5 Petua Rambut Lebat Bagi Mereka Yang Mengalami Rambut Gugur dan Jarang

Rambut yang cantik, lembut dan lebat semestinya menjadi idaman semua orang tak kira lelaki mahupun wanita. Percaya atau tidak, kebanyakan pelanggan yang menghubungi ummi untuk mendapatkan petua rambut lebat merupakan kaum lelaki, berusia awal 20-an. Kebanyakan mereka mengalami masalah rambut jarang yang kronik akibat gugur. Malah, ada juga yang mengalami masalah botak yang bertompok- tompok.

Keadaan ini biasanya disebabkan oleh peredaran darah yang tidak sekata di kawasan kepala. Puncanya adalah kekurangan nutrien untuk rambut. Rambut merupakan bahagian terakhir yang menerima nutrien dari tubuh. Jika nutrien yang diambil tak cukup, maka ia tidak akan sampai kepada rambut menyebabkan terjadinya rambut gugur. Oleh itu, rambut perlu dirawat secara langsung dengan ubat, tonik dan penggunaan syampu dan perapi yang sesuai.

Antara petua rambut lebat bagi mereka yang bermasalah rambut jarang ialah:

1. Minyak Kelapa

petua-rambut-lebat-dengan-minyak-kelapa

Pernah dengar rawatan minyak panas? Ianya boleh dilakukan sendiri di rumah menggunakan minyak kelapa. Caranya, panaskan minyak kelapa, ambil dan urut de kawasan kulit kepala secara membulat tanpa memberikan tekanan yang kuat. Kemudian, balut kepala dengan tuala tebal yang dah direndam dalam air panas dan biar selama setengah jam. Bilas dengan syampu bebas kimia. Ualangi langkah ni seminggu sekali dan anda akan nampak rambut mulai lebat dan cantik

2. Avokado

petua-rambut-lebat-dengan-avokado

 

Lumatkan isi buah avokado bersama pisang. Sapu campuran ini ke kulit kepala dan urut supaya rata. Biarkan ia mengering selama setengah jam. Bilas dengan syampu. Setelah rambut kering, anda akan mula nampak rambut menjadi lebih tebal dan beralun.

3. Daun Inai

petua-rambut-lebat-dengan-daun-inai

Kisar atau tumbuk lumat daun inai dan campur dengan sedikit air bagi menjadi pes. Ratakan di seluruh kulit kepala dan balut dengan “shower cap” selama 3 jam. Kemudian bilas dengan air bersih dan gunakan perapi. Ulangi langkah ini 2 kali seminggu untuk menggalakkan pertmbuhan rambut yang lebih aktif

4. Telur

telur untuk lebatkan rambut

Pecahkan 2 biji telur dan kacau, tidak perlu dipukul macam nak buat bahulu pulak tau. Ratakan di kulit kepala dan biar selama 15 minit. Cuci rambut dengan air suam menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan seminggu sekali untuk menggalakkan rambut lebat dengan lebih cepat.

5. Daun Lidah Buaya atau Aloe Vera

aloe vera untuk lebatkan rambut

Potong 2 atau 3 batang daun lidah buaya, picit keluar sari gelnya dan ratakan di seluruh kulit kepala. Biar selama setengah jam sebelum dicuci dengan air sederhana suam.  Lakukan sekali atau dua kali dalam masa seminggu untuk mendapatkan rambut sihat dan lebat. Mengambil satu sudu jus daun lidah buaya setiap hari ketika perut kosong juga mampu membantu melebatkan rambut.

Atau jika nak petua rambut lebat paling mudah dan cepat gunakan sahaja Nourishing Scalp Treatment dari Shaklee. Ianya memang terbukti BEKESAN, selamat, semulajadi, bebas paraben dan TIDAK DIUJI KE ATAS HAIWAN. Ini jugalah yang ummi gunakan sejak menghadapi masalah rambut gugur yang teruk selepas bersalin dulu selain set lengkap Prosante yang jua mengandungi Syampu dan perapi.

 

Testimoni Rambut Lebat

 

Ummi rephrase ayat SMS mak ummi yang canggih sangat ni. Hehe

Betul la Jan, ubat yang Jan bagi tu baru dua kali mak guna. Takdela banyak sangat gugurnya rambut mak. Berkesan nampaknya.

Rambut lebat dengan produk Shaklee

Rambut lebat dengan produk Shaklee

 

Rambut lebat dengan produk Shaklee

Rambut lebat dengan produk Shaklee

Pada yang dah pernah cuba, pasti tahu perbezaan ketara. Ummi sendiri pon dah tak tinggal Nourishing Scalp Treatment ni. Harganya cuma RM93.75 sebotol, tahan penggunaan sehingga 3 bulan.

Berminat? Hubungi ummi segera sebelum kepala terus botak dan masalah menjadi semakin teruk.

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

 

 

You may also like...

6 Responses

  1. Zati says:

    Saya nak rambut lebat,selalu org kata saya botak😔😔😔

  2. Jen says:

    Hi saya nak tanya. Telur tu pakai kuning sahaja or ambil putih dan kuning?

  3. Aidid says:

    Hai..telur tu memang kena 2biji ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge