12 Cara Atasi Alahan Semasa Hamil Supaya Ibu Tidak Kehilangan Tenaga

Alahan ketika hamil lazim berlaku kepada ibu terutama ketika trimester pertama kehamilan. Ia biasa berlaku ketika kandungan masuk 6 minggu dan lazim berakhir sesudah kandungan beusia 16 minggu. Jika anda tidak mengalaminya, maka bersyukurlah kerana alahan yang dialami ibu hamil ini sememangnya satu ujian Allah yang amat menguji kesabaran dan iman seorg ibu. Namun ianya boleh membuatkan ibu menjadi lemah. Jika keadaan amat teruk, ibu boleh di tahan di ward. Ummi kongsikan cara atasi alahan semasa hamil supaya ibu tidak lembik akibat alahan.

Punca Alahan Semasa Hamil

Alahan berlaku disebabkan perubahan hormon dan masalah angin. Hormon hCG yang banyak dirembeskan di awal kehamilan menjadi punca alahan terjadi.

Perlukan Berjumpa Doktor?

Alahan semasa hamil adalah normal. Namun, muntah yang terlalu teruk dan kehilangan selera makan dan minum yang melampau boleh memudaratkan ibu dan kandungan. Jika ibu mengalami muntah yang terlalu kerap setiap hari, tidak mampu makan dan minum tanpa muntah semula dan hilang berat badan, ibu herus menemui doktor dengan segera. Ibu boleh mengalami ternyahidrat dan kekurangan nutrien dalam tubuh.

Bagaimana Mengatasi Alahan Semasa Hamil.

Ibu boleh mencuba cara atasi alahan semasa hamil dengan cara berikut:

  1. Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.
  2. Makan apa dan bila anda kehendaki, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.
  3. Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.
  4. Tulis dalam diari bila anda berasa lebih teruk dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.
  5. Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.
  6. Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
  7. Hidu buah lemon. Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air berkarbonat.
  8. Minum teh halia. Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.
  9. Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut. Ia boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita.
  10. Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.
  11. Cuba terapi semula jadi. Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.
  12. Beritahu seseorang. Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda. Anda juga boleh berbual dengan ibu-ibu lain yang dalam tahap kehamilan yang sama dengan anda dalam forum Kehamilan.

Vitamin B6 (piridoksina)
Wanita yang mengalami mabuk kehamilan yang teruk mempunyai tahap vitamin B6 yang rendah. Kajian juga menunjukkan bahawa vitamin ini ini boleh membantu mabuk kehamilan tanpa memberi kesan sampingan. Walaupun ia boleh dibeli di kaunter, anda perlu meminta preskripsi daripada ahli obstretik anda. Dos yang dicadangkan untuk mabuk kehamilan ialah 10-25mg piridoksina, tiga atau empat kali sehari. Sesetengah pil yang boleh dibeli di kaunter adalah lebih kuat daripada ini dan kajian tidak melihat pada keselamatan atau keberkesanan dos yang lebih tinggi.

Multivitamin kehamilan berkualiti tinggi boleh mengurangkan simptom dalam sesetengah wanita. Tetapi anda harus beringat bahawa mengambil vitamin dan mineral semasa kehamilan adalah satu bentuk rawatan perubatan dan pastikan anda berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil apa-apa.

Pengalaman Alahan Semasa Hamil.

Ummi juga tidak terkecuali mengalami simptom alahan semasa hamil ni. Ummi biasa mengalami loya dan muntah di waktu pagi, petang dan tengah malam. Namun alhamdulillah, sejak hamil anak keempat, pertama kali saya amalkan set hamil Shaklee, alahan yang dialami tidak seteruk anak pertama hingga ketiga. Ummi teruskan bila hamil Aisyah, anak kelima dan alhamdulillah, memang berbeza sangat.

Selain itu, Ostematrix, ESP, B Complex dan Peppermint Ginger amat membantu dalam menangani masalah angin yang memang ummi hadapi sejak dahulu lagi. Migrain pon dah jarang sangat menyerang.

Set Hamil Shaklee

 

Testimoni Pengguna

Testimoni Set Hamil Shaklee_tiada alahan

 

Testimoni Set Hamil Shaklee_tiada alahan2

 

Moga ibu-ibu hamil sekalian diberi kesihatan yang baik dan dapat menempuhi dugaan. Nak cuba set hamil shaklee atau sebarang produk Shaklee? Hubungi ummi ye

Salam Sayang
 
Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

 

Rujukan:

  1. http://www.babycenter.com.my/a1029196/loya-dan-muntah-semasa-kehamilan-mendapatkan-bantuan-dan-rawatan
  2. http://ummitiqah.blogspot.my/2014/04/alahan-ketika-hamil-punca-dan-bagaimana.html

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge