11 Keistimewaan Bayi dan Keunikan Yang Mungkin Kita Tak Tahu

Sebut tentang bayi, semua pon tahu keistimewaan bayi. Mereka memang unik, sangat comel dan boleh menggembirakan hati yang gundah bila dipandang. Namun, anda tak tahukah ada ada beberapa keistimewaan bayi yang mungkin anda tak pernah dengar atau tahu? Ummi sendiri pon baru tahu beberapa perkara tentang bayi yang unik ni. Jom baca,

1. Tempurung Lutut

Bayi dilahirkan tanpa tempurung lutut. Tempurung lutut hanya terbentuk dengan sempurna selepas 6 bulan

2. Pendengaran

Ketika lahir, pendengara bayi belum betul-betul sempurna kerana bahagian tengah telinga masih dipenuhi cecair. Namun, mereka mampu mengesan suara ibu dengan segera.

3. Penyembuh

Jika ibu mengalami sebarang kerosakan organ semasa hamil, bayi di dalam rahim akan menghantal stem cell untuk membaiku organ yang rosak. Hebat kan?

4. Tangisan

Walaupun bayi baru lahir sering menangis, mereka tidak menghasilkan air mata. Ini kerana kelenjar air mata belum terbentuk sehingga selepas 3 minggu atau mungkin lebih lama

Bayi Tiada Air Mata

Abang Aisy masa kocik2 dolu

5. Merangkak

Bayi boleh merangkak sebaik sahaja dilahirkan. Terdapat eksperimen di mana bayi yang sudah dibersihkan, diletakkan di atas dada ibunya dan bayi tersebut terus berjaya mencari puting susu ibunya dengan sendiri dalam masa sejam.

6. Tulang

Bayi dilahirkan dengan 270 tulang namun hanya tinggal 206 tulang apabila dewasa. Sebabnya, ada di antara tulang ini akan bercantum sesama sendiri semasa bayi membesar.

7. Pernafasan

Bayi bernafas lebih laju dari manusia dewasa; kira kira 40 kali seminit berbanding 12 ke 20 kali seminit oleh orang dewasa

8. Tanda Lahir

1 daripada 3 bayi yang lahir mempunyai tanda lahir. Betul! Kebanyakan bayi baru lahir akan mempunyai tanda lahir. Kebanyakannya tidak kekal dan akan pudar bila bayi semakin membesar

9. Berat

Berat bayi Normal

Budak Odah ni masa lahir cuma 2.75 kg ajeeee. Ni dia bayi susu ibu.

Berat bayi akan menjadi sekali ganda beratnya semasa lahir selepas masuk bulan kelima. Maknanya, jika bayi anda dilahirkan dengan berat 3kg, beratnya akan mencapai 6 kg semasa berumur 5 bulan. Ni dari sumber Mayo Clinic.

10. Memori

Bayi mempunyai memori semasa dalam rahim sehingga 4 bulan selepas dilahirkan. Jadi, apa yang anda dengar atau perdengarkan kepadanya semasa dalam kandungan akan membantu selepas bayi dilahirkan. Jika anda biasa dengar ayat Quran atau zikir semasa bayi di dalam rahim, cuba perdengarkan semula ayat atau zikir yang sama kepadanya terutama ketika bayi sedang “mengamuk”. InsyaaAllah membantu.

11. Rambut dan Bulu

Ada bayi dilahirkan dengan bulu yanga agak banyak di tubuh terutama mukanya. Jangan bimbang, ianya akan gugur dalam beberapa minggu. Rambut bayi juga akan gugur dan berganti baru secara berperingkat. Bagi kaum muslim, kita digalakkan mencukur rambut bayi baru lahir. InsyaaAllah rambut baru akan tumbuh dengan sihat ūüôā

Tu dia keistimewaan bayi dan keunikan mereka yang dijadikan Allah S.W. T. Kalau anda google tentang baby facts, ade beberapa keistimewaan bayi lain yang anda boleh jumpa. Tapi ummi saja taknak kongsi semua sebab ada yang macam tak beraktan sangat dengan bayi- bayi Asia. Namun ada satu fakta paling menarik yang ummi dapat mengenai bayi.

Semua pon tahu, bayi baru lahir ni ada satu bau harum. Bukan bau bedak bayi tetapi bau mereka sendiri yang amat menenangkan. Dikatakan, inilah bauan syurga. (Tiba- tiba ummi rindukan bau tersebut, boleh??? haha). Bau ini akan semakin meghilang bila bayi semakin membesar. Wallahualam.

Salam sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge