut Islam

Menurut Ustaz Zahiruddin di dalam blognya, bagi memastikan MLM di Malaysia patuh Syariah, syarat- syarat berikut harus dipenuhi:

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
Shaklee amat mementingkan kualiti produknya. Setiap produk diuji secara klinikal dan seterusnya mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ramai yang telah mencuba dan mendapat manfaat dari Shaklee termasuk saya sendiri. Motto Shaklee sendiri, “Better You, Better World” menggambarnya secara jelas tujuan Shaklee membantu pengguna mendapatkan kesihatan diri yang baik.
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
Ok, memang bukan sbb shaklee tak jual emas atau perak 🙂
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
Benar, upline dalam Shaklee hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantu sahaja.  Upline perlu menjaga dan memberi ilmu pada ‘anak’, ‘cucu’, ‘cicit’nya. Upline perlu melatih downline dan downline juga berhak mendapatkan konsultasi dari upline kalau ada yang tak faham, atau ada sebarang masalah berkaitan Shaklee. Pelbagai cara perhubungan tersedia di zaman moden ni. Ilmu boleh diperoleh di hujung jari sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

Setiap komisen Shaklee bergantung pada nilai point (UV) yang dikumpulkan hasil pembelian produk, bukan berapa ramai downline yang ditaja. Kalau ramai yang ditaja pun tapi semua tiada belian, maka tiada komisen diberikan.
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju’alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua’alah mestilah dipastikan sempurna.
Benar. Tiada paksaan untuk membeli dalam Shaklee. Kalau beli dapat point dan bonus. Kalau tak beli, tak dapat pape.
6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
Tiada konsep upline “goyang kaki” dalam sistem MLM Shaklee. Setiap leader harus berusaha membimbing downline mencapai target dan impian anak didiknya. Bonus kepimpinan ini diperoleh berdasarkan peratusan jualan kesemua ahli di dalam jaringannya. Malah, komisyen ini hanya diperoleh setakat 5 level sahaja bergantung kepada pangkat upline tersebut. Tidak wujud konsep upline beroleh komisyen secara infiniti tanpa mengira level.
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
Terdapat MLM yang menggunakan konsep “seniority” dalam sistemnya. Dalam Shaklee, siapa usaha lebih, dia yang akan berjaya. Malah, downline juga boleh melangkau pangkat upline.
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
Sistem komisyen Shaklee adalah telus, mudah difahami dan tiada sebarang unsur ‘tersembunyi’. Setiap ahli dibekalkan dengan business manual dan penerangan akan diberi secara telus jika terdapat sebarang kemusykilan.
9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
Modal untuk keahlian sama sahaja untuk semua ahli manakala modal lain pula direct kepada Shaklee dan bukan dikeluarkan oleh ahlinya samada upline atau downline. Tidak timbul sebarang isu di sini.
Jadi, nampak perbezaannya di situ? Hanya yang bijak boleh menilai dan tidak mudah melatah dengan sebarang tuduhan. Jika benarlah MLM shaklee ni haram, ummi sendiri takkan lakukannya. Takkan nak besarkan dan beri pendidikan kepada anak melalui rezeki yang haram kan?
Moga bermanfaat untuk semua.
Salam Sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

Sumber:

http://www.drhafizosman.com/2012/02/sejarah-sistem-jualan-langsung-multi.html

http://ummitiqah.blogspot.my/2013/07/adakah-sistem-multi-level-marketing-mlm.html

http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html

https://en.wikipedia.org/wiki/Multi-level_marketing

 

You may also like...

4 Responses

  1. syuhada amir says:

    betul tu….ramai yang salah faham konsep MLM nie kan…
    syuhada amir recently posted…Wahai Suami, Fahamilah Kemahuan Si Isteri 🙂My Profile

  2. Panjangnya tulisan pn. Letih membaca. Nway… Good info terutamanya sejarah MLM

    Thanks
    Wan Nur Suzilla recently posted…Cara Jaga Bayi Baru LahirMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge