5 Cara Hilangkan Sembelit Ketika Hamil Dengan Selamat dan Berkesan

Hampir semua ibu hamil mengadu mengalami masalah sembelit ketika hamil. Memandangkan semasa mengandung, ibu tidak digalakkan makan ubat sembarangan kerana boleh membahayakan bayi, ummi kongsikan 5 cara hilangkan sembelit ketika hamil dengan selamat dan berkesan. Namun, tahap sembelit dan punca terjadinya sembelit harus dikenalpasti terlebih dahulu.

Apa itu Sembelit

Mula-mula, ibu hamil harus mengenalpasti tahap sembelit yang dialami. Ada yang mengalami kesukaran kerana najis menjadi keras tetapi ada juga yang mengalami perubahan kekerapan membuang air besar yang mana mereka hanya membuang 2 atau 3 hari sekali. Sebenarnya, anda dikategori mengalami sembelit jika najis keras dan sukar dikeluarkan. Macam ummi, satu ketika dulu jarang sekali buang air besar (seminggu hanya 2-3 kali) namun tidak mengalami masalah semasa membuang. Keadaan ummi disebabkan oleh metabolisma badan yang rendah dan bukanlah sembelit.

Punca Sembelit Ketika Hamil

Sebelum mengetahui cara hilangkan sembelit ketika hamil, punca sembelit harus diketahui. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya sembelit ketika hamil. Antara penyebab yang sering dikenalpasti menjadi punca ialah:

  1. Kurangnya minum air. Apabila tubuh mengalami hidrasi, usus akan menyerap lebih banyak air menyebabkan najis menjadi kering dan keras.
  2. Kurang pengambilan serat. Serat atau fiber banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayuran seperti pisang, betik, oat dan brokoli.
  3. Selalu menahan diri dari membuang air besar atau bertangguh-tangguh.
  4. Kurang bersenam atau kurang pergerakan tubuh badan terutama warga tua. Apabila metabolisma tubuh menjadi kurang, pengerakan usus juga menjadi lemah dan sukar membuang air besar.
  5. Sembelit yang berpunca dari perubahan hormon terutama sekali ketika mengandung. Perubahan hormon progestron yang tinggi ketika mengandung akan meregangkan otot-otot menyebabkan keadaan sembelit.
  6. Janin yang membesar akan menekan bahagian usus juga akan menyebabkan lorong najis menjadi sempit lalu terjadinya sembelit
  7. Otot-otot perut dan usus menjadi semakin lemah disebabkan peningkatan usia.
  8. Ubat- ubatan tertentu.Zat besi yang berlebihan yang tidak diserap tubuh juga boleh menyebabkan sembelit. Sesetengah ibu hamil harus mengambil supplemen zat besi untuk mengelak anemia. Antara petanda sembelit disebabkan zat besi ialah najis yang bewarna hitam.

5 Cara Hilangkan Sembelit Ketika Hamil

Jika tidak hamil, anda boleh mengambil ubat pelembut najis bagi menghilangkan sembelit. Namun pengambilan enema bagi ibu hamil tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi. Jadi ibu boleh menggunakan 5 cara ini untuk mengatasi sembelit.

1. Minum air kosong yang mencukupi.

Doktor menyarankan pengambilan sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari bersamaan dengan 2 Liter. Sejak mengamalkan supplemen, ummi dan terbiasa minum 2.5 Liter air kosong setiap hari. Sebenarnya tidaklah susah nak cukupkan kuota 2L tu. Bila air cukup, tubuh tidak akan mengalami hidrasi yang menjadi salah satu punca sembelit

2. Ambil Makanan Kaya Serat

Buah-buahan dan sayuran mempunyai serat tinggi yang membantu penghadaman. Ibu boleh cuba amalkan pisang, betik, oat dan sayuran hijau bagi mengatasi sembelit.

3. Lakukan Senaman Ringan

Ibu hamil juga perlu bersenam. Cukup dengan berjalan- jalan atau melakukan pergerakan ringan untuk mengeluarkan peluh dan meningkatkan metabolisma tubuh.

4. Jangan Malas ke Tandas

Tindakan bertangguh apabila terasa mahu membuang air amat tidak elok. Najis akan tersangkut dan mengeras menyebabkan sembelit terjadi.

5. Pengambilan Set Hamil yang Lengkap.

Ibu hamil lazim mengalami kekurangan nutrisi akibat kurang makan dan alahan.Di dalam buku “Vitamin Bible For The Twenty-First Century” tulisan Earl Mindell ada dinyatakan bahawa sembelit merupakan salah satu petanda tubuh kita kekurangan vitamin B-Complex. Di dalam Set Hamil Shaklee, terdapat Ostematrix yang membantu dalam mengatasi masalah sembelit. Ostematrix merupakan Calcium Magnesium dengan vitamin D dan ianya bukan sekadar kalsium biasa. Kandungan Ostematrix membantu

  • melembut dan melegakan otot usus,menjadikan pergerakan usus menjadi lebih lancar
  • menarik air ke dalam usus lalu mengelak terjadinya najis menjadi kering dan keras.

Jadi, ummi cadangkan ibu hamil mengambil set hamil lengkap atau sekurang-kurangnya ostematrix bagi mengatasi masalah sembelit.

cara hilangkan sembelit ketika hamil

 

cara hilangkan sembelit ketika hamil

 

cara hilangkan sembelit ketika hamil

 

 

Ingin dapatkan produk Shaklee? Hubungi ummi

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

 

Rujukan:

  1. blog ummitiqah
  2. http://www.program-hamil.com/2015/04/cara-mengatasi-sembelit-pada-ibu-hamil.html
  3. blog dr zubaidi

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge