8 Risiko Kencing Manis Semasa Mengandung kepada Bayi

Doktor A: Hasil ujian menunjukkan puan ada Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau kencing manis semasa mengandung.

Ibu hamil B : Macam mana pula tu doktor, saya takde kencing manis sebelum ni. Kenapa tiba-tiba ada?

Dialog di atas merupakan keadaan yang mungkin dialami oleh sesetengah ibu mengandung; menghidap kencing manis semasa mengandung sedangkan mereka tiada masalah itu sebelumnya. Kenapa ia boleh terjadi?

Punca Kencing Manis Semasa Mengandung

kencing manis semasa mengandung

Gestational Diabetes Mellitus (GDM) terjadi apabila terdapat kerintangan Insulin. Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal paras gula di dalam darah. Apabila berlaku masalah kerintangan insulin, paras gula di dalam darah meningkat. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen yang dihasilkan semasa mengandung menganggu pengeluaran insulin. Uri biasanya mampu menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi kerintangan insulin. Jika insulin dihasilkan tidak mencukupi, paras gula akan meningkat menyebabkan GDM berlaku. Umumnya, 18 dari 100 orang wanita mengandung mengalami masalah ini. Maka kebarangkalian untuk ibu terkena kencing manis semasa mengandung agak tinggi. Lazimnya, masalah ini hilang dengan sendiri selepas ibu bersalin. Namun, ianya mempunyai risiko tinggi terhadap bayi di dalam kandungan.

Risiko Kencing Manis Terhadap Kehamilan

Ibu biasanya tidak mengalami sebarang masalah jika menghidap kencing manis semasa mengandung. Namun, risiko amat tinggi terhadap bayi di dalam kandungan.

1. Macrosomia atau berat bayi berlebihan semasa dalam kandungan. Jika saiz bayi terlalu besar dan tidak seimbang dengan keadaan tubuh ibu dapat dikesan semasa imbasan (scan), doktor mungkin mengesyorkan ibu bersalin lebih awal secara induction. Ada ibu menyatakan proses bersalin selepas “induce” adalah lebih menyakitkan. Kadangkala, mesin imbasan memberikan anggaran berat bayi yang jauh berbeza dari berat sebenar. Akibatnya, terdapat risiko bahu bayi tersangkut  jika ibu bersalin secara normal. Ummi pernah menonton rancangan “One Born Every Minute” di mana ibu mengalami masalah bahu bayinya tersangkut semasa bersalin. Selepas komplikasi yang teruk, bayi berjaya juga dilahirkan secara normal namun bahunya patah. Doktor juga mungkin mengesyorkan ibu untuk bersalin secara pembedahan jika risiko terlalu tinggi.

2. In utero death. Bayi mempunyai risiko untuk meninggal dunia secara mengejut di dalam kandungan jika ibu mempunyai kencing manis dan paras gula tidak dikawal.

3. Gula dalam darah bayi terlalu rendah. Bayi akan mengalami hypoglycemia atau paras gula dan mineral yang rendah di dalam darah. Maka, bayi harus dimasukkan ke dalam unit kawalan rapi dan diawasi oleh pakar sebaik dilahirkan.

4. Bayi menghidap diabetes. Menakutkan namun inilah hakikatnya. Ibu yang ada GDM membuatkan bayinya berisiko untuk menghidap kencing manis dan mengalami masalah obesiti apabila mereka besar kelak.

Merujuk kepada artikel oleh ibu-anak.com, antara risiko lain yang dihadapi akibat kencing manis semasa mengandung ialah:

5. Prolong jaundice atau bayi mengalami masalah kuning yang berpanjangan

6. Bayi sukar bernafas selepas dilahirkan

7. Kemungkinan bayi mengalami kecacatan genetik

8. Air ketuban berlebihan (polyhydramnions) 

Bagaimana Mengelak atau Mengawal Kencing Manis Semasa Mengandung.

Keadaan ini lazimnya hilang selepas ibu bersalin. Namun paras gula yang tidak terkawal semasa mengandung mengakibatkan risiko seperti di atas. Oleh itu, ibu harus cuba mengelak ianya terjadi. Namun, jika sudah dikesan mempunyai diabetes, ibu masih boleh mengawalnya dengan pemakanan yang sesuai dan senaman untuk meningkatkan metabolisma tubuh. Yang penting, ibu harus memastikan kesihatan yang baik, berat badan yang ideal dan jangan sesekali tinggalkan vitamin prenatal demi kesihatan ibu dan bayi tersayang. Nak dapatkan set vitamin hamil yang pilihan menjadi ramai ibu masakini? Hubungi ummi segera.

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

 

 

Rujukan:

  1. https://www.babycenter.com.my/a1031209/kencing-manis-semasa-hamil-diabetes-gestasi
  2. http://www.mmgazette.com/diabetes-ketika-hamil-punca-kesannya-dr-muhammad-izzat/
  3. http://bayi-ibu.com/kencing-manis-semasa-hamil/

 

 

 

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge