Anak Cirit Birit Berdarah. Punca dan Cara Mengubatinya

Beberapa hari ummi tak update blog. Puncanya, ummi agak kelam kabut dengan anak- anak yang tidak sihat. Mula- mula A’isy demam dan batuk, seminggu tak ke sekolah. Elok je dah masuk sekolah semula, tiba- tiba Raudhah pula terkena cirit- birit, diikuti dengan adiknya Amjad pula demam.

Raudhah-cirit-berdarah

Antara semua ni, ummi paling gelabah dengan keadaan Raudhah. Mana tidaknya, Raudhah cirit birit berdarah dan berterusan walaupun ummi dah berikan Smecta. Najisnya pula hitam pekat, berlendir bercampur darah dan berbau pelik. Asalnya, Ruaudhah mula cirit dan demam pada hari Rabu pagi. Sebelah malamnya, ummi mula bagi Smecta sebab Raudhah terlalu kerap ke tandas sampai mengalami kejang betis akibat terlalu kerap bercangkung. Berdasarkan pengalaman, cirit mereka akan berhenti setelah Smecta diberi tetapi dalam kes Raudhah, keadaan tak berubah walau dan beli lebih 3 peket Smecta. Hari Khamis, ummi nampak darah menitik2 keluar bersama najisnya. Ummi diamkan dulu dan bagitahu abahnya di sebelah malam. Jumaat pagi, kami bawa Raudhah ke klinik. Doktor bekalkan dengan air garam dan Smecta lagi. Tetap juga tak berubah.

Sabtu pagi, kami pergi pula berjumpa pakar kanak- kanak di Ampang Puteri, bawa Amjad sekali sebab Amjad pon dah mula demam. Doktor prescribed probiotik, ibuprofen (ubat demam) dan air garam khas untuk kanak- kanak untuk Raudhah. Mula makan kesemuanya hari Sabtu tu tapi masih juga tak berubah keadaan Raudhah hingga hari isnin. Padahal, mengikut nasihat doktor ubatan semua tu harus dihentikan pengambilan selepas 3 hari. Badannya dah mula lemah, asyik nak tidur aje. Demam juga akan kembali bila kesan ubat dah hilang. Asik mengadu sakit perut. Dia pon tak sanggup nak bercangkung sampai kejang kaki lalu minta dipakaikan diaper sahaja. Mujurlah masih banyak minum air kosong dan akan makan jika ummi masakkan lauk kegemarannya yakni udang. Doktor suruh masuk ward jika masih tak sembuh selepas 2 hari.

Ummi baru terfikir, anak- anak ummi jarang sakit. Kalaupon musim demam, selsema dan sebagainya, mereka hanya akan terkena “tempias” dan akan sembuh dengan segera. Jarang sekali berlarutan sejak mereka ambil… MEALSHAKE. Meashake???? Yaa Allah, baru ummi perasan ummi dah terlalai, dah lebih 3 bulan ummi tak berikan mealshake kepada anak- anak. Ummi biarkan mereka tanpa bantuan untuk menguatkan  sistem pertahanan tubuh. Kalaulah anak- anak ummi jenis yang gembira makan apa juga jenis sayur, daging dan sayur pula semuanya organik, pasti mereka tak perlukan supplemen. Tapi apakan daya, anak- anak ummi hanyalah budak- budak yang hidup dalam bandar tercemar, penuh dengan radikal bebas. Makanan mereka pun memilih juga, hanya sayur tertentu yang mereka makan. Apa yang mereka makan tidak mampu memenuhi nutrisi yang diperlukan tubuh untuk mereka membesar dangan sihat dan sempurna. Sebab tu mereka perlukan Mealshake, multivitamin yang menampung liang2 kosong nutrisi yang tidak mereka perolehi melalui makanan. Bila keperluan nutrisi dipenuhi, insyaaAllah, tubuh mereka lebih sihat dan kuat untuk melawan jangkitan penyakit.

Sungguh ummi rasa bersalah. Jadi hari isnin tu, ummi mula campurkan Mealshake dalam milo raudhah seperti biasa. Ummi tak expect Mealshake akan membantu Raudhah sebab doktor sebenarnya arahkan hentikan pengambilan semua dairy product buat sementara. Tapi ummi tawakkal. Harapnya, ia membantu Raudhah mendapat nutrien yang diperlukan, memandangkan Raudhah dah tak lalu makan. Raudhah masih cirit cuma kekerapan berkurangan. Pagi ni, hari Selasa, hari ketujuh, ummi berdebar- debar tunggu Raudhah bangun. Macam fobia je asal bangun dia akan menangis mengadu sakit perut. Pagi ni bila ditanya, katanya tak sakit perut. Demam pon tak. Ok, ada peningkatan, alhamdulillah. Tak lama lepas minum milo campur Mealshake, Raudhah berak dan masih cirit tapi rupa najis dah bertambah baik, tiada lagi darah. Lepas tu, takde insiden cirit birit berdarah lagi.

Lepas makan tengah hari, Raudhah berak lagi tapi kali ni ummi bersyukur sangat-sangat. Tiada lagi cirit dan najisnya sudah normal. Alhamdulillah. Banyak kali juga ummi tanya jika Raudhah sakit perut tapi jawapannya tidak. Hingga petang ni, keadaan Raudhah dah kembali ceria, syukurnya ya Allah. Mungkin hanya kebetulan, selepas diberi Mealshake, keadaan Raudhah bertambah baik. Mungkin probiotik yang diberikan doktor hanya bertindakbalas selepas 3 hari dan mungkin juga Mealshake tadi membantu tindakbalas probiotik dengan lebih efektif. Ummi bukan doktor, jadi ummi hanya buat kesimpulan berdasarkan pemerhatian sendiri.

 

Kandungan Vitamin dan Mineral Dalam Mealshakes

Order-Now

Apa yang pasti, ummi dah belajar dari kesilapan dan takkan lalai lagi selepas ni. Mealshake bukanlah ubat tetapi supplemen yang mengandungi nutrien yang diperlukan untuk membantu tubuh anak berfungsi dengan lebih baik bagi melawan jangkitan. Ianya merupakan ikhtiar dan kuasa penyembuh semuanya dari Allah.

Sedikit info mengenai cirit birit berdarah di kalangan kanak- kanak yang ummi ambil dari beberapa web dan blog doktor/perubatan.

Punca Cirit Birit Berdarah

Cirit birit di kalangan bayi dan kanak- kanak biasanya disebabkan oleh bakteria, virus, protozoa atau ubat-ubatan. Punca sebenar hanya boleh dipastikan melalui ujian ke atas sampel najis bayi.

Rawatan Cirit Birit

  • Tiada ubat khusus untuk merawat cirit birit. Jika anak diserang cirit birit, perkara terpenting ialah memastikan beliau tidak ternyahidrat. Pengambilan (oral rehydration salt solution atau ORS) beberapa kali dalam sejam harus dipastikan.
  • Pengambilan ubat anti cirit birit seperti Smecta seharusnya dengan arahan dan pengawasan doktor. Ini kerana, pengambilan ubat anti cirit birit bagi anak bawah 12 tahun boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius.
  • Jika cirit birit berlarutan selama 48 jam, segeralah ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Kemungkinan anak akan akan ditahan di wad supaya air boleh dimasukkan ke dalam tubuhnya bagi mengelak dehidrasi.
  • Hentikan pengambilan makanan dan minuman berasaskan susu dan jus serta pengambilan gula. Jika anak masih menyusu, cuba bancuh dengan lebih cair. Gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit semakin teruk.
  • Kerapkan penyusuan susu badan jika masih menyusu dengan ibu.

Manfaat Utama Mealshakes

 

Bagaimana Mengelak Cirit Birit Berulang

Dalam kes Raudhah, kami pon tak pasti apa punca beliau mengalami cirit birit berdarah yang berterusan seperti ini. Cirit birit amat lazim disebabkan oleh kuman dan virus. Kemungkinan beliau mendapat jangkitan dari mana2 peralatan yang tidak bersih. Oleh itu, sila pastikan peralatan di rumah terutamanya pinggan mangkuk dan sudu dicuci bersih- bersih. Anak- anak juga harus diajar untuk selalu mencuci tangan dan kaki terutama selepas bermain, sebelum makan dan selepas menggunakan tandas.

**********************************************************

Jika anda berminat mendapatkan Mealshake secara online, boleh klik ikon dibawah dan anda akan dibawa terus ke website Shaklee Malaysia untuk meneruskan pembelian. Pembayaran adalah menggunakan kat debit atau kad kredit. Sila hubungi ummi selepas pembelian bagi mendapatkan konsultasi eksklusif ye.

Kenapa Kena Pilih Mealshakes

Order-Now

Atau ibu- ibu boleh saja hubungi ummi jika taknak beli secara online atau nak COD.

 

Salam sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge