6 Beza Ubat dan Supplemen atau Vitamin: Ramai Salah Faham Tentangnya

Sudah sering ummi dapat prospek yang panggil vitamin Shaklee ni ubat. Memang ramai yang tak tahu bahawa ubat dan supplemen adalah berbeza. Wujudnya fahaman ini apabila ada pesakit yang semakin sembuh apabila mengambil supplemen. Hakikatnya, vitamin membekalkan nutrisi baik dan bukan bertindak mengatasi rasa sakit seperti ubat. Ada yang terlalu taksub atau mungkin juga tersalah faham hingga tak mahu dapatkan rawatan hospital apabila sakit. INI SALAH. Untuk membantu anda lebih faham, di sini ummi huraikan 6 beza ubat dan supplemen. Moga anda akan lebih jelas dan memilih yang terbaik untuk diri mengikut kesesuaian dan keadaan.

1) Bahan yang Digunakan

Ubat: Merupakan ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi-fungsi dan menggangu tindakan biokimia dan proses enzim. Ianya mengandungi dadah terkawal untuk memberi kesan cepat kepada tubuh.

Vitamin: Terbahagi kepada sintetik dan semulajadi. Hakikatnya, vitamin sintetik menggunakan bahan kimia manakala vitamin semulajadi seperti Shaklee tiada unsur kimia. Segalanya menggunakan sumber semulajadi dari tumbuhan dan haiwan.

2) Tempoh tindakbalas

Ubat: Salah satu beza ubat dan supplemen yang ketara adalah tempoh tindakbalas ke atas tubuh. Kesan ubat yang cepat disebabkan dadah yang berfungsi melegakan simptom sakit.

Vitamin: Vitamin diserap tubuh secara semulajadi. Tindakbalas juga bergantung kepada keadaan diri masing-masing. Antara faktor yang mempengaruhi tempoh tindakbalas ialah keadaan kesihatan, jumlah toksin dalam badan dan jumlah vitamin yang kurang dalam tubuh.

3) Tujuan

Ubat: Ubat bertindak merawat kesan atau simptom penyakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya bukanlah memulihkan penyakit tersebut. Contohnya apabila sakit kepala, ianya bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sistem badan kita.

Supplemen: Vitamin bertindak ke atas PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangan vitamin tersebut. Ia menutup lompong-lompong kekurangan vitamin dalam tubuh yang tidak diperolehi pengguna dari sumber makanan. Sebagai contoh, anda mungkin sering selsema. Ianya berpunca dari virus yang menyerang tubuh yang lemah antibodinya. Pengambilan antibiotik semulajadi seperti garlic dan vitamin yang menguatkan imuniti tubuh seperti vitamin C dan interferon yang meransang pembentukan antibodi membantu menangani punca masalah ini. Secara asasnya, vitamin diambil untuk mengelak sebarang masalah yang disebabkan kekurangan vitamin tadi.

4) Bila Perlu Ambil

Ubat: Hanya perlu diambil apabila sakit. Inilah beza ubat dan supplemen. Mana ada orang makan ubat bila sihat. Hehe.

Supplemen: Boleh diambil dalam keadaan sakit atau sihat. Perlu diingat, ada vitamin yang tidak dihasilkan oleh tubuh kita sedangkan tubuh perlukan vitamin tersebut untuk berfungsi dengan baik. Vitamin-vitamin seperti vitamin C dan9 jenis asid amino amat diperlukan tubuh setiap hari. Maka, ianya perlu diambil dari sumber makanan atau lebih mudahnya, supplemen.

5) Kesan Jangka Panjang

Ubat: Ubat merupakan bahan asing yang tidak akan bersebati dengan tubuh atau mendatangkan sebarang khasiat. Namun, ia boleh kekal dalam organ tertentu seperti buah pinggang dan hati. Sebab itu ubat hanya boleh diambil apabila sakit. Ada ubat yang memberi kesan sampingan seperti pening, pitam, loya atau sakit perut. Tiada ubat yang memberi kesan baik untuk jangka panjang.

Supplemen: Seperti dinyatakan, supplemen membekalkan vitamin yang diperlukan tubuh. Penggunaan jangka panjang adalah digalakkan kerana ia memberikan kesan baik apatah lagi jika kita tidak mampu makan dengan seimbang.

6) Dos Pengambilan

Ubat: Sentiasa patuhi arahan pengambilan ubat dengan betul. Pengambilan berlebihan amat membahaya hingga boleh membawa maut.

Vitamin: Makanan tambahan yang memberi nutrien diperlukan tubuh. Di setiap botol supplemen disediakan dos pengambilan namun tidaklah hingga membawa maut jika terlebih. Apa pon yang kita ambil harusla ada limit. Seperti juga makan nasi, hanya hingga kenyang. Kalau telan madu sebotol pon, tetap beri diabetes juga kan.

Kesimpulannya, ubat hanya diambil ketika sakit dan bukanlah bertujuan membekalkan nutrisi sebagaimana supplemen. Vitamin boleh diambil bila-bila masa dan kesannya amat baik untuk tubuh. Ubat memberi kelegaan yang cepat kerana kandungan dadah di dalamnya manakala supplemen tidak mengandungi dadah dan mengambil masa untuk bertindakbalas dengan tubuh. Yang penting, kalau sakit, silalah jumpa doktor ya. Dan jika mengamalkan supplemen, pastikan ianya supplemen semulajadi.

Salam Sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

 

 

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge