9 Cara Meneka Jantina Bayi Dalam Kandungan

Teruja mengetahui jantina bayi dalam kandungan? Dengan teknologi yang ada sekarang, jantina bayi dalam kandungan boleh diketahui seawal umurnya 4 bulan. Namun, ianya bergantung kepada kedudukan bayi semasa imbasan dilakukan. Kadangkala, organ jantina bayi tidak dapat dilihat kerana kedudukan bayi melindungi organ tersebut. Dalam keadaan ini, terdapat beberapa petua atau tanda yang boleh digunapakai jika ibu ingin meneka┬ájantina bayi dalam kandungan. Namun, ini hanyalah sebagai panduan ianya tidaklah 100% tepat ye. Jika anda buat carian di google, terdapat lagi beberapa cara meneka jantina bayi dalam kandungan, tapi ummi cuma share beberapa di antaranya sahaja. Selamat meneka ­čśë

1. Kedudukan dan Bentuk Perut Ibu

bentuk perut hamil

Orang tua- tua selalu kata kalau perut ke atas, maknanya bayi perempuan dan kalau perut ke bawah pula, anak lelaki. Hehe. Begitu juga dengan bentuk perut ibu. Kalau bulat macam bola katanya bayi lelaki tapi kalau agak lonjong ke depan macam tembikai katanya bayi perempuan. Macam ummi, rasanya semua kedudukan pon sama sahaja semasa hamil. Pernah, doktor pakar kanak- kanak yang merawat Tiqah suruh ummi tarik baju ke belakang supaya dia dapat meneka┬ájantina bayi ummi iaitu adik Tiqah (Ai’sy masa tu 8 bulan dalam kandungan dan Tiqah umur 11 bulan). Tekaan dia pon salah juga, katanya ummi kandungkan baby girl.

2. Degupan Jantung Bayi

Jika anda gunakan doppler semasa membuat pemeriksaan rutin di klinik atau hospital, tanyakan kadar degupan bayi. Menurut kata orang, jika kadar degupan melebihi 140 seminit maka ianya bayi perempuan. Jika kurang maka baby boy la tu.

3. Selera Ibumengidam

Ibu suka makan yang manis- manis? Mungkin bayi yang dikandung tu perempuan Kalau suka yang masin atau masam, mungkin lelaki.

4. Carta Kelahiran Cina

Rujuk kepada carta di bawah, lihat kepada umur ibu semasa mula hamil dan bulan pertama hamil maka jantina bayi boleh diteka. Namun, jika ikut carta ni takde satu pon yang tepat dengan ummi. Rupa- rupanya, ia harus merujuk kepada kalendar lunar Cina juga, bukan kalendar standard yang kita pakai ni.

chinesegenderchart(1)

 

5. Ujian Baking Soda

Letakkan satu atau 2 sudu makan baking soda dalam gelas jernih. Masukkan air kencing anda ke dalam gelas tersebut. Perhatikan jika ianya menghasilkan buih seperti air berkarbonat yang dikocak ataupun tiada buih dihasilkan. Jika berbuih, ianya lelaki dan jika tiada, ianya bayi perempuan.

6. Keadaan Kulit, Rambut dan Kuku Serta Seri Wajah Ibu

seri ibu mengandung

Orang tua-tua kata kalau ibu berseri je, maknanya anak perempuan tapi kalau bertukar selekeh maknanya lelaki. Tapi ada pula yang kata jika ibu nampak pucat tak berseri, bayi yang dikandung ialah perempuan. Sebabnya, bayi dah tarik seri wajah ibu. Dikatakan jika kulit ibu kusam, kuku pon nampak tak sihat dan rambut tak elok, anda sedang hamil bayi perempuan. Sebaliknya pula jika bayi lelaki, kulit ibu akan “glowing”, rambut sihat bersinar dan kuku pon merah cantik.┬áHehe. Yang ummi tahu, semasa hamilkan Tiqah, ummi teramatlah pemalas, pakai tudung pon tanpa inner. Tapi masa hamilkan A’isy, rajin gak mekap sikit2 pergi office.

7. Ujian Cincin

Ni agak mengarut dan scary. Tak tahu apa relevannya. Caranya, ikat benang pada cincin dan minta sesiapa pegang atas perut ibu. Kalau cincin tu bergerak berpusing, tandanya bayi lelaki. Jika bergerak dalam garis lurus, dikatakan bayi perempuan. Baby dalam kandungan ada daya tolakan ke nak gerakkan cincin tu? Hehe. Jangan sampai percayakan tahyul tau ibu2.

8. Alahanalahan mengandung

Morning sickness yang teruk? Mungkin ianya baby girl. Mild sickness atau tiada alahan langsung? Petanda ianya bayi lelaki

9. Perbezaan Saiz Payudara

Payudara biasanya membesar ketika ibu hamil. Jika perbezaan saiz amat ketara, tandanya anda mengandungkan bayi perempuan, Namun jika saiznya tidaklah terlalu ketara maka dipercayai kandungan ialah bayi lelaki

 

Itulah diantara pelbagai variasi menarik cara meneka jantina bayi dalam kandungan. Tidaklah semuanya tepat dan hanya dilakukan secara suka-suka sahaja. Walau apapon jantina bayi anda, yang penting ia sihat dan selamat.

Salam Sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

 

 

 

 

You may also like...

2 Responses

  1. puan pink says:

    kalau ikut pengalaman, yg bab perut tu mmg betul sgt.. yg bab seri tu, kite time ngandung boy muke mmg pucat lesi, malas nak bersiap2.. tp time girl kemain nak cantik je memanjang, haha~~
    puan pink recently posted…Acah-Acah Anak KembarMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge