7 Cara Atasi Anak Sembelit Teruk Tanpa Guna Ubat

Anak sembelit? Memang menjadi igauan buruk ibu-bapa bila anak sembelit teruk.

Anak ummi sendiri, Amjad yang berumur dua tahun juga menghadapi masalah sembelit sejak berumur setahun. Sedangkan abang dan kakak-kakak beliau takde pulak masalah sembelit. Jadi, bagaimana masalah sembelit ini terjadi kepadanya sedangkan Amjad makan dan minum benda yang sama seperti adik-beradiknya yang lain.

Ummi pon gigihlah buat “research” cari punca dan cara atasi anak sembelit teruk ni. Kalau boleh, taknak bergantung kepada ubat klinik. Sebagai ibu, ummi pon terasa seksa bila Amjad menangis meraung-raung tiap kali sembelit.

Meh ummi kongsikan pengalaman ummi sendiri tentang cara atasi anak sembelit teruk tanpa guna ubat klinik.

Tanda- tanda Sembelit di Kalangan Bayi dan Kanak-kanak

Perlu dipahami bahawa sembelit tidak didignoskan menerusi bilangan hari anak tidak membuang air besar. Ada ibu-bapa yang bimbang bila anak tidak membuang lebih dari 2 atau 3 hari. Sebenarnya ianya masih normal jika mereka tidak buang air besar dalam masa 3 hari asalkan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda sembelit. Antara tanda-tanda anak mengalami sembelit ialah:

  1. Resah dan menangis terutama ketika ingin membuang air besar. Ini lazimnya dialami bayi.
  2. Bagi anak yang lebih besar, mereka mungkin mengadu sakit perut atau meneran dengan teruk. Macam Amjad, dia akan berdiam diri di satu sudut macam sofa, meja atau dinding, meniarap sambil berdiri, kadangkala menangis.
  3. Najis kelihatan keras, kering dan berketul-ketul seperti tahi kambing.
  4. Anak sering kentut dan najis berbau lebih busuk.
  5. Apabila sering berlaku, sembelit boleh dikesan apabila anak membuang maksimum 3 kali seminggu, sering kembung dan kurang selera.
  6. Najis bercampur dengan darah disebabkan rektum yang luka akibat najis yang keras dan sukar dikeluarkan.

Punca Sembelit Dikalangan Bayi dan Kanak-kanak.

1. Susu Formula

Bagi bayi yang berumur di bawah 6 bulan, susu formula merupakan punca sembelit yang paling kerap dikenalpasti. Bayi yang menyusu badan secara eksklusif pula jarang mengalami sembelit. Biasanya, keadaan masih normal jika bayi menyusu badan tidak buang air besar sehingga 5 hari. Bayi ummi, Aisyah yang sekarang berumur 2 bulan juga kadangkala hanya buang air besar masuk hari ketiga atau keempat. Ianya normal dan takde tanda-tanda meragam atau kembung.

2. Dehidrasi atau Kurang Air Dalam Badan

Keadaan ini lazim dikaitkan dengan anak yang kurang sihat seperti selsema, demam, sakit tekak atau nak mula tumbuh gigi. Anak yang kurang sihat menyebabkan mereka hilang selera makan dan kurang minum lalu menyebabkan dehidrasi. Apabila kurang sumber air dari makanan dan minuman, tubuh akan menyerap air dari najis bagi mengelak dehidrasi teruk. Jadi najis menjadi kering dan keras lalu tersimpan lebih lama dalam usus besar dan menjadi punca sembelit.

3. Tidak Hirau atau Berlengah-Lengah Untuk Ke Tandas

Kebanyakan anak di usia 4 atau 5 tahun sudah tidak memakai lampin dan akan ke tandas untuk membuang air. Kadangkala anak- anak ini terlalu leka bermain, menonton televisyen atau asyik dengan gajet sehingga suka berlengah- lengah untuk ke tandas apabila hendak buang air. Bagi anak yang sedang dalam proses “potty training”, mereka kadangkala mengalami tekanan atau sukar untuk menggunakan tandas. Akibatnya anak menjadi takut dan menahan diri untuk ke tandas. Najis akan terkumpul terlalu lama di dalam usus besar akan menjadi keras dan menyebabkan sembelit.

4. Kecacatan Sejak Lahir

Ada juga kes sembelit yang disebabkan kecacatan sejak lahir (congenital disease) yang digelar “Hirschprung Disease “. Ianya keadaan di mana lubang dubur agak kecil dan ketat lalu sukar membuang air besar. Terdapat juga kes pembentukan lubang dubur tidak sempurna akibat masalah “spinal bifida”, “anorectal malformation” dan “cystic fibrosis”.

Jika bayi dan anak sembelit teruk secara berterusan, adalah dinasihatkan untuk membawa mereka berjumpa doktor supaya kemungkinan “Hirschprung disease” dapat dikesan lebih awal. Pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk mengubati penyakit ini bagi mengelak sembelit berulang.

Jika dibiarkan, kemungkinan anak tidak dapat membuang air besar selama beberapa bulan sehingga abdomen mereka menjadi kembung dan ini amat merbahaya.

Walaubagaimanapun, kebarangkalian kes “Hirschprung disease” adalah 1:10, maka ianya masih rendah.

Cara Atasi Anak Sembelit Teruk

Selain menggunakan ubat untuk melembutkan najis, terdapat juga cara mengatasi sembelit di kalangan anak- anak secara semulajadi. Antara cara atasi anak sembelit teruk tanpa guna ubat ialah:

  1. Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan gerakkan kakinya seperti sedang mengayuh basikal. Ini akan meransang pergerakan najis dalam usus.
  2. Jika bayi yang menyusu formula, cuba tukar jenama susu. Anda mungkin perlu bertukar beberapa kali sehingga mendapat susu yang susuai dengan bayi.
  3. Bagi bayi berumur 6 bulan ke atas, boleh beri makan sayur dan buah tinggi serat. Pastikan makanan ini dipurikan ye. Jus betik juga elok untuk mengatasi sembelit. Selain tinggi kandungan serat, betik juga mengandungi bahan yang membantu pergerakan usus.
  4. Beri anak minum air kosong sekerap mungkin tapi sedikit- sedikit.
  5. Kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang dan lobak merah
  6. Seimbangkan pengambilan makanan dan minuman. Macam Amjad ni ummi perasan kalau dia tak cukup minum air atau kurang makan, mesti akan sembelit. Contohnya kalau hari ni dia banyak makan tapi kurang minum, pasti sembelit. Begitu juga kalau hanya minum susu tapi kurang makan juga akan menyebabkan sembelit.
  7. Bagi bayi berumur 10 bulan ke atas, boleh cuba bancuh air “Sunquick” dengan sedikit gula dan beri bayi minum. Petua ni diberi oleh doktor di klinik yang sering ummi kunjungi. Boleh juga beri anak yang berumur setahun ke atas makan oren atau minum jusnya. Pastikan ianya oren ye, bukan limau.

oren-mengatasi-sembelit

Bagi Amjad pula, dia dah mula kurang makan dan minum yang mana menjadi punca diserang sembelit. Walau ummi paksa sekalipon, susah juga Amjad nak makan dan minum apatah lagi bila dah asyik bermain. Sehingga ummi cuba campurkan Mealshake ke dalam susunya.

Dua hari selepas ummi cuba Mealshake, Amjad dah mula berselera makan. Lepas tu asyik mintak susu saje. Kemudian, Amjad sendiri akan mintak ummi tuangkan air masak untuknya. Alhamdulillah, Amjad dah boleh buang air besar tanpa meraung-raung lagi.

Sedar- sedar aje, dia dah datang kat ummi nak bagitahu dia dah yak. hehe. Happy sangat ummi rasa. Sebelum ni, kalau dua hari tak berak, terpaksa juga ummi bagi Lactulose tapi tetap juga Amjad akan meraung sembelit.

Di bawah ni ummi kongsikan pengalaman seorang ibu yang berjaya untuk atasi masalah anak sembelit teruk tanpa guna ubat. Anak beliau yang baru berusia setahun mengalami masalah sembelit yang amat kronik sehingga suami beliau terpaksa memasukkan jari untuk mengeluarkan najis keras yang tersekat.

Ini menyebabkan anak beliau trauma sehingga takut untuk makan sampai kurus kering jadinya. Kesian kan? Namun alhamdulillah, Puan Farahana akhirnya berjaya mengatasi masalah sembelit anaknya dalam masa dua hari sahaja. Nak tahu bagaimana, sila tonton video ni sampai habis ye.

 

Dah tonton video? Kesian sangat kan dengar anak beliau sembelit sampai macam tu. Alhamdulillah, Shaklee Mealshake membantu beliau mengatasi masalah tersebut. Selain ummi dan Puan Farahana, terdapat lagi ibu- ibu lain yang mempunyai masalah serupa dengan anak masing-masing dan telah mencuba Mealshake.

Testimoni Atasi Anak Sembelit Teruk Dengan Mealshake Shaklee

atasi-sembelit-bayi-dengan-mealshake

 

 

Kalau ibu dah cuba pelbagai cara untuk atasi anak sembelit tapi masih juga tak berkesan, apa kata cuba ikhtiar dengan Mealshake pula. Manalah tahu dengan izin Allah ianya berkesan juga untuk anak ibu. Boleh hubungi ummi untuk dapatkan Mealshake ye. Atau boleh juga terus order secara online, terus melalui website Shaklee. Klik sahaja icon di bawah untuk order.

 

 

Salam Sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee, ID 880093

COD sekitar Gombak, Selayang, Setapak, Taman Melati, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

 

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge