Anak Tak Nak Makan ~Ketahui Punca dan Cara Pujuk Anak Makan

anak tak nak makan apa nak buatAnak tak nak makan? Ini merupakan antara cabaran utama bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang membesar. Lazimnya isu anak tak nak makan dihadapi oleh ibu- bapa bagi anak lingkungan satu hingga 5 tahun. Kalau makan pun, sedikit dan memilih. Tambah parah jika anak hanya mahu minum susu atau makan benda manis. Sudah pasti ini merunsingkan ibu- bapa. Jika anak tak nak makan, pasti keperluan nutrien tubuh tidak dipenuhi lalu proses pembesaran tubuh, tulang dan otak mereka akan terganggu. Jika mereka terlalu memilih dan hanya makan makanan tidak berkhasiat, ini juga boleh membawa bahaya. Terdapat kes di mana anak yang baru berumur 10 tahun sudah mengidap diabetes kerana amat suka minum manis dan suka makan kicap manis. Jadi sebelum menjadi serius dan mengundang penyakit, isu ini perlu ditangani segera.

Punca Anak Tak Nak Makan

Sebelum mencari penyelesaian, punca kepada isu ini perlu dikenalpasti. Antara punca kenapa anak tak nak makan adalah seperti berikut:

  1. Terganggu dengan TV, mainan atau iPad
  2. Melalui fasa “baru dapat kaki”, jadi asik nak bermain tanpa hiraukan makanan
  3. Makanan tak menarik
  4. Anak2 sengaja ingin menarik perhatian ibu bapa
  5. Stress atau kerisauan
  6. Ambil snek yang banyak  di luar waktu makan
  7. Kekurangan vitamin2 tertentu yang menganggu selera makan2

Perkara Yang Boleh dan Tidak Boleh Dilakukan.

Ada beberapa perkara yang boleh (Do) dan tidak boleh (Don’t) dalam menangani masalah anak tak nak makan.

Perkara yang wajar dilakukan (Do): 

  • Jika anak dah agak besar, boleh minta anak bagi cadangan tentang apa yang ingin dimakan. Boleh bagi option seperti “hari ni kakak nak makan bihun goreng atau spagetti?”
  • Biar anak tolong anda sediakan makanan yang dicadangkan tadi. Tak perlu ajar memasak, mungkin sekadar biar dia masukkan sayur yang sudah dipotong, tolong ambil bahan dari peti sejuk dan sebagainya. Ini membuatkan mereka rasa dihargai dan penting
  • Pelbagaikan jenis makanan dan cara ia dimasak. anak juga suka dengan cara hidangan yang creative seperti makanan berbentuk muka, haiwan dan sebagainya. Anak-anak ummi contohnya, suka dengan makanan berwarna seperti bayam merah.
  • Cuba pelbagaikan makanan baru seperti spaghetti, bihun, mee, pulut dan roti. Jangan hanya terhadkan kepada pengambilan nasi sahaja. Anak-anak mudah bosan dengan makanan yang sama
  • Tingkatkan aktiviti fizikal supaya selera makannya bertambah. Pembakaran kalori membuatkan anak akan merasa lapar.
  • Boleh bagi snek berkhasiat di antara waktu makan seperti sandwich, buah-buahan dan susu supaya anak dapat nutrien yang mencukupi.
  • Beri perhatian sepenuhnya semasa anak makan. Boleh bercerita sambil makan dengan anak. Seorang kawan saya bercerita tentang anak keduanya yang tak mahu makan tetapi apabila anak itu tinggal bersama neneknya, selera anak itu berubah dengan ketara. Mungkin situasi di rumah nenek berbeza di mana perhatian sepenuh diberi kepada anak ini sedangkan di rumah ibu bapanya, ada adik beradik lain yang juga menagih perhatian.

 

Perkara yang harus dielakkan (Don’ t):

  • Bagi snek atau minuman sebelum waktu makan untuk mengelakkan anak kenyang
  • Simpan terlalu banyak snek di rumah. Anak2 lebih berminat dengan snek yang tak berkhasiat dari makanan biasa.
  • Biasakan anak makan sambil menonton atau bermain gadget. Latih mereka untuk berhenti menonton semasa makan
  • Paksa atau memarahi anak yg tak mahu makan. Ini menjadi punca mereka stress dan tidak gembira di meja makan.

Ummi nak tekankan berkenaan punca anak tak nak makan, point nombor 7. Salah satu punca yang membuatkan anak tak nak makan, hilang selera atau memilih adalah disebabkan kekurangan nutrien tertentu dalam tubuh. Benar, nutrien mempengaruhi hormon dan nafsu makan. Sebagai contoh, jika pengambilan protein tidak cukup, ini akan mengaktifkan tunas rasa teringin benda-benda manis. Dengan sebab itulah pengambilan nutrien harus seimbang. Tapi, kalau dah anak tak nak makan, macam mana nak seimbang bukan? Dengan sebab itulah, pengambilan multivitamin amat penting. Dan dengan sebab itu jugalah anak yang mengambil Mealshake dapat dilihat perubahan ketara dalam selera makan mereka.  Mealshake merupakan multivitamin dalam bentuk serbuk yang membekalkan vitamin-vitamin harian yang diperlukan tubuh. Maka tidak hairanlah apabila keperluan nutrien ini dipenuhi, selera makan anak juga akan berubah kepada normal. Tapi jangan salah faham ya. Bukan bermakna selera makan akan bertambah-tambah tanpa kawalan. Nanti obes pula jadinya. Sebaliknya, nutrien-nutrien ini membantu mengimbangi sistem tubuh, bermakna selera makan akan berubah kepada normal. Sebab itulah Mealshake ni sesuai untuk sesiapa samada yang kurang berat badan  atau juga mengalami obesiti

 

susu untuk anak tak nak makan

 

Ummi kongsikan antara pengalaman ibu-ibu yang ada anak tak nak makan dan maklumbalas mereka selepas bagi Mealshake kepada anak

susu tambah selera anak

anak dan nak makan, sembelit pon dah tiada

 

susu tambah selera anak

Leganya perasaan ibu bila anak dan mahu makan kan.

 

susu untuk anak tak nak makan

 

Boleh klik link di sini untuk mengetahui lebih lanjut termasuk mengenai Mealshake termasuk harganya. Atau segera hubungi ummi jika nak dapatkan Mealshake ye.

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: wasap.my/60182907924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee, ID 880093

COD sekitar Gombak, Selayang, Setapak, Taman Melati, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia

 

Order Online

(Kad kredit atau debit diperlukan untuk pembelian secara online)

set gastrik shaklee

 

rujukan:

  1. http://ummitiqah.blogspot.com/2014/01/anak-tak-mahu-atau-tiada-selera-makan.html
  2. http://ummitiqah.blogspot.com/2013/07/testimoni-vitamin-untuk-menambah-selera.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge