10 Langkah Elak Gangguan Seksual Kepada Anak

Gangguan seksual kepada anak merupakan satu isu yang amat menggerunkan kita para ibu bapa. Baru- baru ini negara digemparkan dengan kes penahanan seorang warga Britain yang telah melakukan beratus-ratus gangguan seksual kepada anak- anak; kebanyakannya adalah kanak- kanak Malaysia semasa warga terbabit tinggal di sini. Terdapat juga kes viral seorang pelajar Malaysia di luar negara yang juga seorang pedofilia. Malah, aktivis sosial, Syed Azmi juga ada membuat pendedahan di Facebook beliau mengenai tujuh kes pederaan seksual kanak-kanak yang dikongsi kepadanya.

Bagaimana Gangguan Seksual Kepada Anak Berlaku

Sebagai ibu- bapa, perkara sebegini amat ditakuti. Kalau boleh, macam nak kurung je anak- anak dalam rumah kan? Selain doa yang tidak putus- putus supaya Allah melindungi anak- anak kita dari anasir- anasir sebegini, apakah lagi yang boleh kita lakukan untuk elak gangguan seksual kepada anak kita? Ummi tertarik dengan perkongsian di Facebook “Parent Connect“. Ianya laman Facebook berorientasikan pendidikan keibubapaan yang fokus terhadap didikan awal anak- anak. Apa yang dikongsikan ialah mengenai enam langkah elak ganguan seksual kepada anak. Ummi kongsi dan olah semula “post” tersebut di bawah.

Menurut statistik 9 dari 10 kes penderaan seksual kanak-kanak di Malaysia dilakukan oleh orang yang dikenali dan dipercayai oleh kanak-kanak dan juga keluarga. Mereka terlebih dahulu membina perhubungan yang rapat dengan anak tersebut dengan sering memberi perhatian, memberi hadiah atau bermain dengan anak. Mereka membina kepercayaan anak terhadap mereka. 

Ini dikenali sebagai proses ‘grooming’.  Proses ini mengambil masa yang agak lama dan perbuatan mereka tidak dihidu serta merta.

Apa Yang Boleh Ibu Bapa Lakukan

  1. Sentiasalah bertanya tentang aktiviti anak di nurseri, babysitter, prasekolah atau sekolah. Tidak perlulah bertanya anak secara ‘direct’ kerana ini mungkin akan mewujudkan paranoia dan ketakutan dalam diri anak yang tidak tahu apa-apa. Tanya secara ‘indirect’, contohnya “Apa yang adik main di sekolah hari ini?”. Anak akan teruja untuk bercerita. Jika ada ‘watak’ yang dikenali dan dipercayai yang sering bermain dengan anak dan anda rasakan caranya tidak ‘appropriate’, mungkin anda boleh lebih ‘alert’ dan siasat.
  2. Bina ‘connection’ yang rapat dengan anak. Amalkan komunikasi yang terbuka. Pemangsa selalunya mengatakan kepada anak,”Ini adalah rahsia antara kita berdua. Jangan beritahu sesiapa.”Anak akan menuruti kehendak pemangsa kerana anak sukakan pemangsa yang sering beri perhatian, hadiah dan bermain dengannya.Berkomunikasilah dengan anak supaya anak tidak melindungi apa-apa ‘rahsia’ daripada kita.
  3. Ajari anak ‘safe’ dan ‘unsafe touch’.
    Bahagian badan yang manakah yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa. Bahagian manakah yang boleh disentuh oleh orang tertentu untuk tujuan tertentu sahaja. Ajar anak.  Jangan malu-malu.
  4. Ajar anak YELL, RUN AND TELL atau Say NO, RUN, AND TELL kiranya ada yang cuba menyentuh bahagian tersebut atau melakukan sesuatu yang tidak elok. Jangan takut atau segan.TELL kepada sesiapa.Lindungilah anak-anak kita.
    There’s no such thing as someone else’s child.

Selain itu, ummi tertarik dengan komen seorang pembaca “post” tersebut yang dikenali sebagai Suraiya Abdul Halim.

Cara-Konservatif-Jaga-Anak

 

Saya agak konservatif dalam menjaga anak-anak. Ini langkah-langkah yang saya praktikkan. Sekadar berkongsi:

  1.  Saya mandikan anak saya setiap hari sebelum dan selepas balik sekolah. Pada masa yang sama saya buat ‘physical check’ dan semasa mandi saya bersembang santai bertanyakan ada sesiapa sentuh anggota badannya.
  2. Kena aware aktiviti anak disekolah dengan follow time table sekolah anak. Saya akan gone through setiap subjek pada hari itu dan tanya apa yang dipelajari & aktiviti yang dilakukan. Ini bermula semasa menjemput anak balik dari sekolah dan berlanjutan sehingga sampai kerumah. Minda mereka pada masa itu masih segar mengenai sekolah. Mungkin selepas balik sekolah, anak-anak terlupa apa yang terjadi disekolah.
  3. Mendengar & respon apabila anak mengadu sakit walaupun sakit digigit nyamuk. Dengan itu anak-anak akan sentiasa rasa selamat dan diambilberat oleh parents.
  4. Ibu perlu main peranan utama untuk anak-anak yang berusia muda. Jangan mengharapkan bapa kerana fitrah bapa tidak terlalu detail dan suka ‘kelebet’.
  5. Faham trend & mood perangai anak. Bagaimana moodnya ketika pergi dan pulang dari sekolah.
  6. Yang paling utama setiap hari saya pastikan anak membaca doa “bismilahillazi” dalam perjalanan kesekolah. Sehabis doa saya berpesan kepada anak-anak, Allah sentiasa ada melindungi mereka. Jangan takut kepada sesiapa dan mak selalu sayang; ini untuk menggalakkan anak tidak takut bercerita dan berkongsi cerita
    Wallahua’lam. Semoga Allah melindungi anak-anak kita, Ya Rahman ya Rahim Ya Hafeez.

Apa yang boleh ummi simpulkan, keakraban kita dan anak memainkan peranan yang amat penting. Secara alami, anak lebih mempercayai ibu bapa dalam segala segi namun kadang kala, cara layanan dan didikan kita sendiri membuatkan anak sedikit “menjauh”. Sama- samalah kita membanyakkan doa, semoga Allah melindungi semua anak- anak dari anasir jahat sebegini.

Salam Sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee.

COD sekitar Gombak, Setapak, Selayang, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia melalui PosLaju. 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge