3 Langkah Turunkan Kolestrol Dalam Darah

Puan, LDL saya 180mg? Apa produk yang boleh puan syorkan?

Ummi dapat whatsapp di atas dari seorang Encik A yang bertanyakan tentang supplemen Shaklee untuk turunkan kolestrol. Terlebih dahulu, biar ummi ceritakan sedikit perihal kolestrol.

Apa Itu Kolestrol

Kolestrol merupakan bahan berlemak yang terdapat di dalam darah. tubuh memerlukan sedikit kolestrol untuk menghasilkan hormon, Vitamin D dan unsur untuk menghadam makanan. Terdapat dua sumber utama kolestrol iaitu:

  1. Dirembeskan oleh hati.
    Kolestrol boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh dari hati lalu dirembeskan kedalam salur darah. Hati akan menghasilkan lebih banyak kolestrol apabila kita mengambil makanan tinggi lemak tepu.
  2. Sumber makanan
    Kolestrol juga diperoleh dari daging, ayam dan produk tenusu.

Kolestrol bergerak di dalam salur darah didalam bentuk kecil yang dipanggil lipoprotein. Lipoprotein terdiri daripada lemak dibahagian dalam dan diselaputi protein.

Biasa dengar berkenaan kolestrol jahat dan kolestrol baik? Betul, kolestrol tidak hanya membawa kesan buruk terhadap tubuh sebaliknya ianya juga ada peranan sendiri. Terdapat 2 jenis kolestrol dalam darah iaitu:

a) Low Density Lipoprotein (LDL)

Dikenali sebagai “kolestrol jahat”, lipoprotein berketumpatan rendah ini menghasilkan kolestrol di dalam arteri darah.

b) High Density Lipoprotein (HDL)

Dikenali sebagai “kolestrol baik”, Lipoprotein Beketumpatan Rendah in mengangkut kolestrol  kembali kepada hati untuk disingkirkan.

Jumlah kandungan kedua-dua jenis Lipoprotein perlulah berada pada tahap sihat.

Jadual jumlah kolestrol dalam darah

Jadual Jumlah Kolestrol Dalam Darah

Jika dirujuk jadual di atas, maka kandungan LDL di dalam darah Encik A adalah tinggi iaitu 180mg/dL. LDL yang terlalu tinggi adalah bahaya kerana ia boleh menyebabkan plak terbentuk dalam saluran darah hingga menyebabkan saluran darah tersumbat. Jika dibiarkan, serangan jantung dan stroke boleh berlaku hingga membawa kematian mengejut.

Cara Turunkan Kolestrol.

Untuk menurunkan kolestrol kepada paras sihat, kedua- dua kolestrol LDL dan HDL perlulah diimbangi. Paras HDL haruslah lebih tinggi manakala LDL harus diturunkan. Plak yang terbentuk di dalam arteri juga harus disingkirkan supaya darah dapat mengalir dengan lancar dang mengangkut oksigen dengan sempurna.

Langkah 1: Tingkatkan HDL (kolestrol baik)

Kadar HDL dalam darah boleh ditingkatkan dengan pengambilan makanan yang kaya dengan asid lemak Omega- 3. Asid lemak Omega 3 dalam Omega Guard berperanan meningkatkan kadar kolestrol baik (HDL) dan mengurangkan triglycerides (lemak dalam darah).

Langkah 2: Kurangkan tahap LDL (kolestrol jahat)

Terdapat 2000mg phytosterol dalam hidangan harian Phytocol-ST. Phytosterol merupakan asid lemak dari sumber semulajadi makanan dan tumbuhan yang mempunyai struktur yang menyamai kolestrol.  Sungguhpun demikian, fungsinya adalah berlainan dengan kolestrol di mana, kolestrol meningkatkan kadar plasma darah manakala phytosterol berfungsi mengganggu penyerapan kolestrol. Apabila jumlah phytosterol melebihi kolestrol, tubuh lebih cenderung menyerap phytosterol menyebabkan kolestrol yang tidak diserap tersingkir dari tubuh akhirnya. Ia juga adalah bahan anti-pembentukan plak dalam darah

 

Langkah 3: Halang Pengoksidaan LDL

Kajian menunjukkan oksidasi LDL boleh dikurangkan dengan pengambilan resveratrol. Sesudu teh Vivix mengandungi resveratrol bersamaan dengan kandungan resveratrol dalam 100 gelas red wine.

 

Gabungan ke tiga-tiga supplemen di atas, insyaaAllah membantu dalam turunkan kolestrol dalam darah. Yang penting, supplemen Shaklee adalah selamat dan tiada kesan sampingan. Malah, terdapat landmark study yang menyokong keberkesanan produk.

 

Ingin tahu lebih lanjut? Hubungi ummi:

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge