6 Cara Cepat Redakan Bayi Selsema dan Batuk Sebelum Melarat

bayi selsema dan batukSebagai ibu anak lima, macam-macam ulah dan cabaran ummi harungi dalam menjaga anak-anak semasa bayi. Bayi selsema dan batuk adalah satu diantaranya. Anak sulung, Atiqah sering selsema dan batuk. Mungkin juga antibodinya tak cukup kuat sebab ummi tak susukan Atiqah dengan susu ibu sepenuhnya. Kurang ilmu masa tu. Namun, adik-adiknya yang menyusu badan sepenuhnyapon , sudah tentu kadang-kadang terkena demam, batuk dan selsema juga. Ianya normal untuk semua bayi dan kanak-kanak. Sistem pertahanan tubuh mereka sedang belajar untuk menjadi lebih kuat dalam mengharungi hidup. gituuuu. hehe. Sungguhpun bayi selsema dan batuk adalah normal, ibu bapa harus bertindak supaya tidak melarat. Batuk dan selsema yang berterusan boleh membawa kepada jangkitan kuman lebih serius jika tidak ditangani segera. Pneumonia merupakan salah satu jangkitan merbahaya yang sering menyerang bayi. Jika sudah dijangkiti, tiada pilihan lagi selain makan ubat dan antibiotik untuk merawat. Pemberian ubat dan antibiotik amat tidak digalakkan kepada bayi kerana wujudnya kesan sampingan dan risiko “kecelakaan” akibat ubat yang lebih tinggi. Oleh sebab itulah, kita kena cepat-cepat ambil langkah untuk meredakan bayi selsema dan batuk sebelum melarat sampai kena ambil ubat.

Punca Bayi Selsema

Memetik komen Dr Akhbar Abdullah di dalam blog ummitiqah, selsema pada bayi dan kanak-kanak boleh disebabkan oleh faktor intrinsik dan ekstrinsik.

Faktor-faktor intrinsik yang boleh menyebabkan selsema adalah:
1. Alahan kepada diet seperti susu, habuk, perubahan cuaca dan produk yang dipakai pada badan disebabkan oleh ketidakseimbangan di dalam sistem imunisasi seseorang
2. Septum hidung yang bengkok

Manakala faktor-faktor ekstrinsik yang boleh menyebabkan selsema adalah:
• Infeksi seperti jangkitan influenza
• Perubahan cuaca seperti hujan atau cuaca panas terik
• Udara yang kering

Cara Cepat Redakan Bayi Selsema dan Batuk.

Apa yang ummi kongsikan ni merupakan pengalaman peribadi. Ummi dah cuba kat anak-anak dan alhamdulillah ianya berkesan. Cuma, kesannya bukanlah cepat macam drugs (ubat). Bayi tak terus sembuh dengan sekali rawatan sebaliknya ibu dan bapa kena sabar dan buat berkali-kali. InsyaaAllah akan nampak kesan. Namun, jika selsema dan batuk berlanjutan atau menjadi semakin buruk selepas 5 hari, segera bawa bayi bertemu doktor ye. Mungkin bayi sudah terkena jangkitan di paru-paru dan kuman hanya boleh dimusnahkan dengan antibiotik?

Batuk biasanya bermula dengan selsema. Jika bayi selsema, antara petua yang ummi gunakan adalah seperti berikut:

  1. Petua mak ummi, ambil minyak tanah yang sudah ditanak (digunakan), gosokkan sedikit di hujung jari kita, kemudian lurutkan dari hidung bayi, sehingga ke ubun2. Tapi zaman sekarang mana ade org pakai pelita cemeni cam zaman saya kecik2, dulu, jadi mak suh pakai minyak masak yang diguna untuk goreng cucur ataupun minyak zaitun (yang pakai untuk memasak). Jadi, sebelum tidur, ummi akan pakai minyak zaitun seperti cara di atas dan lumurkan ubun-ubun bayi dengan minyak tersebut.
  2. Cara kedua, gunakan kunyit hidup, asah di lesung batu dan gosokkan di batang hidung bayi. Menurut bekas pengasuh anak-anak ummi, dia gunakan putik yang tumbuh di kunyit tersebut dan gosokkan di batang hidung bayi. Bila ummi ambil anak-anak sebelah petang, memang kuning je hidung diorang, haha. Tapi tiada hingus meleleh. Memang berkesan.
  3. Bila bayi selsema dan batuk, tetap mandikan 3 kali sehari. Ini supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu bapa salah faham. Bila selsema, anak sejuk, maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku, anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ummi dah praktikkan cara ni pada anak-anak. Alhamdulillah, dalam 3 hari je selsema mereka dah baik. Namun, sebaik saja lepas mandi, cepat2 keringkan kepala bayi dan sapu minyak rambut/zaitun terutama di ubun2 nya, Ini kerana ubu-ubun bayi adalah lembut dan mudah dimasuki air/angin.
  4. Jika batuk, tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar. Sebelum tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak kayu putih (cajun oil) dibelakang badan anak. Sapukan juga minyak tersebut dalam jam antara 1-3  pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak.
  5. Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya dada tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
  6. Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
Sememangnya, kalau kita pergi klinik kerajaan, tiada  ubat yang akan diberi untuk bayi melainkan ubat demam iaitu paracetamol. Bayi yang sedang membesar memerlukan ruang untuk membentuk imunisasi tubuhnya. Sebab itulah sebarang drugs atau antibiotik tidak boleh diberi kepada bayi kerana ini akan mengganggu proses pertahanan tubuhnya.
Bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu, ia menjadi satu kelebihan kerana susu ibu mengandungi antibodi yang tidak terdapat dalam susu formula. Bila anak selsema, batuk atau demam, kerapkan lagi penyusuan, insyaAllah, ianya sangat membantu si manja cepat sembuh. Satu lagi yang ummi amalkan, ambil vitamin C setiap 5 jam jika anak mula selsema. Ummi juga ambil Garlic Complex 2 biji sehari dan Nutriferon. Bawang putih merupakan antibiotik semulajadi yang manakala Nutriferon merupakan interferon semulajadi yang membantu mengaktifkan antibodi tubuh melawan jangkitan. Selain tu, ummi memang amalkan set menyusu lengkap Shaklee. Alhamdulillah, berbeza dengan Atiqah, adik-adiknya jarang diserang sakit. Kalau ada pon, cepat sembuh.
Bagi anak-anak yang sudah tidak menyusu pula, ummi beri Mealshake dan Nutriferon. Mealshake merupakan multivitamin dalam bentuk serbuk. Diorang suka buat milkshake dengan Mealshake.  Apapun, ianya ikhtiar kita sebagai ibu bapa untuk memastikan anak2 sihat, Allah juga yang memakbulkan segala doa dan menyembuhkan segala penyakit.
Salam Sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: wasap.my/0182907924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge